Jumaat, 23 Mei 2025

Aku sendiri menunggu...


Bila dah tua..
Aku hanya duduk dlm kereta.. 
Anakku berbeli  tanpa cerita, 
Aku sabar menunggu dgn rela

Wah cantiknya aku terpandang seorang dara.   Berpakaian begitu bergaya.   Cantik membuatkan aku terleka,  Aku terlupa hingga mengimbau masa muda.

MaasyaaAllah...berpakaian hanya  untuk bergaya,   Jika tak cocok bermasam muka.   Jauhnya beza bila dah tua.   Apa yg ada.  Tak apa aja.   Tanpa bedak dimuka.    Aku dah lupa mencari rentak untuk bergaya.   Itu namanya aku dah tua.

Tua dan muda mereka kata sama aja.  Tak lah bagi aku... Muda kita disayang dan bila tua kita dibuang..   Betulkah begitu...? Ia semata2 tak betul.  Kerana bila kita tua kita disayang lebih daripada masa muda kita. 

Tulisan tap tap tapku di telephone sementara menunggu Anis membeli belah di Econsave.