Jumaat, 17 April 2026

Rinduuuu.... bertandang lagi Kampungku...Perkampungan Sunnah tiba lagi...Temanya aku lupa...

 Assalamulaikum....

Moga di rahmati Allah dalam semua perkara yang kita kerjakan.Moga sentiasa dalam jaminan Allah untuk  kita semua dlm menguruskan perjalanan hidup kita hari ini.

Ya Rabb...Dalam masa daku menyediakan persiapanku untuk pulang ke kampung, Kau jadikan daku memilih apa2 yang patut(sesuai) untuk memenuhi kegunaanku semasa percutian singkat ini.  Kau jadikanlah segala yang ku pilih benar dan memenuhi keperluanku nanti

Anis akan cuti satu minggu minggu.  Balik Sabtu atau Ahad  InsyaaAllah.  Kalau macam tu Anis hanya dapat rehat kat rumah  dari Ahad, Isnin ,Selasa dan Rabu.   Rasa ku dia tak sempat nak pergi kerumah abah dia dah.   Letih...tapi terpulanglah padanya.   Hmmm.   Hari Khamis dah kena bertolak ke Perkampungan Sunnah.  4 Hari kiranya  mereka berkampung .  Isnin mereka Tamat Perkampungan Sunnah.    

Daku suka juga Anis ada kat rumah.  Nak kemas rumah yang lama tinggal.  Tak perlu lah basuh2 langsir ...rasa macam tak sempat ja Eni.  Tak pa  sebab kerja lain banyak lagi.  Hope Zali baiki airconditions dengan baik.  Balik baru boleh lihat.  Balikbaru boleh pantau. 

Dapor kalau kita tinggal lama mesti berhabuk...dah tentu ambil masa juga nak mengelap...sebaba kalau nak masak kena selesa. 

Banyak baju 2 baru yang boleh di kemaskini.  Berdosa simpan.  "Rabbku permudahkan aku."  Rumput di halamanku. Jika panjang daku cuba potong.   InsyaaAllah.   Makan nak upah Bah masak dah tak boleh lagi dah sbb bah sibok  dgn anak2 jagaannya.  Tak pa sama adaku masak cincai2 ja dan samaada upah  Bah beli.  Mana2 pon boleh.  

Pokok rambutan yang kena tebang yg dah naik ke atap.  InsyaaAllah daku akan buat dengan Pin.  Pokok pisang rasanya daku nak clearkan semuanya.  Moga,.. bersih.  Macam banyak masa sangatlah aku ni.  Rasanya macam tak dan...nak sembang2 lagi.   

Pasal kawan2, sedeh juga banyak dah kawan2ku di jemput Allah. Jika sempat dapatlah daku pergi melawat anak2 mereka. Insyaaallah. Rabbku berkatilah sisa2 masa kami yang tinggal ini dengan ibadat yang bermanfaat.  Bantulah kami Robbku.   Janganlah... Kaulalaikan hidupku ini ...Berkatilah masaku.   

Allahhummainni as aluka ilman naa fian  warizqan  toibban wa amallan  mutaqabbala. 

"Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal dan amal yang diterima"  

Ya Rabb basahkan lidahku denan doaterhadapMu agar daku dapat menuntut ilmu dan memahami ilmu.

"Rabbi zidni ilma."

Ya Tuhanku Pahamkanlah daku Ilmu (Ilmu agama-Mu)  Jika kita nak paham Agama, kita kena berdoa kepada Allah.  Kalau kita nak pergi makan sesuatu di kedai kita kena juga berdoa..." Ya Allah moga makanan yang ku beli itu sedap bersih dan halal."   Haaa...Baru dapat berkat.  Bila kita doa sudah tentu Allah beri keberkatan.  

Macam orang yang masuk ke pasar Nabi ajarkan doa masuk pasar.  

Banyak kita ni lalai.  Tu sebab aku tak suka "crowd" .  Aku maemang  perempuan jenis rumahan.  

Wassallam...


  


Apa. Khabar..