Assalamualaikum
Hari ini dairi ku ku sambung balik . Daku kena letak juga bulan lepas punya cerita. ...daku dapat miss call dari Cikgu sama seperjuangan ku dulu. Tiba2 daku rasa nak call balik . Terus sahabatku angkat...dan beritahuku yang dia di kedai roti canai. Terserempak dengan Ariffin adikku membeli makan pagi. Bila daku tanya Nan terus kata bahawa sat2 ni dia bertemu Ariffin dan terus teringat nak call daku. oic.
Daku tanya nan apa khabar Ros isterinya. Nan terus ceritakan kepada ku bahawa Ros baru2 ni terkena minor stroke. Daku terus ucap takziah dan bertaya adakah Nan dah bawa Ros pergi mengurut? Nan kata ya. Sedehnya daku di kejauhan ni tak dapat nak melawat Ros. Ros isteri Nan ada juga kekerabatan denganku. Anak2 Nan Ros yang daku ngajar semuanya daku sayang. Biasanya jika ada perlu persembahan di sekolah daku akan bawa muridku tidur di rumahku untuk buat latihan. Daku sayang sungguh anak mereka ...Saat daku dapat tahu anak sulung nya meninggal lagi bertambah2 sedeh daku rasa. Shazwari...Wari...baik budak nya masa kecil. Itulah daku bertemu kembali eratkan jalinan silaturrahim bila anak perempuan jemput daku ke rumah mereka kerana emak dan ayah mereka jemput, untuk makan2. MaasyaaAllah. Kami bertemu kembali.
Nan ada tanya daku " Cikgu Hassan ada jumpa?...daku kata ada jumpa di Klinik..Sembang panjang juga sambil berdiri aja...Yang Nan mention satu nama lagi ialah "Mustaffa" Mustafa ingat lagi? " Daku perasan" Mustafa Halabi ka? kat mana ya.? Rasa nama tu daku pernah ingat. Tapi di mana.? daku lupa. Nan Maksudkan Mustafa lain agak nya.
Pada masa daku bertemu Ros...Ros nampak sihat aja. Kami berpelukan . Kami baik sangat. Nan ,bagus sungguh setiap kali raya akan datang kerumahku. Aku suka dia rajin bawa isterinya bila daku jemput makan2. Masa muda daku rajin juga buat open house masa raya. Kadang2 sengaja datang bertamu di rumahku. Ya Rabb ...Itulah kawan. Cikgu Hassan pulak kata padaku bahawa Cikgu Said bapakku dulu garang sangat. Ha ha ha. Cikgu Hassan satu Kelas dgn Kak Nyah.
Pada masa ni....saat ni ...Kakak Iparku bersama anakanda Fatehah dalam penerbangan untuk mengerjakan UMRAH..Daku doakan mereka berdua selamat sampai dan dapat mengerjakan Ibadat dengan sesempurnnya. Bila daku dengar mereka pergi, daku jadi sayu tapi tidak lah ketara sangat kerana daku ada tujuan menunggu. Operation Lututku adalah tujuan pertama aku sabar. Bila doktor dah confirm akan bertemu di appointment seterusnya untuk mendapat tarikh...menjadikan daku kuat semangat. Dulu daku takut sangat. Bila dengar cerita Mak Umie Kawan Anis yang sihat dan dapat berjalan seperti biasa kembali...menjadikan daku kuat semangat dan berani. Dari sekarang daku kena Excercise..agar urat kakiku kuat. Banyak sahabatku share video2 excercise..daku ambil dan daku buat syukur. Pahala mereka yang ingat nak view n share tu.
Menurut adik fisioterafi masa merawat setelah operation tak ambil masa lama ...jika kita kuat dalam dua hari dah boleh pulang...Ya Rabb daku berdoa kepadaMu...kuatkan lah daku. Daku mahu pulihkan lututku ini. Ya Tuhanku semoga aku Kau tabahkan hati dan kuatkan semangat. InsyaaAllah...Tuhan ku Panggillah aku di saat yang terbaik buatku. Aamiin.
Kelmarin pula, daku ada juga call Bah... Bah khabarkan Cikgu Hassan meninggal. Cikgu Hassan ini adalah , Cikgu Hassan Gelok...Dia ada juga kekerabatan dengan Mak. Cikgu Hassan ini tidak pernah mengajar dgnku dan dia adalah sama umur Abang Manaf. Dia lebih mengenali abang2 dan kakak2ku sahaja.
Bah juga khabarkan kepadaku...Ramai cikgu2 yang mengajar dgn Kak Eni dulu dah pencen...Cikgu Hassan Basri..Cikgu Marhanah...ramai lagi Bah bilang satu2 yg daku dah lupa nama2 mereka.
Nanti...tulis lagi...