Jumaat, 19 Jun 2026

 

Isnin, 15 Disember 2025

"Daku hamba Allah yang hina"


Sahabatku  semua...Kau beruntung kerana dapat juga coretan surat2 dari ku.  At least kau dapat juga baca khabarku..  Tapi aku tak seberuntung mana kerana tak pernah mendapat sepatah katapon dari sahabat2ku.  Walau bagaimanapon, daku dapat juga pahala jika hati sahabat terjentik juga atas teguran2 ku  untuk membuat kebaikan...hihi ...sedekah ke..baca doa pagi petang ke. Ceramah Ustaz ke.....baca Quran ke atau apa apa ja lah.  hihi.  Jangan marah ! .  Tak  apa!  daku dah redho dah ...Moga Allah yang akan membalas surat2 ku ini  satu masa nanti Allah akan kirimkan berita BILA  kematian ku yg akan menghampiriku  Itu harapanku ...InsyaaAllah.  
Jadi mari kita jangan leka dalam 3 hari tidak
 membaca ayat2 suci Al Quran kerana kita bimbang kita akan terlalai terus.  
Daku cukup gembira bila facebook daku tinggalkan ia menjadikan daku lapang dada..Instagram juga. .Jika Tiktok pula daku susah nak buka sangat kerana daku takut daku leka dgnnya.  Kadang2 benar,  daku buka,  jika berita agama yg disharekan kepadaku.  Kadang2 cerita masak daku  buka juga.  Jika  pengirimnya kakakku dan berita kesihatan dari adikku Maznah.    Daku pilih2 juga siapa yang  share.
Blog ni ...daku rasa sayang nak tinggal kerana ia dapat juga sedekah jariah bila daku pergi nanti.  Blog ini khas buat sahabat ku di Malaysia , Singapore, Indonesesia dan round the world..... MEMBACANYA.
MEREKA BACA CERAMAH AGAMA USTAZ. DAKU DAH SYUKUR SANGAT. SYUKUR. 




Jika anda ingin berlumba dalam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga.

Mari kita berlumba-lumba kearah ini.  Jangan kita lupa , tiada apa yang lebih bermakna daripada ini.  Kumpullah dari sekarang pahalanya walaupon terpaksasa kau raih dengan kadar  sedikit demi sedikit.  Jika tidak sedikit masakan dapat  menjadi banyak.  Pahala itu akan Allah balas meskipon  sebesar zarrah.
Mari kita ingat buatlah kebaikan dari sekecil2 kebaikan dan Nabi berpesan Jangan dipandang remeh dengan pahala2 yang sedikit.  Ingat sekecil2 Iman ialah mengelakkan daripada berlakunya perkara mungkar.   Jika kita tak mampu mengelakkan dengan  melaksanakan  sesuatu yang besar,  setidak2nya kita memberitahu atau menegurnya, jika kita tak mampu menegurnya  dengan lisan, maka kata Nabi SAW serendah2 Iman itu kita menegurnya dengan hati.

Mari kita ambil iktibar kita(engkau dan aku ) akan bertemu Allah tak beberapa lama lagi.  
Sebaik2nya kita saling tegur menegur,  Daku rela meerima teguran,  meskipon terluka dihati.
Kita gigit kuat2 pesan Nabi kita ini jangan terlepas. kita sama2 jujur dalam hidup kita ini kerana "Siapalah kita di dalam bumi Allah yang tidak kekal ini" Kita tak  kekal, sahabatku.  Kita akan pergi.  Kita akan bertemu Allah jua.

Mari kita merendah diri kepadaNya dan keranaNya.  Daku mengaku ,bahawa daku tak selayaknya menegur sesiapapon kerana daku bukan siapa2 dan daku hanyalah guru biasa,  Daku bukan Ustazah Asma' Harun, daku juga  bukan  Ustaz Maza yang hebat itu...daku hanyalah  sahabatmu yang tak pandai mana.  Bijak daku tiada, malah pangkat  jauh sekali.  Siapalah daku di sisi sahabat.  

Sebelum daku mengundur diri daku susun jari sepuluh ingin memohon maaf di atas setiap teguran yang daku buat dan pernah buat,  Maafkan daku.  
Itu sahaja yang daku mampu pinta dan daku  sedar"Daku hanyalah hamba Allah yang hina"
Sahabatmu.