Khamis, 5 Oktober 2023

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud

 Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim
Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, /serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.
Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:
إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim
Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..
Wallahualam..

Melawat abg Halid



 Assalamualaikum sahabatku...daku nak pergi Taiping melawat abg halid ..Dia dah nazak...Doakan dia ya...

Petang Semalam daku dapat berita bahawa abh Halid accidence di simpang keluar Jalan Tok Purba Lahamad.  Memang di situ sangat bahaya gaya jalannya.   Agak mengelirukan.  Daku hairan, banyak kali dah accidence berlaku di situ  banyak kali sudah orang buat aduan.  Apa yang JKR buat sebagai usaha untuk memperbaiki jalan tu?  Entah la.   

Pada waktu petang itu abang Halid makan mee Maggi Kari,  Lepas itu abang Halid kata kepada Kak Yah ingin berpuasa esok hari(Khamis)  Masa dia akan membeli terung untuk membuat kari  letak terung ,bagi makan bersahur nanti.  So , akan beli terung selepas solat nanti.  Abang Halid keluar  dari surau  , selesai  solat maghrib, di jalan yg betul,  tiba2 sebuah kereta dengan lajunya melanggar motosikal abg Halid.   Abang Halid jatuh luka parah  di tempat kejadian.  Telefon abg halid di ambil orang dan  beg duit abg halid pon di ambil beserta dengan kad bank abg halid. sanggupnya manusia buat begitu pada orang yg kemalangan. Kesian Abg Halid .  Masih rendah kesedaran sivik orang2 Malaysia kini..MaasyaaAllah.   

Malam tadi kami pergi melawat abg halid...Oleh kerana cedera parah abg Halid di bawa ke Taiping pada pukul 12.00 tengah malam...

Sambung lagi...

Pagi daku bersama Kakak Chik , adikku Ariffin serta Anuar anak saudaraku pergi melawat abg Halid di Wad 8, Taiping.    Kami balik tepat 1.00 tengahari..Makan kat Gerai tepi Hospital  dan bertolak pulang.. 

Malam ini malam Jumaat.  Dapat berita terkini dari anakku...Abg Halid telah kembali kerahmatullah.  Innalillahiwainnailaihiraajiuun..Semoga rohnya di kumpulkan bersama orang2 yang soleh.

Selasa, 3 Oktober 2023

Ada ja yang sangat pandai...

 Semalam means kelmarin 2/10/23 daku ke klinik Kesihatan Lenggong sekali lagi apabila minggu lepas mendapat call dari adik dressa, Pegawai Kesihatan lalu, yang mengambil darahku.  Katanya sample darah itu tak boleh di pakai dan puan kena datang semula ke klinik dan cakap nak berjumpa dengan (Namanya) Rupanya mudah ja pergi ke kaunter pendaftaran, ambil surat pengambilan darah yang lalu.  

Daku dapat surat itu dan terus ke bilik makmal pengambilan darah.  Noraini Mohd Said, daku masuk.  Ada 2 orang Pembantu kesihatan di situ. Satu Melayu satu India...daku hulurkan tangan kanan ku yang biasa darahku di ambil di belakang tangan. P.Kesihatan India.  Dia kata ambil darah macam biasa pelipat lengan kiriku..Tak pernah boleh selalunya..." Mak Cik ini pakar yang didatang  khas " Ya?  terkejut aku ,  InsyaAllah kataku daku "Bismillah"..ok kepal tangan kiri dan dia mengetuk sikit saja dengan 2 jarinya...tekan2 sikit saja dah dapat urat darah yang dicari...MaasyaaAllah  tak sampai beberapa saat ,cucuk saja dan tarik jarum kulihat dah penuh darah dalam  tabung darah tersebut. Eh...rupanya  boleh ambil ...MaasyaaAllah daku syukur sangat...Tak sia2 doaku " Rabbi Yassir  Wala tuaasir"   Syukur ya Rabb..Moga test kali ini tidak bermasaalah lagi...Aamiin

Isnin, 2 Oktober 2023

Amalan Terbaik di Ujung Usia -Ammi Nur Baits-



1) Amalan aman yang di lakukan secara rutin...akan mendapat pahala jika kita sakit

Apabila seorang itu sakit akan di catatkan amalan rutinnya. 

