Rabu, 18 Oktober 2023
Pengalaman yang bahaya bagi ku.
Assalamualaikum.
Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.
Kelmarin daku keluar mesen rumput. Selesai di halaman kecilku. Alhamdulillah Allah beri daku sihat. Syukur Ya Rabb. Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll. Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya. Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya. Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan jika daku balik kampung. Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya.
Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain. Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan. Disini struktur terendah tanah milik mak. Jadi mataair terdapat di sini dengan mudah. Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini. Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah. Ha ha ha ...Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi. "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga" meraong, Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu. Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun. Kami ditakdirkan rapat sangat. Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang menyelamatkan daku.
******(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)(akar pinang , sebab dan musabab umurku masih panjang) *****
Kami mandi bersama ,semua bersama. Hi hi...Kemana2 pon bersama. Pergi sekolah pon bersama. Satu hari bapak ku belikan payung untuk kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah. Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak. Kami berjalan kaki. Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon. Sampai separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur. Seronok sangat. Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.
Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payumh merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu. Daku sentiasa kecil hati. Tapi daku tak tunjuk. alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku. Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku. Allah dah takdirkan begitu. Hi hi redho je lah. Kami memang baik . Sangat sangat sangat. Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari. Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi. Daku pernah tanya nah. Nah , Hang ingat tak? (Bahasa kami berdua ialah Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku Bahasa Cikgu Maths aja. hihi...
Nah ingat tak mak kita pesan ni, kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu, (khusus buat cikgu lelaki kot) Aku masih ingat sampai sekarang. Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu. MaasyaAllah heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa. Mak mak ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu. Daku tengok ja mata cikgu...hihi. Tak ikutpon kata mak..hihihi. Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata cikgu baru paham. Mak.... Cikgu..Adoi mak mak...
Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain. Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka sampai berjahit. Masa kecil main rolled kayu sambil mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit dibibirku... Mandi di Empang daku terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar, tapi nampak tulang dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering). Masa tu empang banyak air, kedalaman airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah. Masa itu daku dalam darjah lima. Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.
Dapat Syurga yang Biliknya See Through Dalam Syurga
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
Selasa, 17 Oktober 2023
Malam yang Dingin, aku sendiri....
3.36 am... Baru ku sedari sebenarnya, tidak sendiri.
Laaillahhaillahlahwahdahu laa sharikallah Lahulmul kul walhulhamdu yuhyi wayumittu wahuaalakullishaiingkhadir. Subhanallah huwalhamdulillah Wala illahaillah, WallahhuAlbar Walahaulawa khuw wataillabillahil aliyulazim...Rabbighfirli...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bersyukur kepadaMu telah kau bangunkan aku pada waktu yang sama setiap masa, dengan bangunnya aku , daku mengharap mendapat RahmatMu dan RedhoMu dan Engkau kekalkan aku untuk beribadat kepadaMu. Ya Allah Kau ampunkanlah dosa2ku , dosa2 anakku, dosa2 suamiku dan dosa2 kedua ibu bapaku dan dosa2 keluargaku semua,. Kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa daku kecil. "Rabbigh firliwaaliwali daiya,,warhamhuma kama rabbayanisaghii raa". Ya allah lapangkanlah kubur mereka, cerahkan lah kubur mereka dan Kau jadikanlah kubur mereka seperti Taman2 Syurga. Ya Allah ampunkan dosa2 muslimin, mukminat, mukminin mukminat dan yang hidup ataupon yang telahmati. ampunkan dosa mereka yang daku sayang dan yang daku kenal dari kecil hingga setua ini Ya Rabb.
Ya Allah Kau panjangkan lah umurku sedikit lagi bagiku berpeluang beribadatkepadaMu dan dapat Aku kau Bawa ke Negeri AkhiratMu dan Mati ditempat yang aku puja2. Ya Allah Ya Rabb, masukkanlah aku kedalam syurgaMu tanpa Hisab, masukkanlah kedalam Syurga FirdausMu Ya Rabb, Ya Allah dapatkan buku amalku di tangan kananku ini dan jangan di tangan kiriku ini,, Ya Allah dapatkanlah daku meniti titian Siratulmustaqim dengan cepat seperti kilat, dan dapat lah aku meminum air dari telaga Nabiku, NabiMuhammad SAW dan dapatkan lah daku mati dalam Husnulkhaatimah, " Allahhuumma ahyiinabil iman. wa amitna bil iman...,..sampai habis
Allahhummahaawwinalainafisaqaratilmaut " Ya Allah permudahkanlah daku menghadapi sakaratilmautku." Ya Allah matikan lah kami dengan mati yang baik, jauhkanlah kami dari mati terbakar,jauhkanlah kami dari mati berdarah,jauhkan lah kami dari mati terhempas, jauhkanlah kami dari mati lemas, jauhkanlah kami dari mati terkejut dan jauhkanlah kami dari mati digigit binatang berbisa. Ya Allah matikanlah kami sebagaimana, Doanya Rasullullah terhadap kematiannya.
Allahhumma daawini bi dawaaikka, washfini bishifaaika waagnini bifazlika ammansyiwaq."
Ya Allah Rawatlah hatiku dengan rawatanMu, Ya Allah sembuhkanlah hatiku dengan kesembuhanMu dan Kayakanlah aku dengan KelebihanMu.
Ya Allah ya Hannan, Ya Allah Ya Mannan, Ya Allah Ya Fattah, Ya Allah Ya Razzaqi, Ya Allah Ya Ghani Ya Allah Ya Mughni Ya Allah Ya Aghnini.
"Waufauwidhuamri illallah, Innallahhabasirumbilibad" Ya Allah kuserahkan segala urusanku kepadaMu sesungguhnya Engkau yang mengetahui urusan hamba."
Ya haiyuyakhaiyum, birahmatika astaghisu, asleghli syakni kulllahu wala takilni illannafsan tarfataain"
Ya Allah Tuhan yang maha Hidup Maha Memerintah selama2nya, Dengan RahmatMu aku mohon pertolonganMu, Perelokkankanlah urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupon sekelip mata.
Innalillahhiwainnailaihiraajiuun . Allahhummaa ajjuri fimusibati waakh likhli khairan min ha"
DaripadaMu kami datang dan kepadsaMu kami kembali ,Ya Allah jadikanlah musibbahini pahala dan gantikanlah kepada yang lebihbaik daripada ini" Aamiin Ya Rabbal a'lamin.
Ya Allah Makbulkan lah doaku ini...Aamiin!
Isnin, 16 Oktober 2023
Ahad, 15 Oktober 2023
Wujudkah Hang Tuah Sebenarnya? AJAR X FIKIR
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...