Ahad, 29 November 2026

  Nasihat Nabi kepada Saidina Ali Bin Abi Talib.

1)    Sedekah 400 dinar.

2)   Khatam Quran

3)   Belilah Syurga

4)   Perbaiki hubungan 2 orang yang berselisih

5)  Tunaikan 1 kali haji ...kemudian tidur.

4 kali fatihah sama dengan 4000 dinar

3 kali surah al Ikhlas sama dengan  1 kali khatam

3 kali Selawat sama dengan 1 Syurga

10 kali Istighfar sama dengan  sambung silaturrahim orang berselisih...

4kali Subhanallah,Alhamdulillah ,Laaillahaillallah, Allahhuakbar, sama dengan 1 kali haji.

Kata Saidina Ali:  Ya Rasulullah Aku akan Laksanakan itu sebelum aku masuk tidur...



Rabu, 25 Jun 2025

Nabi nasihati Fatimah Al Zahra...

Assalamualaikum...

Wahai Fatimah jangan tidur sebelum buat 4 perkara

1) Khatam Quran  ( Baca Surah al Ikhlas 3 kali. ) kerana satu surah adalah 1/3 daripada Al Quran. 

2) Dapatkan syafaat semua Nabi  syafaat pada hari akhirat...Selawat untuk ku dan selawat 

semuanabi.

3) Kau jangan tidur selagi...kau tidak ampunkan semua orang.

4)   Banyakkan tasbih tahmid dan tahlil...itu sebagaiman dikau mengerjakan umrah.

Khamis, 23 Oktober 2025

Khamis, 10 November 2022

Salam Sejahtera 6






Assalamualaikum sahabat yang daku rindui...daku kasihi daku cintai kerana Allah,

Salam sahabat...Daku benar2 letih kerana daku mengerjakan urusanku di luar rumah...MaasyaaAllah daku terpaksa menggadaikan tenagaku 75% sekarang berbanding dahulu hanya 50%....Daku kena kuat.  Daku potong dahan kelapaku sejumlah 3 pelepah kerana ianya menutupi pokok durianku.  Ianya sangat memenatkan.  Daku gergaji menggunakan galah yang ku ikatkan dengan gergaji.   Boleh tahan juga makannya gergaji ini. Daku beli kat Shoppie...Selesai kupotong pelepah kelapa daku menyuci rumput2 di bawah pohon durianku...nasib baik cangkul kecilku membantu...kadangkala daku duduk di atas kerusi dan kekadang tidak...hehehe..".to be smart" daku korek 6 lubang di hujung julai pokok durianku ...daku letakkan baja anggaran radius 180% (hari ini)...lagi 180% akan ku sambung esok hari.   Daku bancuh baja sejumlah 45 ml , kedalam 5 liter air dan ku siram secangkir kedalam setiap lubang. Lebihannya kusiramkan ke bawah pokok durian yg kucuci dan kupotong rumputnya.

Cuaca hari ini agak redup...daku agak pukul 12.30  daku bajainya...memandangkan ini musim hujan, daku berani melawan syarat2 membaja...InsyaaAllah moga pokokku tidak rosak... Yang menjadikan daku ghairah untuk meletakkan baja kerana...ianya telah berusia 9 tahun...tapi masih belum berbuah...telah lama daku meninggalkan pokok2ku tanpa dilayan...hari hari daku hanya dapat ucapkan salam dan kekadang siram pon daku tak sempat...tu sebabnya daku tamak sgt dengan masa terluang begini...Syukur Alhamdulillah pada pukul 3.00 petang tadi hujan turun...MaasyaaAllah...Tabarakallah...

Kepadatan masaku jugak  membuatkan anggurku yang mengeluarkan tangkai buah mengecut kerana tak sempat daku nak layan...kesian dia...tak apa...daku akan cuba lagi menjaganya di lain masa...

Wassalam...

Bye dulu...