Sabtu, 9 Disember 2023
Jam kecil dari DIY Simpang. Simpang
Adik tiba2 muncul
Ya Allah... Tiba2 ja ada gambar adik. Rindunya daku dgn adik. Adik kenanganku. Setiap pukul 4. 00 am akan gigit2 manja lenganku seolah2 kejut kita solat. Adik minta makan. Syukur Ya Rabb... DiKau temukan daku dengan kenangan maha manis ini. Moga daku dapat bertemu adik disana nanti.
Jumaat, 8 Disember 2023
Faiz hantar Nasi Arab
Hari ini anakanda Mariam buat Nasi Arab hantar pada kami. Sedapnya Nasi Arab yang di buat oleh Mariam... Syukur Ya Rabb. Rezeki kami tengahari ini. Anakanda Faiz mulanya hantar kepada Maznah adikku, untuk kami dan kakaknya jugak. Syukur kami tak perlu masak tengahari ini... Ya Allah Kau murahkanlah rezeki Faiz sekeluarga kerana memberi rezeki kami makan tengahari ini dan permudahkanlah urusan Faiz sekeluarga... Syukur Ya Rabb.
Khamis, 7 Disember 2023
Kami lewat sebab terpaksa ikut jln kk sungai siput.
Kami lewat masa balik, tak bekejar sangat sebab, kami terpaksa balik ikut jalan biasa, Kuala Kangsar ke Sungai Siput.. Tak mahu lalu ikut Tol Menora..Perjalanan macam biasa, Alhamdulillah... Tiada masaalah... Sekarang singgah solat jamak dan qasar kat Tol Behrang... KELUAR TOL UNTUK SOLAT... dan anis letih sangat ambil lena sedikit... Sekarang 9.30...Daku nak biar dia tidur sedikit sebab dia benar2 letih sepanjang hari drive...Daku dah biasa dengan Anis, jika dia letih, dia akan ambil lena sedikit dimana2 tempat yg sesuai agar mendapat kesegaran mata kembali... Moga Allah. anugerahkan tidur yg berkualiti kepadanya, Aamiin...
Appointment seterus nya masih di Taiping...
Assalamualaikum...
Syukur kami sampai di Taiping dengan selamat. Allah permudahkan... Syukur... Ambil ubat kat Farmasi.. Syukur selesai urusan.. InsyaAllah ada progress... Tapi appointment seterusnya belum boleh bawa ke Hospital Serdang atau Hospital Putrajaya sebab doktor pakar mahu urusan selesai di tangan mereka... InsyaaAllah... 21hb Disember kena dtg sini lagi... Moga Allah permudahkan segalanya.. Aamiin
Lepas ni kena pergi TM Point untuk tukar perkhidmatan ke BB Bangi... InsyaAllah ok... Syukur...
Mulakan harimu dgn Bismillah... Bismillah
Assalamualaikum.
Selamat pagi. Mulakan harimu dengan Bismillah... Aamiin
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...