Terkadang aku terimbau masa lalu yg penuh luka. Penceraian ku tak pernah buat aku luka sangat. Ianya satu lumrah dlm hidup berumahtangga. Tapi aku memastikan aku benar di sisi Allah sudah mencukupi Rabbku...
Bila aku ingat kembali aku pernah berjanji pada hati aku, aku tak akan pijak Grik lagi. Tiba2 orang Grik yg menjadi suamiku. Tanpa aku sedari ianya berlaku meleraikan janjiku yg tak sepatutnya begitu.
Mak org yg paling aku sayang. Balik dari sekolah... Aku tengah makan tengahari, mak bersuara " Eni Mak dah terima dah org dtg melamar Eni. Aku terberhenti mengunyah." Siapa dia mak?" Dia anak kepada anak murid mak... Mak perjelaskan. Air mataku keluar dgn rasa sedih. Diselitkan dgn gurauan abg Ail yg mengatakan Eni dia kudung, jari tak ada.. Aku diam aja dlm Bahasa sedih aku sendiri tanpa dapat membuat pilihan. Apapon dia ibuku. Aku kena terima. Maklah segalanya. Mak! Mak! Eni ingat mak. Mak tak salah. Eni terima dgn harapan dia dpt bawak eni hingga ke akhirat Allah.
Harapan tinggal harapan... Mak! Eni tak kenal dia. Apapon tak boleh diungkit lagi kerana dialah ayah kpd anis. Walaupon Kata2 hikmat mak, " Eni tengok mata dia Eni akan kesian dia"... MAK! ianya tak mungkin berlaku kerana satu kesombongan.
Aku bersyukur aku dapat maafkan dia, di satu Jumaat yg mulia. Daku baru sampai dari sekolah daku buka radio ku dan akan mendengar khutbah Jumaat. Khatib berkata" Barang siapa yg dapat memaafkan seseorang yg berbuat salah padanya dgn sebenar maaf maka, ia akan Allah sediakan Istana Emas di Syorga. Dengan Kata2 itu daku dapat maafkan dia kerana Allah. InsyaaAllah.