Rabu, 24 Februari 2016

Satu Kenangan satu Ketenangan...

Sejuk...damai...tenang ....sihat...
Mengimbau kenangan masa lalu


Terkenang di masa dulu...
Hatiku merasa pilu...
Mungkin tak dapat bertemu,
denganmu cintahati ku...

Masa berganti masa ...
Hatiku tidak lupa...




Saja jani...hehehe...





Mudah dan Cepat melahirkan minat...

Assalamualaikum..
Semua orang ada kemahiran mengira masing2.  Baik murid pintar ,sederhana atau lemah. Masing masing membuat matematik dengan cara sendiri tetapi jika kita lihat mengapa ada murid yang secara tiba2 boleh mengatasi kepintaran murid lain...tentu ada cara dan ada sesuatu yg baru mengubah statusnya pada masa itu...Apa yang dapat kita rumuskan ialah mereka mendapat teknik yang lebih mudah mengira dan cepat yg menyebabkan mereka berminat kepada pelajaran ini.  Murid lemah jika terdedah dengan teknik yg mudah mereka akan lebih berminat dgn maths.....sambung lagi nanti


Selasa, 25 Februari 2014

Nasihat Kubur

Nasihat Kubur: 
 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
 2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM . .. 
 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 
 7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 
 Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah..

Khamis, 23 Januari 2014

Siksa Penghuni Neraka

Bab 71. Tentang siksa penghuni neraka yang paling rendah
( HR.MUSLIM No:313 )
Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Ahli neraka yang paling ringan siksanya pada hari kiamat, adalah seseorang yang pada lekukan telapak kakinya diberi dua bara yang menyebabkan otaknya mendidih.


Rumahtangga Rasullullah.

                                                    
Rumahtangga Rasullullah.
 Rumahtangga Rasullullah ada rumahtangga tersempurna. Kata ibnu Masood "Sekalipun sisa hidupku tinggal 10 hari aku pastikan aku bertemu Alah tidak dalam keadaan bujang" Nabi bersabda: Ajarkan anak kamu 3 perkara. 1) Ajar mereka sampai boleh kasih pada Nabi. 2) Sampai dia boleh menyintai ahli keluarga nabi...Saidatina Fatimah Saidina Ali, anaknya hasan dan husin ,Saidatina Fatimah, Saidatina Khadijah, Aishah... 3) Ajarlah mereka membaca Al Quran. Keluarga Nabi Ahlulbait, ambil sedikit sahaja tentang dunia...Nabi ditawarkan emas sebesar bukit Uhud...Nabi pula suka bergaul dengan orang miskin. Bukan materialnya menjadi kehendak semata2... Saidina Ali berkata, Rasullullah barsabda: Orang yang paling teguh kedudukannya di Titian Siraj ialah orang yang menyintai Keluarga Rasullullah

                                                                                                                                                                                                              
                                                          "

Rabu, 22 Januari 2014

Keutamaan Zikir

BAB KEUTAMAAN ZIKIR
"IINGATLAH TUHANMU DALAM HATIMU, SERTA MERENDAH DIRI DAN TAKUT DAN BUKAN DENGAN SUARA YANG KERAS, WAKTU PAGI DAN PETANG HARI DAN JANGANLAH ENGKAU TERMASUK ORANG2 YANG LALAI"
Q.S Al-Ankabut:45

Ahad, 5 Januari 2014

Itik berenang2 maanja...


                                                         Shinrinkuen dalam kenangan.

 Di Taman Shinreen berbasikal dengan menyewa dari penjaga taman dan mengayuh basikal di sekitar taman yang agak luas sangat menyeronokkan.  Sampai di tepi tasik yang mana terdapat itik berenang2  manja.  Seronok sangat kerana suasana dingin menjadikan kita tidak mudah penat walaupun mengayuh basikal menaiki bukit...hmm menyamankan.

Jepun dalam kenangan.  Qurrata dan Aini dekat Tokyo Bay . Shopping.

Baru sampai di Taman Shinrin dengan Qurrata yang pada masa ini dia sahaja tahu berbahasa Jepun.
Mummy Qurrata terpaksa tanya Qurrata nak cakap nak sewa basikal di Taman.  Qurrata yang cakap dengan penyewa basikal di taman.  Indahnya kanak2 baru Pra Sekolah fasih berbahasa Jepun.

 Bergambar dengan kawan-kawan Qurrata Aini Tadika Minami. Guru Besar berbaju petak dan guru tadika Aini. Guru Tadika telah lama berijazah di Jepun dan mendapat kedudukan tinggi di Negeri Matahari Terbit ini.  Bila Malaysia akan mengangkat martabat guru setinggi mereka?...Bukankah guru yang menghasilkan seorang Perdana Menteri ? dan....
 He he he ...Seronoknya main salji.  Bukan apa terasa teruja sikit dan kagum dengan keajaiban Illahi...maklumlah kita bukan selalu nak ke negeri 4 musim ni melainkan orang2 kaya dan pelajar2 yang belajar disini.  Menurut jiran sebelah merekapun teruja bila salji turun...anak2 mereka bersorak ...yuki!...yuki!... cam tu lah keadaannya....  snow!...snow!...salji....salji...he he he...
                                                    Qurata dan Mak Cik di Taman Shinreen
wow sejuknye...Indahnya...Jepun dlm kenangan