Isnin, 15 Jun 2026

Singgah di Coffee Bean.. Kedai di sebelah Nando's aja.

Singgah di Coffee Bean.   

Diet apa beli Cheese Kek.   

Manis itu gemok. 

 Anis nak tunjuk menu baru depani.



Tu kopi belakang rumahku...tu...lihat gambar...
bestnya...dlm Cofee Bean ni...Bau aroma kopi yang mengancamkan.
Macam bau kopi mak buat dulu, bila duduk dalam kedai mereka.
Coffee bean boleh naik kembali begitu  bagus mencanak naik apabila produk (Starbuck)  diboikot.  
MaasyaaAllah rupa2nya terlindung di sebalik satu2 kejadian yang Allah jadikan.   Di atas satu2, kejadian yang
 Allah jadikan tentu ada hikmahnya.  Maasyaa Allah.

Aku suka sangat gambar yg ada buah kopi di belakangku itu 
Ingat Pak ...Ingat mak.
Pak kutip buah2 kopi ...Pak mesen buang kulit ...Pak jemur...bila kering Pak  buang kulit kerasnya(husk)  dan keluarlah biji2 buah kopi tersebut. Betapa seronoknya ingat cerita Mak dan Pak dalam kenangan.
Selepas biji kopi di bersihkan  dari kulit kerasnya(husk) maka  puncak kepada kerja Mak pulak  
Mak akan goreng biji2 kopi ini sehingga garing.  Memang, benar2 garing bila hitam (macam hangit  tu ) mak akan letakkan gula.  Wou masa ni gula akan hancur menyelaputi buah2 kopi yang mak goreng tu.  Aroma kopi telah mula berbau..sangat2 sedap baunya. Daku nampak mak akan letak sedikit margerine.  Maasyaa Allah.  
Bila di angkat biji2 kopi mengeras dengan salutan gula tadi.  keras benar2 keras.  Berketul besar.   
Pak akan tumbuk dlm ketulan besar yg keras tu dan ...akan Pak mesen dalam mesen kopi Pak.  Keluar kopi yang halus gebu dan continue dgn kerja mak pulak.  Mak akan mengayak nya.
MasyaaAllah kopi mak sedap sangat.  
Mak akan bagi kawan mak dan kawan Pak.  
Sedapnya kopi Cikgu Aminah dan Cikgu Said.
hehhe...



  1.                                              


 
Kelakar Anis ...kerana ini mati diet Anis.  Alya kata sedap.
Bagi ku boleh la di katakan sedap sebab tidak lah manis sangat. 
naknya anakku tunjukkan mak dia cara makan ni...hihi..
cara makan.










Rasa benar2 coffee... 
naknya anakku tunjukkan mak dia cara makan ni...hihi..
cara makan.