Sabtu, 6 September 2025

Gandingan Lagu tadi...

 


 


"Gurindam jiwa."


Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak, 

Esok jangan rindu-rinduan.


Anak Cina memasang lukah,

Lukah di pasang di tanjung Jati

Di dalam hati tidak kulupa,

Sebagai rambut bersimpul mati.


Batang selasih permainan budak,

Daun selasih dimakan kuda,

Bercerai kasih talak tiada

Beribu tahun bertemu juga


Burung Merpati terbang seribu

Singgah seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku,

Hendak berkubur di tapak tangan.


Kalau tuan mudik kehulu,

Carikan saya bunga kemboja,

Kalau tuan mati dahulu,

Nantikan saya di pintu syurga.



OST Sri Mersing 1961 - Siti Payung - R. Ismail dan Rosiah Chik

Sunday, 3 March 2024

OST Sri Mersing 1961 - Siti Payung - R. Ismail dan Rosiah Chik

Rahasia Dibalik Ibadahmu Dalam Kehidupan Sehari Hari - Ust Khalid Basalamah

Hakikat Dunia dan Cara Membersihkan Hati - Ustadz Yazid Abdul Qadir Jawas

Jumaat, 5 September 2025

LELAHMU TIDAK AKAN SIA - SIA, JIKA AMBISIMU AKHIRAT - Ustadz Syafiq Riza...

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

 

Rabu, 28 Mei 2025

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Ya Rabb....Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulukllah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia 2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyuhaklazi ku an fusikum waahli naaraa."  Waku yuhanna wal hijarrah.

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...

Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa Allah dia tak jaga dia dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.  Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bubnuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga.  Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jhad.Jadi nak sayang kepada kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud:   Nabi kata ...bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya ...Bila allah sayang , Allah bagi susah.  bukan allah sayang , Allah bagi duit.  bukan allah sayang allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah.bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran...Bila Jika kita tak dapat redho Allah...Jadi ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kta semua dari jauh tandanya Allah sayang.  kalau allah Kalau allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayag pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...si fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.


MGPerak:Sultan Nazrin Ingatkan Generasi Muda Tak Persoal Perjanjian Dipe...


IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan generasi muda supaya tidak melupakan erti kemerdekaan dan menghayati penderitaan yang dialami pejuang terdahulu, sambil menegaskan bahawa perjanjian yang telah dipersetujui tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya. Titah baginda, perbuatan itu disebabkan semakin terhakis sikap saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain, serta dipengaruhi oleh api perselisihan yang semakin dinyalakan melalui retorik politik yang memilih untuk mengeksploitasi isu kaum dan agama. Baginda bertitah, usaha perlu dipergiatkan untuk mengembalikan manhaj pembinaan negara bangsa berpandukan kebijaksanaan dan semangat yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Sultan Nazrin turut bertitah bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, mewarisi pelbagai budaya serta menguasai pelbagai bahasa, wajib memperkukuhkan sikap sederhana dan amalan bertoleransi. - MGPerak