Rabu, 23 Ogos 2023

Aku jadi guru sudahnya...

 Tah!!..Kak kesian Eni!  Bila Kak suruh dia kahwin dengan pilihan Kak, Dia ikut ,Tapi dia tak bahagia. , Bila Kak Suruh jadi Cikgu dia ikut...Walau dia tak minat...  "Kak rasa bersalah pada dia" Itulah bicara Mak dengan bekas rakan sekerjanya dulu ,Arwah Ustazah Masitah yang telah menjadi rakan sekerjaku pula...Kak tahu dia tak minat jadi Guru.  Masa panggilan interview dia balik dari KL untuk interview Guru di Ipoh.  Pada masa tu dia tertinggal Sijil2 dia di KL sedangkan esok pagi pukul 9.00 interview.     Dia kata kat Kak "   Mak!  dah tak ada rezeki la tu, tu sebab tertinggal Sijil tu."  Kak kata..."Laaa tak boleh kata macam tu ..kita kena usaha."   Tak pa lah mak, Eni pon bukan minat sangat jadi Guru.  Laa kena usaha...hahaha Mak telefon Abang Manaf kat Ipoh...

Manap!  Hang tolong bawa Eni balik gi KL mlm ni jugak sebab dia tertinggal sijil dia di sana.  "Laa... macam mana jadi macam tu...Balik nak interview? "  Mak nak jugak hang tolong dia.  Mak tahu dia tak berapa minat Guru.   Hang balik Lenggong ambik Eni,  bawa gi KL ambik Sijil2 dia.  Daku  tak mo mak susahkan abang Manap... "Mak... dah tak dak rezeki dah tu".  Daku ulang2 kata2 tu...

Abang Manaf balik ,senang ja dia, apa kata Mak terus dtg...Ok jom Cepat...Pukul 10mlm, bertolak KL sampai KL ambil Sijil2 ku dan bertolak balik terus ke Ipoh pukul 4.00 pagi kami sampai.   Tak sempat tidur lama mana dah kena gi Interview... Di sebuah sekolah di Ipoh...Dah lupa dah daku sekolahnya.   Abang Manap komplin ku lagi..."Eni hang ni, Abg Manap tengok tak sturdy apa pon... Tengok orang2 lain semua baca buku" Ha ha ha aku senyum ja...

Hihi...Abang Manap! ...Kalo ada rezeki dapat la...Kalo tak , tak laa...Budak2 lain semua masih muda lagi lepasan SPM dan STPM..daku masa tu agak tua sikit ,sebab dah pernah kerja.  Ha ha sebab tu tak takut sangat sebab dah kerja...daku dah selesa kerja kerani dah masa tu...kerja di bawah bos yg mude2 dan baik pulak tu...paling baik, Mr Tan Swee Yong, selalu bagi aku kalender cantik2 bila ada meeting dgn delegasi dari Jepun..dia jugak pick karangan bunga2 hidup beri padaku lepas meeting selesai.  Daku suka sangat...banyak gambar 4 musim yg daku dapat...marah orang lain...Masa ni aku mude, banyak yang datang melamar,daku tolak semuanya termasuk  pupu2ku dan kenalan kepada sedara2ku...daku tak mau...tertutup hatiku...

Sehingga, tibalah satu masa aku mendapat panggilan daripada Maktab...hihi kena pegi jugak sbb mak nak sangat daku jadi Cikgu...mak...mak...akhirnya Eni jadi Guru dalam keterpaksaan...Minat mula bercambah beransur2...Sebenarnya daku dapat Hidayah dari Allah bilamana Ustaz Ali bagi ceramah bahawa Rasulullah pernah berkata bahawa Baginda adalah seorang Guru...Daku pegang itu dan tak lepas2 lagi dah.

Banyak lagi ceritaku...

Mak...Eni jugak buat rumah di tapak yang mak tunjukkan berkali2 itu ..Walaupon pada masa mak ulang2 suruh tu, Eni hanya gelak dlm hati.."mak ni!.... tak kan org nak buat rumah di sini "   hihi...berkat doa makku...Daku buat rumah untuk jadikan "Rumah Bila Bercuti" tapi dah jadi tempat aku menginap sekarang...Besarnya doa  ibu terhadapku...Daku jual rumah yang ku beli di Taman Jana Setia Taiping..Ha ha Rumah tu besar dan selesa.  Daku orang pertama tinggal di Taman tu.  Lengkap semuanya , tepi pagar Sekolah Taman Jana Sekolah ketigaku...Sekolah ni terima Guru2 yang terpilih sahaja masa tu. Sekolah Baru.   Syukur....Daku diterima  ngajar disekolah tu... hehe bila dah lama berpindah dan meninggalkan rumah tu ....daku dah tak minat nak tinggal di situ lagi...Selepas pencen, daku pindah di Teratak Kecilku Di Kampong Pechah Batu yang ku panggil " Hill View Jalan Pechah Batu"...Dapat jugak, tok nenekku pahala bila daku beribadat diatas tanah mereka tinggalkan.Syukur ya Rabb.  Daku tanam pokok buah2an apa yang patut, meskipon dimakan haiwan pahala tetap mengalir kepada mereka juga.Aamiin! Aamiin!  Aamiin! Ya Rabb.

