IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan generasi muda supaya tidak melupakan erti kemerdekaan dan menghayati penderitaan yang dialami pejuang terdahulu, sambil menegaskan bahawa perjanjian yang telah dipersetujui tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.
Titah baginda, perbuatan itu disebabkan semakin terhakis sikap saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain, serta dipengaruhi oleh api perselisihan yang semakin dinyalakan melalui retorik politik yang memilih untuk mengeksploitasi isu kaum dan agama.
Baginda bertitah, usaha perlu dipergiatkan untuk mengembalikan manhaj pembinaan negara bangsa berpandukan kebijaksanaan dan semangat yang diasaskan oleh Rasulullah SAW.
Sultan Nazrin turut bertitah bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, mewarisi pelbagai budaya serta menguasai pelbagai bahasa, wajib memperkukuhkan sikap sederhana dan amalan bertoleransi. - MGPerak
Apa. Khabar..
-
Tuesday, 25 June 2024 Suara Ramli Sarip yang serak2 basah daku suka. Mempunyai pengertian yang mendalam lagu ni.. Seni...Ramlie Sarip...
-
TOLONG DENGAR CERAMAH..NOTA SAYA NAK EDIT...UNTUK SAYA INGAT...BELUM EDIT! Saya nak masuk Tajuk Bulan Rabiul Awal bulan kewafatan Nabi. Seja...
-
Sedapnya... Buah kegemaranku... Hihi.. Anakku order untukku. Nanti pukul 3.000pm Bah dtg makan dgn ku... InsyaaAllah boleh kongsi sama. B...