Assalamualaikum sahabat semua.
Sebelum saya tamatkan aktiviti pada hari ini... Saya ingin nyatakan bahawa saya dah benamkan, 2 Siri " Drama Dalam Lagu" saya ke dalam fail archive.
Saya ingin nyatakan bahawa scene tersebut adalah Scene Ringkasan Drama dari Novel Pak Hamka ia itu Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk. Ia tidak kena mengena dengan cerita sesiapapon. Jika berlaku demikian maka ia hanyalah dalam keadaan kebetulan dan tidak disengajakan. Kisah sebenarnya adalah berkisar kepada Adat2 Minangkabau yang di sentuh oleh Pak Hamka dalam novelnya tentang kepentingan darjat dan kekayaan sehingga, ianya melanggar prinsip2 Agama Islam dalam pemilihan jodoh.
Buat sahabat2 semua saya ingin mengucapkan selamat datang mendengar dan membaca ceramah2 Agama Ustaz Ahli Sunnah Waljamaah. Terdapat juga petikan Agama serta artikel2 santai saya. Saya juga hiasi Blog saya ini dengan Lagu2 Melayu dan Inggeris, lama dan baru. Seandai tuan/puan berpegang kepada hukum, lagu2 dan nyanyian tidak di bolehkan, maka sila skip nyanyian tersebut. Dengan itu saya ingin ucapkan ribuah terima kasih dan selamat datang kepada pelayar2 baru Blog saya ini.
Wassalam.
Terima kasih.