Rabu, 11 Mac 2026

Kematian akan lebih mendekatkan kita dgn Allah Azawajal...

 Hari ini seorang hamba Allah pergi mengadap Allah Azzawajalla..

Daku dapat rasa kesedihan anak lelakinya yang berusia 18 tahun menangis terisak2 masih memeluk ibundanya tanpa henti.  anak ini masih belajar .  Mengambil STPM .  Itu yg ku tahu.  Mereka tinggal berdua sahaja.  Ibunda ini  mencari pendapatan dengan mengasuh anak2 jiran.  Meninggal kerana kompikasi jantung.

Anakku masuk bilik ..."Mak...Anis nak peluk maka lah ...sedih sangat"  Daku peluk dan kata anakku mereka tinggal berdua macam Anis dgn mak dan Una dengan kakak.  Moga Allah Rahmati.

  Daku hannya dpat meminta anakku dan anak saudaraku berbakti dengan menolong mengemaskan rumahnya.  kataku contact saudara nya yang baru sampai dari negeri 9,  katakan akak  datang untuk tolong mengemas rumah apa yang patut.  Dia mengatakan ok.  

Apa lagi yang harus anis dan kakak buat. 

Saku hanya katakan beli makanan untuk sahur mereka esok pagi...Itu sahaja.

Seterusnya daku mohon agar allah cucuri Rahmat ke atas Ibu Adik ni. Rabbku kesihanilah dia ...Tempatkan dia dia bersama orang2 yang soleh.  Aamiin.  Moga kau hilangkan kesedihan anak lelaki ini.  Berikan dia kelapangan hati Rabbku.

"Setiap yang hidup pasti akan mati"

Daku pasrah.  Daku entah bila.?


Apa. Khabar..