Sebelum tu, masa mengajar di Sek Keb. Lenggong daku juga ada beli rumah di Taman Meor di tengah2 pekan Lenggong bersebelahan rumah Halim kawan sekelasku seorang polis.  Rumah ini dibina oleh Pemaju yang membina rumah di Taman Bukit Raja Lenggong.  Sama dapat CFnya...  Daku jual juga rumah ini kepada En. Ismail Perancang Bandar yang bekerja di Majlis Daerah pada ketika itu.  Masa tu daku dah berpindah ke Taiping.  Anak ku Anis, memang lebih mengenali Taiping daripada  Lenggong kerana  masa membesar... dia di sana...

Assalamualaikum...Semoga sahabat semua sejahtera...Aamiin...

Tamat dulu ceritaku...

Continue:

Teringat jugak ku masa kami tinggal di Jalan Pechah Batu ini kami letakkan alamat  kami, Quarry Road Lenggong...Semua surat2 sampai  macam biasa ,dengan selamat...hihi...Bijak sungguh Postman Zaman dulu2...

Isnin, 21 Ogos 2023

Siapa sahaja dikau share ceritamu

 Salam...

Assalamualaikum,

Moga sihat selalu sahabatku.

Waw... dengan siapa sahaja dikau share segala ceritamu.

Daku tak marah, tapi mari kita share dengan Allah agar Allah permudahkan segala urusan kita kerana

 semuanya adalah atas ketentuan Allah...Allah jua Pemakbul Doa kita...Aamiin

Daku share dengan Allah sahaja.  Moga Allah menjadi pembela kita  dan pemakbul doa kita.

Innalillahhiwainnailaihiraajiuun.  

Alhamdulillah ala kullihal.

MaasyaaAllah ...

Tabarakallah.




Jumaat, 18 Ogos 2023

Daku dah tua sekarang... Hihi... Daku takkan lari dari kenyataan...

Wahai Noraini cuba lihat dan amati... Siapakah engkau sekarang? Ada atau tidak perasaan sedehmu bila mengadapi hari tua begini? Cuba kau lihat gambar lamamu dan kau bandingkan dgn gambar barumu nescaya dikau akan sedar masa telah lama berlalu... Dulu gambarmu tahun 2003 dan gambar sekarang tahun  2023...kan dah 20 tahun berlalu... Wahai hati, daku sedari daku telah tua, rambutku dah lama beruban kakiku telah lama lemah,pergerakanku tidak sepantas dahulu lagi..tapi aku masih boleh bersyukur kerana daku masih boleh lagi bergerak untuk beribadat kepadaNya...Agar aku tidak lupa diri, maka aku upload 2 versi gambar lama dan versi baru... Daku tak takut tua malah daku syukur menjadi tua...daku banyak dengar cerita tentang orang2 alim, mereka suka pakai tongkat  kerana menjadikan mereka rendah diri  dan tidak sombong... Aku kena belajar ini semua...Daku tak kaya, "daku hidup sederhana berbasikal tua"... Daku yakin masa tuaku dapat daku manfaatkan dengan sebaiknya..Daku suka lebih privasy..macam2 daku boleh buat... haha tak gemar pada keramaian manusia terutamanya pasar..Daku insaf.11 bulan daku hanya di atas katil, berkerusi roda... Sehingga  doktor kesan  penyakitku dengan membuat ujian darah baru tahu bahawa daku dapat gaut . 
MaasyaaAllah lambat sungguh mereka Lenggong jumpa sakit ku... , hinggalah  daku balik ke Shah Alam baru tahu... Hihi. 

