Rabu, 6 September 2023

Mulakan dgn ambil tekanan dahulu...

 Sebelum keluar ...Ambil dulu tekanan..hihi...

Masukkan dlm dairiku ini...

117/73

tapi rasa mcm terhoyong hayang...

ha ha ha...

sepatutnya 

120-130     atas   70 hingga 80...bawah...

kalau rendah 95 atas   kalau bawah jgn kurang pd 60....


112/85   sama jugak...  pi lah...InsyaaAllah Eni...Boleh...Bol;eh Boleh

Alhamdulillah ala kullihal...

Akibar sering solat Tahajjud -Ceramah Ustadz Adi Hidayat Terbaru

Selasa, 5 September 2023

Allah angkat kefakiran Ahli rumah...

 Kata Rasulullah:     Nak masuk rumah baca Surah Al Ikhlas ...Orang yg baca surah Al Ikhlas nak masuk rumah...Allah angkat kefakiran ahli rumah dan tetangganya...

Ya allah ya Rahman Ya Rahim...Angkatkanlah kefakiran dari rumahku dan tetangga2ku...Aamiin...

4 perkara untuk mendapat kasih sayang Allah

 Untuk mendapat sayang Allah terletak dlm  4 perkara,

 4 perkara tersebut adalah:-

1) Lapar akan menjadi orang baik...Dengan ada lapar Allah beri keringanan beribadat, berpuasa.Jika kenyang kita akan malas..nak solat baqdiah dan  qhabliahpon kita malas...Punca segala kejahatan nabi kata perut,,(perut yg kenyang)

2)  Berjaga malam...kerana waktu malam itu lah termakbul doa , berdoa banyak2 , kerana mustajabnya doa waktu sahur...angkat tangan jangan sombong,,,Kita ni allul thoam...kita bangun nak makan... sebab itu org dulu buat makan bila ajak orang ramai dtg masjid...Di sunatkan waktu sahur kita jadi kuat.Solat sunat Tahajjud jangan tinggal.

3)  Diam...diam lebih baik dpd berbicara perkara tidak berfaidah...atau berkatalah perkataan yang baik...Zaman ini zaman fitnah yg besar...Nabi kata sesiapa yg boleh beramal dgn satu amalan yag baik bersamaan amalan 50 sahabah.

4) Berkhalwat, mendapat kasih sayang Allah ...Berkhalwat...menyendiri ...masa kita dgn Allah...Lupakan urusan dunia ingat aku dan Allah, Luahkan kerinduan kita  kepada Saidina Rasullullah...Kita gunakan masa untuk Allah dan Rasul...InsyaaAllah...


Ahad, 3 September 2023

Doa Selepas Tasyahhud Akhir Sebelum Memberi Salam

 Sunnah Yang Ditinggalkan 


Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.

Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim

Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.
 
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.

Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim

Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..

Wallahualam

Nasihat Kubur

 Nasihat Kubur: 

 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di           antara yg gelap, maka terangilah .. aku       dengan TAHAJUD

 2). Aku adalah tempat paling sempit, maka         luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
 
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka       ramaikanlah aku dengan banyak membaca         AL-QUR'AN.

 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang           menjijikan maka racunilah ia dengan Amal       SEDEKAH.

 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana       tidak Solat, bebaskan sempitan itu             dengan SOLAT. 

 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg           cairan yg sangat amat sakit,bebaskan           rendaman itu dgn PUASA.
 
 7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka       Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak         mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 
     Kirim ini semampumu dan seikhlasmu             kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau       hanya pada 1 org..Ketika anda ingin           menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun             mencegahnya. Syaitan berbisik;                 "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN,         tak penting pun, BUANG MASA saja, tak         mungkin akan di baca "... Sekecil apapun       amal ibadah, Allah SWT menghargainya           puluhan kali ganda .. InsyaAllah.

     Syaitan!  Engkau kalah!!!

Jumaat, 1 September 2023

Syurga Bilik See Through

 Dapat Syurga yang Biliknya  See     

            Through Dalam Syurga

1)    Bercakap baik semasa di dunia

2)    Memberi org makan..masa di dunia

3)    Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia

4)    Bangun solat malam masa di dunia


Suratan Atau Kebetulan

Sedap sungguh lagu2 di playlist org ni...hmmmm tq. .