Walau uzur,tidak dapat puasa Isnin  dan Khamis kerana sakit...pahala tetap di catat kerana  kerana itu

 amalan rutinnya.

Jika orang sakit  dan musafir, akan mendapat pahala pahala solat rawatibnya, tetap ada pahalanya walau

 kita tinggalkan.

1) Solat (Solat tertentu contohnya solat rawatib )    2) Puasa Sunat (Puasa tertentu yg selalu di amalkan)

 3)  Sedekah ( sedekah tertentu yg selalu di amalkan)

Orang yang sudah mencapai usia tua terus dapat pahala walaupon usia tua.   

Contoh amalannya.jika dia pengamal Puasa Nabi Daud, tidak mampu lagi , dia buat , puasa hari putih, tak mampu  sebab tua ,dia buat puasa Isnin Khamis...maka perlakuan yg rutin ini tetap dapat pahala di usia tua kita...Aamiin a
Aamiin Ya Rabbal'alamin

Lakukan yang rutin tapi tak putus jangan yang berat tapi terputus ibadat. (MaasyaAllah syukur)

Di saat sisa2 usia amalan yang di tekankan ialah bertaubat kepada Allah. Fungsi taharah adalah dapat

 mengadap Allah dalam keadaan suci.  

Setelah Fathur  Mekah Nabi suruh bertaubat dan bertasbih sebanyak2nya.

 (Iza ja anasrullah...)

Ibnu Abbas menafsirkan, ayat  itu  menunjukkan ,telah hampirnya hayat Nabi...Ibnu Abas faqih Al

 Quran...

Tugas Nabi telah sempurna(selesai) dan ajal Rasul tiba setahun kemudian...Di akhir itu  itu Rasul
 sentiasa  Istighfar...

  Selesai puasa kita memuji Allah...dan bersistighfar kepada kepada Allah...

Rasullah beristighfar...  "Astaghfirullah waa tuubu ilaik"

Bila berusia tua kita kena banyak  husnuzon kepada Allah...InsyaaAllah saya husnuzzon

Nabi pesan 3 hari sebelum wafat...Jangan sampai kalian mati dalam  keadaan setelah kalian 

 husnuzon dgn Allah...

Rasullullah pernah jengok orang yg sakit.  bagaimana keadaan kamu sekarang?

Ya Rasullah  aku mengharapkan Agar Allah mengampunkan dosaku... dan aku takut Allah tidak

 mengampunkannya...tapi mengharap Allah ampun lagi baik ia itu Husnuzon kepada Allah

Sudah saatnya kita selesaikan hak orang lain...maafkan semua orang...orang yang paling banyak

 menderita adalah orang yg paling banyak musuh dengan masyarakat. (Maafkan orang lain)

Sahabat Rasullul...

Ya Rasullullah..Harga barang naik...terjadi inflasi...tolong turunkan..Jawab Nabi,"Sesungguhnya 

Allah itu zat melapangkan dan menyempitkan rezeki  para hambanya...aku ingin mengadap Allah dlm

 kondisi tidak ada satu pon kezaliman yg melekat pada diriku baik berkaintan dgn masaalah harta

 mahupon masaalah  darah"  Baginda tidak mahu kerana menzalimi perdagang...Itu takdir Allah...

Rasulullah menjadi prinsip.."Non Kezaliman"   Kita kena meminta maaf kepada sesiapa sahaja yg

 kita berdosa.  Inilah masanya sebelum kita di ambil Allah...Maafkan daku... 

























