Ahad, 11 Mei 2025

Bau busuk...

 Mari ku ceritakan pengalaman mereka yg  memelihara kucing.  Kita perlu tahu bahawa harga membela seekor kucing adalah lebih kurang RM 150. Mungkin lebih dpd itu. Ini tak termasuk untuk membuat rawatan jika kucing tersebut sakit atau sebagainya.

Kucing...jika kita membela kucing, kita perlu tahu bahawa kucing  rasminya membuang air besar akan mencari pasir begitu juga membuang air kecil. Mereka mengais pasir terlebih dahulu kemudian mereka akan mengambus najis mereka dengan pasir tersebut setelah selesai membuang najis.  Lihat betapa bijaknya kucing yang Allah cipta ini.. 

Cerita ni berlaku di sebuah taman yang kawanku mempunyai rumah di situ.   Dia tinggalkan rumahnya kerana bertukar mengajar di  Bandar Ipoh. Ada seorang guru, isteri orang berpangkat dalam taman itu, minat bermain dengan kucing... Beliau mengupah pengasuh nya membela kucing beliau.    Mungkin beliau ini terlupa membeli pasir kucing atau lupa mengajar pengasuh nya bagaimana menguruskan najis kucing.  Ataupun pengasuh sayang duit yg diberi untuk membeli pasir kucing atau pon upah yg di beri tidak mencukupi  yg menyebabkan mereka tidak membeli pasir kucing. 

Bayangkanlah najis kucing itu di pancutnya ke dalam longkang di belakang rumah taman.   Cikgu yg menceritakan kepadaku kisah ni berkata  bahawa (guru itu) adalah isteri  kepada orang yg berpangkat.  Untuk pengetahuan semua bau busuk najis kucing tersebut tersebar hingga ke 5 dan 6 buah rumah di Blok belakang sana.   Betapanya cikgu yg  cerdik isteri org berpangkat itu tidak  perihatin tentang bau busuk dari najis kucingnya telah  mencemar rumah berdekatan.  MaasyaaAllah... Kesiannya mereka. 

Kisah ini diceritakan oleh kawanku 2 tahun lalu.   Harap2 sekarang ini mereka telah  sedar cara memelihara kucing dgn benar. 

 Daku dah lama nak tulis cerita ni.. Bila aku lihat kisah bau Babi di Kampong  Melayu Air Kuning tak dapat  di tolong, tak dapat di bantu..... baru aku sedar bahawa orang besar2, berpangkat tinggi, kaya raya pulak tu sebenarnya tidak perihatin terhadap bau busuk yang terpaksa orang lain hidu dan tanggung.   

Demi Allah aku seorang guru aku tak tertanggung  bau najis haiwan tambahan pulak orang2 yg ada penyakit asma seperti aku dulu. Bagaimanalah mereka (masyarakat setempat) boleh sihat.   Allah melihat semua ni dari atas sana.   Ya Rabb. Kau ubahlah pendirian mereka.  

 Sedarlah bahawa jika kita berkuasa kita  perlu menjaga rakyat bukan kita mengabaikannya dengan jawapan yg mudah seperti yg aku dengar. Aku cemburu sangat... Kenapa kuasa yg Allah beri tidak dapat digunakan dgn sepatutnya. 

Rabbku Engkau Maha Kaya.   Kau letakkan rasa belas kasihan atau ehsan kepada pemerintah kami...  Aamiin Ya Rabbal A'lamin.