Khamis, 9 November 2023
Rabu, 8 November 2023
Panduan Hipoglisemia (Kekurangan gula dalam darah)
Risalah Hipoglisemia (Kekurangan gula dalam darah)
HIPOGLISEMIA berlaku apabila paras gula dalam darah jatuh di bawah 4.0mmol/L (70mg/dl). Ia boleh berlaku tanpa amaran.
Apakah Yang Anda Perlu Dilakukan Sekiranya Andamengalami Hipoglisemia?
Langkah 1: Uji Darah
· Pastikan paras gula dalam darah anda kurang daripada 4.0 mmol/L.
· Jika anda tidak mempunyai glukometer, terus ke langkah 2.
Langkah 2: Merawat
· Minum minuman atau makanan yang mengandungi 15g karbohidrat. Contoh:
- 1 sudu besar (atau 3 sudu kecil) gula putih atau
- ½ paket (125mls) air sirap manis (bukan yang “kurang manis”) atau
- ½ tin minuman ringan biasa seperti Coca-cola (jangan pilih “tanpa gula”) atau
- 4 hingga 7 gula (bukan yang “tanpa gula”) atau
- 3 tablet glukos.
Sentiasa bersedia; bawa gula-gula atau manisan bersama anda.
Elak makanan berlemak seperti coklat kerana ia akan melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Langkah 3: Uji Darah Sekali Lagi
· Uji paras gula anda 15 minit kemudian.
- Jika paras gula anda masih kurang dari 4.0 mmol/L,ulangi langkah 2.
· Jika paras gula anda sudah melebihi 4.0 mmol/L, makan makanan berkanji yang komplex (karbohidrat). Contoh:
- Makan sajian biasa atau
- 1 keping roti atau
- 3 keping biskut biasa (plain crackers) atau
- 1 gelas susu kurang lemak (250mls)
Catatkan keputusan paras gula anda dan beritahu doctor atau jururawat anda perihal hipoglisemia anda. Sentiasa imbas kembali apakah kemungkinan punca hipoglisemia.
Punca-Punca Utama
- Terlewat makan atau tidak makan
- Makanan mengandungi kurang kanji (karbohidrat)
- Meminum arak dengan perut kosong
- Terlebih insulin atau ubatubatan diabetes
- Waktu suntikkan insulin atau mengambil ubat kencing manis tidak serasi dengan waktu makan
- Menjalani senaman fizikal yang berlebihan dari biasa
- Kurang selera makan disebabkan rasa kurang sihat seperti selsema,jangkitan, salah makan,jangkitan pundi kencing.
Langkah-Langkah Pencegahan
- Jangan lewat makan atau tidak makan. Bincang dahulu dengan doctor anda sebelum anda menjalani ibadah puasa.
- Makanan harus mengandungi kanji (karbohidrat) yang berpatutan. Waktu makan haruslah tetap setiap hari. Jika selera anda kurang (saiz sajian <1/2), anda boleh menambah sajian anda dengan minuman berkhasiat seperti Glucerna, Isocal atau Nutren. Anda mungkin perlumeminta nasihat daripada doctor atau jururawat anda untuk mengurangkan ubat anda.
- Anda harus mengawal amaun arak yang diminum. Elakkan dari meminum arak tanpa makanan
- Anda harus menyuntik dos insulin atau mengambil dos ubat-ubatan diabetes yang betul mengikut waktu yang ditetapkan setiap hari.
- Jika anda kerap mengalami kekurangan gula dalam darah, anda harus memberitahu doctor supaya ubat/dos insulin boleh dipertimbangkan semula.
- Senaman fizikal haruslah berpatutan. Anda dinasihatkan makan snek sebelum menjalani senaman berat. Anda mungkin perlu berbincang dengan doktor anda untuk menukar dos ubat-ubatan diabetes jikalau anda merancang untuk ,membuat senaman.
- Uji darah gula anda kerana ia mungkin boleh tinggi atau rendah semasa jangkitan. Gantikan makanan anda dengan minuman berkhasiat seperti Glucerna, Isocal atau Nutren jika anda kurang selera. Segera dapat rawatan.
Tun M terima jemputan ke ALC Conference, Korea Selatan dan Nikkei Forum ...
Fahmi Fadzil kantoi, Anwar mengamuk: PKR ahli Liberal International seme...
Dairiku semalam means kelmarin
Semalam daku sampai awal ke Taiping...7.15 baru boleh di benarkan masuk...dan ku tunggu hingga 8.15 baru ku ketuk Pintu Bilik Nurse Yang bernama _ _ _ _ L I _ _ _ _ .Tuunggu senentar dan turn kedua daku...mudah ja ambil darah. Dalam seminggu ni sebelum ambil darah daku minum menisan lebah ditambah dengan merah telur untuk menambah darah..Daku ambil 3 kali dalam mingg ini, sebelum ambil darah. Dulu daku anemea jadi ada orang bagi tahu cara tambah darah (manisan lebah dan merah telur). Bila daku rasa kebas tangan atau hujung2 jari daku akan ambilnya dan kebas jariku sembuh...Banyak juga darah yang di ambil....lantas terus periksa kesetabilan jantung .. dan pergi X ray...hantar result dan boleh balik jam 10.30am...
Kami pergi makan di Gerai Masjid Kampong Jambu...Dahulu masa daku di sini gerai ini belum ujud...daku selalu datang solat zohor disini bila datang Group Pemeriksa Kertas Ujian UPSR. dan sebarang Kursus Dlm Jabatan yg di adakan di di SK Taiping... Kenanganku masjid ini bersama aruah Kak Ani sahabat baikku . Semoga berbahagialah kak Ani di sana.
Daku di pesan dengan appointment seterusnya ...berjumpa kembali dengan result ujian tadi pada 14 nanti...Moga daku selamat dan dlm ingatan dan niat Lillahitaala...Aamiin...
InsyaaAllah.....Aamiin
Pagi ini aku perlu bertolak dengan Shah pada pukul 7.00 pagi...Hari ini Shah pula puasa untuk ambil darah... Aku tetap beri sokongan Lillahitaala...Aamiin...
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...