Salam...
Daku terus terang, daku adalah seorang yg berperinsip. Jika ianya salah tetap aku kata salah. Jika benar daku kata benar. Cara aku bekerja hanya ikhlas kerana Allah.. Meskipon Guru Besar daku akan betulkan jika ianya salah. Tegurku kerana Allah bukan dlm erti kata mengingkari perintah. Letakkan kerana Allah baru kita selamat. Bukan untuk selamat di dunia sahaja, kita perlu fikirkan selamat di akhirat.
Menghormati ketua, bukan kerana ganjaran darinya, Hormat kita jgn mengharap ganjaran. Jika dia salah, kita perlu membuat teguran. Ikut melulu adalah salah disisi Islam. Mejoriti orang berkata dia salah tapi kita membela dia tidak kerana Allah. Itu adalah tidak tepat. Jangan takut pada manusia tetapi takutlah pada Allah. Rezeki kita bukan dari manusia tetapi rezeki itu hanya dari Allah.
Sedarlah dan kembalikan harga diri kita kerana Allah. Biar kita ada prinsip dalam hidup ini. Jangan nak ikut manusia secara melulu hanya kerana dia ketua kita. Ingatlah pada Allah. Baru kita selamat. Bukan dia yg beri rezeki kepada kita tapi rezeki kita hanya datang dari Allah. Malulah pada Allah jika terlupa bahawa Allah yg beri rezeki bukan ketua atau bos kita. Harap setiap individu ada harga diri. Kembalikan harga dirimu.
Terima Kasih.