Syukur ketemu jugak masaalah sebenar...Allah sayang aku, Dia anugerahkan sakit ini supaya daku lebih dekat dgnNya.  Syukur Ya Rabb... Alhamdulillah alakullihal..... Jaga makan Eni... Tu tak boleh... Ni tak boleh... Hihi... Daku dah tua.... Syukur... Dah dekat nak ke alam sana... Moga selamat... (Doaku) Sebenarnya daku happy bila tengok gambar lama...hahaha sapa tak happy...ianya lebih elok dpd gambar baru (sekarang) Tapi daku jugak tak benci dgn gambar baruku... Sedar... diri dah tua...Yang akhir lebih baik daripada yang awalkan...
Manusia ni...bila dah tua baru dia pandai senyumkan!...Mungkin dia sedar bahawa senyum itu sedekah atau banyak faktor lain samada bila kita senyum kita nampak tak sombong daripada kita tak senyum...Kalau masa muda kita tak senyum sangat...maknanya kita kurang" bersedekah"  kan Nabi kata "Senyum itu sedekah"  Daku  mengenali seseorang , masa muda dia tak pernah senyum...tapi masa tua semua gambar2nya tersenyum...manis sangat, nampak baik dan berhemah...Waaaa... itulah powernya senyuman sahabatku...
Lihat cantiknya background ini...(Langit Mendung Awan Kelabu)


20 tahun lalu...๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Anak Gadis2 Remaja Jepun menyambut "Hari Remaja"

Seronok tengok gambar dulu2......hihi
Aku...20 tahun dahulu...
๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…  ...
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Silakan!...
๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ dah___ tahun...usiaku...Eni kau dah tua....

"Mentari  "serba salah" merangkak pergi"
๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ"Mentari "ikhlas" masih menjengok daku"
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Sedehnya melihat "kau pergi jua"macam lagu Dj. Dave
๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•"Kau pergi jua" Maka Sunyi Sepilah Malam ini....
๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜❤️❤️❤️❤️" Senja membuat hatiku luka"
Berpijak di alam nyata....
๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™  Inilah aku sekarang...
"  Aku kena kuat..."

๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ"Senja membuat hatiku luka, "
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ "Happy" dengan back ground yg palingku suka...
๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† masih cantik background ini.....
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Selamat Tinggal hari...




syukur masih sihat...boleh lagi beribadat...hihi
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


"Selamat Menjadi Warga Emas.  Eni.   Daku  telah lama bersedia....
dah 5 tahun berlalu...

 

Rabu, 16 Ogos 2023

Jumaat yg menyedarkan






 Hari Jumaat 11 hb Ogos 2023 kami ke Hospital Kuala Kangsar mengambil surat penting Shah untuk appointmentnya di Hospital Taiping pada 30 hb Ogos nanti.  Daku menunggu dalam kereta sambil memerhatikan semua orang Lelaki Islam Kampong Lubuk Merbau, berpusu2 masuk ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat. Ini kampong Shah masa kecil ,tinggal dengan neneknya. Shah rindu untuk solat di masjid ini dan pernah menjadi makmum kepada  Shekh Idris Al Marbawi   yang masa kecilnya mereka panggil beliau "Tuan Pakeh "
Semasa khatib membacakan khutbah daku  dapat mendengar dari dalam kereta yg  diparking agak jauh juga dari  kawasan masjid.. tapi daku dapat mendengar Khatib membaca khutbah dgn jelas....tambahan pulak daku sengaja  buka sedikit cermin tinggkap keretaku.  Jelas sekali..."  Jika kita mendengar berita yang dibawa oleh orang fasik maka  haruslah diselidiki  terlebih dahulu benar atau salahnya berita itu... dan jangan terus mempercayainya..."    Daku terasa macam ada satu tamparan hebat kepadaku...Daku puas berfikir kerana perkara ini telah lama bermain di benakku... Seandainya kita telah menyedari kesalahan kita,kebenaran perkara,maka perlulah kita memohon maaf kembali diatas kesilapan yg berlaku...

Perkara ini telah berlaku empat puluh dua  tahun yang lalu dan daku perlu memohon maaf atas kesilapan daku dahulu...Entah bila daku dapat memohon maaf.  Tapi daku tetap berharap sebelum daku pergi mengadap Allah ,sempatlah daku  memohon maaf atas kesilapanku dan dikau memaafkannya. ..Daku masa tu mude lagi...Entahlah daku ni agaknya tak matang...mase itu...Daku tidak sepatutnya bersikap seperti itu..."Maafkan daku seiklhasnya  agar kita tidak tersangkut lagi di Mahsyar Allah  nanti"....Moga satu hari nanti dikau terbaca karangan2 pendek yg penuh makna untuk daku mengadap akhiratku... Daku rasa bila dikau mendapat berita kematianku nanti, tentulah rasa ingin tahu timbul dan dikau akan temui  "Lamanku" ini... (Doa ku)  Aamiin.
Maafkan daku sekali lagi. Ada dua tiga empat coretan lagi yang daku harap satu masa nanti dikau dapat membacanya  dan faham...Tolonglah maafkan daku...

