Breakfast dengan nasi moi org demam dan daku nasi nasi bubur.
Nasi moi anis hanya kosong sahaja kita sebut dia nasi air. Tak perlu letak banyak bahan hanya rebusan nasi, ikan bilis bawang kecil bawang putih digoreng serta sedikit halia sudah cukup. Itu pin telah sedap di mulut mereka yg demam. Moga anis suka.
Nasi bubur dan moi ini digandingan dgn gorengan ikan bilis serta bawang kecil dan bawang putih. Daku lupa nak letakkan cili.. Hihi... Sbbnya daku dah tua...
Nah... Gandingan ini juga daku gorengkan ikan kedera masin untuk menambahkan selera org demam.
Sepatutnya, daku letak lobak merah jeruk yg dipotong halus dan digoreng. Kacang tanah yg di goreng... Goreng pulak bawang putih dan bawang merah... Yummy.
Hidangan pagi dengan nasi air dan nasi bubur kita sebut dia juga "nasi lembek". Kalau nasi lembek Pak sangat istimewa. Pak akan letakkan udang hidup bersama dan letakkan santan jika suka.. Pak memang pandai masak.
Nasi air anis... Demam sbb letih drive pergi balik 2 n Pro 2 n pro ke lenggong Bangi.. Lenggong...
Bangi dan dari Perlis lagi. Jauh tu bagi seorang perempuan. Daku dulu suka drive. Daku drive laju sgt akhirnya daku sedar kembali jadi orang yg berhemah... Takut jika pikir2 drive laju. Syukur Rabbku daku selamat.. Insaf nya aku. Daku tak "tough" sgt, macam org lain. Mudah letih... Tapi daku suka drive dulu2...
Ini Nasi bubur ku. Ku buat macam Nasi lambuk org Terengganu. Ianya letakkan sayur dan isi ikan., lada hitam bawang putih. Letak Santan... Hmmm yummy...
Ikan bilis ku goreng agak garing sangat dsh nsk hampir pahit. Saat tengah masak leha call dari pondoknya. "Mak Cik Leha dapat tengok gamba kat kubuq tu mak andak hantaq".. Haha. Macam2 anak sedara ku tu... Muka macam Sarena Hashim... Kakaknya kpd Zakiah Ramlie.. Rindu pulak daku kpd anak2 saudaraku. Mereka anak Kak Siah. Kak Siah anak Pak..
... Mak sayang dia dan dia jugak sayang Mak...Kak Siah hitam manis orang nya sbb mak Kak Siah hitam manis..Kak Siah manjakan adik2. Kak Siah akan panggil..Adik Eni, Adik Nah...semua sebut adik. Baik sungguh Kak Siah bagiku.
Ikan kedera masin.Order on line aja. Sekarang semua yg kita ingin makan boleh kita order on line sahaja. Daku order buku Doa Pagi dan Doa Petang online aja, untuk buat buah tangan balik kampong. Mulanya rasa nak berikan mereka minyak wangi.. Tak jadi sebab nak beri yg bermanfaat. Buku kecil ni lebih besar tulisan nya dpd buku Doa Pagi Ptg keluaran dan tulisan Ustaz Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman.(Abu Anas Al Madani) Penasihat PondokSungai Dutrian Kuala Krai Kelantan.... Buku ke il dia itu boleh di order di shoppie...Jika tuan2 nak dapatkannya tak payah pi kedai buku...order ja. . Boleh bagi pada kawan...Daku bagi kepada semua tak kiralah samaada mereka dah punya atau belum. Jika mereka dah punya maka mereka akan panjang kan pemberian berfaedah tu kepada orang lain.
Penamat cerita ikan bilis goreng... Yummy...