Bukan Nota kaki tetapi untuk disemak olehku:
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
2) Puasa Sunat (Puasa tertentu yg selalu di amalkan) 3)  Sedekah ( sedekah tertentu yg selalu di amalkan)

Saabbih birabbika  lihat semula semak ceramah...Eni
Subhanakallahummarabbana ... Surat Annasar bahagian eni akhir...semak dulu
(AnNasar) semak... (Iza ja anasrullah...)ulang semak nama sura

Ahad, 1 Oktober 2023

Kepada Allah ku berserah

 KEPADA ALLAH DAKU SERAHKAN URUSANKU KERANA HANYA DIA YANG MENGETAHUI URUSAN HAMBA.........AAMIIN

YA ALLAH TUHAN YANG MAHA HIDUP, MAHA BERDIRI SENDIRI ,DENGAN RAHMATMU  AKU MEMOHON PERTOLONGAN PERELOKKANLAH SEGALA URUSANKU DAN JANGANLAH ENGKAU BIARKAN NASIBKU DITENTUKAN OLEH DIRIKU SENDIRI,WALAUPON SEKELIP MATA..... AAMIIN

DARIPADA ENGKAU KAMI DATANG DAN KEPADAKU TEMPAT KAMI KEMBALI, YA ALLAH KAU JADIKANLAH MUSIBBAHKU INI PAHALA DAN KAU GANTIKANLAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA INI........ AAMIIN.

Bantulah kami Ya Rabb



Ya Allah,  Karuniakan kami kemampuan untuk mensyukuriMu ringankan langkah kami dalam kebaikan,bantu kami untuk menjaga akhlak dan lisan kami luaskanlah rezeki. Kabulkanlah permohonan kami.  Aamiin Yaa Rabbal' Alamiin

 

Sabtu, 30 September 2023

Malam Nisfu Syaaban.

 



Keutamaan Bulan Syaaban.
Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata," Rasullullah SAW bersabda "Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"
Dari Aisyah ra, dia berkata, " RasullullahSAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."
Dalam Kitab An-Nasai dari Hadith Usamah ra," Aku berkata, "Wahai Rasullullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban,"
Baginda bersabda:

Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."
Dalam Hadith Bukhari muslim, dari Aishah ra,dia berkata, "Aku tidak melihat sama sekali RasulullahSAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali Bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban."
Dalam satu riwayat, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Ramadhan seluruhnya." Dalam riwayat Muslim, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali sedikit,"
Dikatakan , untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar. Sedangkan hariraya kaum muslimin Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut Malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapus dosa setahun. Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.
Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang di sebut malam Tafkir atau malam Ihya'. Dimana dalam hadith Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari dimana hati-hati mati.
Disamping itu juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebut bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat pada umatnya. Allah memberi sepertiga, kemudian baginda memohon pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga. Nabi SAW mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.
Malam itu juga dinamakan malam Makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa rasullullah SAW bersabda, " Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang mushrik dan orang yang memberati dengan dosa. Kadang-kadang disebut malam pembebasan.
Ibnu Ishak merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata," Aku disuruh oleh Nabi SAW kerumah Aisyah untik satu keperluan. Aku berkata, "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban. " Aisyah berkata , Hai Unais, duduklah! akan ku ceritakan kepadamu Hadis tentang malam Nisfu Syaaban. Malam itu adalah satu malam di mana Rasullullah SAW sedang memenuhi giliranku. Dia masuk bersamaku dalam selimutku. Di tengah malam aku terbangun. Tiba-tiba baginda tiada disisiku. Aku berkata, "Mungkin baginda pergi kepada jariahnya al-Qibtiah." segera aku keluar dan aku melalui masjid. Aku langkahkan kakiku padanya. Ternyata baginda bersabda, "Aku telah bersujud,hatiku telah beriman dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, Ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan dan membentuknya,menyebek telinga dan matanya."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya. Lalu aku berkata, " Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain. " Baginda berkata, Wahai Humaira',tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban? Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang; orang yang membiasakan minum arak,yang menderhakai kedua orang tuanya,yang membiasakan zina,yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah."
Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut malam Qiamah dan Takdir. Sebab satu hadith yang dirawikan oleh Atha bin Yassar" Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain. Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati. Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya."
Mac 2022