Setelah daku poskan permohonan maaf ini daku "feel happy" ...daku gembira kerana daku dapat rasakan dikau maafkan...InsyaaAllah...Daku tidak lagi dicekan oleh masaalah yang bertahun telah daku fikirkan...Sekarang daku boleh tersenyum...InsyaaAllah...InsyaaAllah ...InsyaaAllah...

Bukan apa sahabatku, masaalahnya, kita hanyalah beraksi di pentas bisu...itu sahaja...Daku doakan yg terbaik sahaja untukmu dan doakanlah yang terbaik juga buatku ...Aamiin....




Dosa Banyak Minta Ampun Dengan Allah, Bukan Dengan Tok Guru -





"Ya muqallibal qulub.  sabbiq qalbi ala di nik"

Ya Allah yang membulak balikkan hati, tetapkanlah hati ini

 kepada AgamaMu.....

 Umma Salamah bertanya Rasullullah kenapa doa ini yg sering

 di baca kata Nabi, Dengar sini Ummu Salamah...

"Hati manusia berada antara celah jari Allah, Jika Allah mahu

 kita mati dalam beriman atau tidak atas

 Allah, Nak dapatkan syurga atas Rahmat Allah...Kita kena

 serah kepada Allah...Allah suruh... buat kita 

buat dan Allah beri apa yg  Allah mahu."


Anas bin Malik RA...Anas diserahkan  oleh ibunya dari kecil

 sebagai anak angkat kepada Rasullullah.

 hidupnya hari2 bersama  Rasullullah....Mengapa tuan selalu

 baca doa ini berulang2? Tanya Anas?

Jangan ingat kita selamat kerana hati kita ini betul2 serah

 kepada Tuhan semata...Allah boleh kalihkan

 hati sebaimana yg dia mahu. (Boleh Membolak balikkan hati)  

Kata Abdullah bin Amru katanya Nabi selalu minta  mengelakkan

 daripada 4 benda.


 Empat perkara tersebut adalah:-


1)   Berguru tetapi tidak membawa ke syurga...

      Doa kan ....Ya Allah lindungilah daku dari belajar ilmu yang

 tidak bermanfaat

2)  Beramal tidak kusyuk hati kepada Allah...Nabi mintak doa,

 "jangan jadi orang yg berdoa tidak didengar Allah doa kita" 

 kesalahan kita atas perkara2 lain...Dia mintak pd Allah tapi,

 makan haram,bergelumang dengan benda haram,dedah aurat, riba dll...

Allah tak makbul doa kita.
  

3)  Mintak jauh dpd nafsu yg tidak puas.

    "Hubbud  dunya",penyakit  cintakan dunia...Dapat diambil

 pengertian bahwa hubbun dunya adalah kondisi seseorang yang

 mengagungkan urusan dunia sehingga membuatnya abai dengan perkara

 akhirat serta lalai untuk taat kepada Allah SWT. Secara sederhana,

 hubbud dunya adalah mencintai dunia dengan cara yang berlebihan.


4) Cerita Abdullah bin Amru bin Al Ass... Tentang sahabat

 yang Nabi katakan dia Ahli syurga...Lelaki

 biasa yang masuk kemasjid 3 hari berturut2 yang di katakan oleh

 Rasulullah  "ahli syurga".    Jadi Abdullah

 membuat rancangan sampai dapat tidur di rumah lelaki

 tersebut... masa tidur dia pantau...Tidur macam biasa cuma

 bila dia  terjaga dia akan bertakbir ...

Laa illah haillahhah wah dahu lasyarikallah, lahulmulkul

 walahulhamdu wahuala kullisyaiink kadir,  Alhamdulillah

 ,Wasubhanallah,Walaillahaillallah,Wallahhuakbar, Wala

 haulawala khuwatailla billah ,  Allahhummaghfirli....dan

 tidur kembali..tak ada bangkit solat sunat atau ibadat2 lain

 Orang ini juga tidak pernah bercakap tak elok kepada

 orang...Akhirnya Abdullah terangkan

 tujuan sebenar datang selama tiga hari tiga malam tersebut. Tambah

 lelaki itu lagi bahawa " satu satu yang aku takut, aku tak akan 

  mengata orang...itu sangat aku jaga... Inilah sebabnya maka engkau

 dapat apa yang Nabi cakapkan. (Lelaki Ahli Syurga)

                        ********

Nabi Nuh mengadu kepada Allah...Ya Alaah daku berdakwah

 kepada mereka tapi mereka menolaknya dan paling terok tutup

 telinga dan tutup kepala dan badan dgn kain dan tidak mahu

 melihat sama sekali ...

Terus dengar ceramah Ustaz Shamsuri...










Amalan Yang Memudahkan Jalan Ke Syurga | Ustaz Amran Yusof

Sahih Al-Bukhori 94,