Ahad, 8 Jun 2025
Cinta Beralih Arah | Aishah lirik
Oh...Beralih arah pada yang Esa. Tak apa. Daku pon sama . Tapi daku tak pernah robek2 kan kelopak bunga suci di tanganku. Awak tahu... Kelopak itu ku belai penuh manja kerana aku sayang kelopak berseri di tanganku itu... Aku tak benarkan ia jatuh berderai melain kan badai kuat meniupnya dan menerbangkannya jauh dan aku pasrah dan yakin Allah pasti menyelamatkannya tidak dapat tidak.
Itu adalah kerana aku terlalu jujur dan sangat2 memuja kelopak yang berseri di tanganku. Bila badai kuat meniupnya daku terus berdoa, agar Allah menyambutnya dan menyelamatkan nya. Rabbku ...Engkau yang Maha Adil Maha Memelihara dan Maha Melindungi. Lindungilah dia kelopak Indah yang Kau pulihkan itu. Limpahkanlah dia dengan keyakinan diri . Aamiin...Rabbku. Aku sayang dia kerana - Mu Rabbku...