Ahad, 10 Disember 2023

PRK Kemaman,Drama terkini UMNO,




 

Sabtu, 9 Disember 2023

Kitab Ar-Rahiq Al - Makhtum




 

 Kitab terhasil dpd kajian Sheikh Sofiyyurrahman al-Mubarakpuri terhadap sirah Nabi Muhammas S. A. W  Kajian dibuat secara terperinci bermula daripada latar belakang masyarakat Arab, keturunan baginda SAW wafat.  Ia dikusahkan mengikut kronologi dan diriwayatkandari sumber2-sumber yang dipercayai.  Bagi edisi ini, terdapat beberapa kemaskini yang telah di buat oleh penulis sebelum beliau meninggal dunia.

Kajian ini telah di nobatkan sebagai kajian terbaik penulisan sirah Nabi Muhammad SAW pada tahun 1979.  Ia telah di umumkan oleh Rabitah Al-'Alam Al-lslami di Mekah dan disambut dengan gilang gemilang.  Kitab al-Rahiq al-Makhtum telah di terjemah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan disebarkan ke seluruh dunia Muslim lantaran mutu kajiannya yang dipercayai dapat memberikan manfaat yang banyak kepada umat Islam. 

Kunci Keberkatan Kehidupan


 

Jam kecil dari DIY Simpang. Simpang



Murah ja RM6.00.. Anis beli di DIY. Simpang.  Hihi! macam jamku di rumah.  Murah tapi tahan lama.. Belum tahu lagi yg ni.  Dulu daku beli di Maideen Penang... MaasyaaAllah tahan bertahun... Moga yg ini bermanfaat... InsyaaAllah. Syukur ada waktu dlm hidup. Masa juga adalah makhlok...Syukur Ya Rabb.... 

 

Adik tiba2 muncul

 

Ya Allah... Tiba2 ja ada gambar adik.  Rindunya daku dgn adik.  Adik kenanganku.  Setiap pukul 4. 00 am akan gigit2 manja lenganku seolah2 kejut kita solat.  Adik minta makan. Syukur Ya Rabb... DiKau temukan daku dengan kenangan maha manis ini. Moga daku dapat bertemu adik disana nanti. 


Sekarang baby ada lagi dgnku. Mengiau memanggilku setiap pagi.  Baby akan mengiau selagi daku tak masuk biliknya untuk sikat bulu di belakangnya.  Hampir 30 minit daku kena layan baby... Baru baby stabil tak bising memanggilku... Alhamdulillah daku paham. Baby rasa janggal di rumah baru... Baby! Baby!... Baby pon bawa kenangan adik.  Ingat adik dan baby... Besarnya kuasa belas dan ihsan yg Allah anugerahkan kepada kita... Banyaklah bersyukur Eni. Disisi Allah segala sesuatu... Moga daku tak lupa letakkan kesyukuran dihatiku hari demi hari.  Ini doaku Ya Rabb... Aamiin. 



Jumaat, 8 Disember 2023

Faiz hantar Nasi Arab

 Hari ini anakanda Mariam buat Nasi Arab hantar pada kami.  Sedapnya Nasi Arab yang di buat oleh Mariam... Syukur Ya Rabb. Rezeki kami tengahari ini. Anakanda Faiz mulanya hantar kepada Maznah adikku, untuk kami dan kakaknya jugak.  Syukur kami tak perlu masak tengahari ini... Ya Allah Kau murahkanlah rezeki Faiz sekeluarga kerana memberi rezeki  kami makan tengahari ini dan permudahkanlah urusan Faiz sekeluarga... Syukur Ya Rabb. 

Khamis, 7 Disember 2023

Kami lewat sebab terpaksa ikut jln kk sungai siput.

 Kami lewat masa balik, tak bekejar sangat sebab, kami terpaksa balik ikut jalan biasa, Kuala Kangsar ke Sungai Siput.. Tak mahu lalu ikut Tol Menora..Perjalanan macam biasa, Alhamdulillah... Tiada masaalah... Sekarang singgah solat jamak dan qasar kat Tol Behrang... KELUAR TOL UNTUK SOLAT... dan anis letih sangat ambil lena sedikit... Sekarang 9.30...Daku nak biar dia tidur sedikit sebab dia benar2 letih sepanjang hari drive...Daku dah biasa dengan Anis, jika dia letih, dia akan ambil lena sedikit dimana2 tempat yg sesuai agar mendapat kesegaran mata kembali... Moga Allah. anugerahkan tidur yg berkualiti kepadanya, Aamiin... 

Apa. Khabar..