Sahabatku Azi hantar mesej ini. Mesej balasan ini pon belum Azi buka lagi...Azi kawanku semasa di sekolah rendah dahulu. Daku berdoa kepada Allah agar roh suami Azi ditempatkan bersama orang2 yang soleh...Aamiin. Daku jugak berharap agar Azi dapat bersabar dan menjalani hidup macam biasa. Ya Rabb permudahkanlah urusan pengkebumian jenazah buat Azi sekeluarga. Aamiin.
Azi sekarang tinggal di KL bersama anak perempuannya. Azi telah membuat rumah di Lenggong, Kampong Telok Batu. Mereka ini kadang kala sahaja balik bermalam di kampong. Daku tak tahu selepas ini di mana Azi tinggal. Daku berdoa agar Azi dan anak perempuan dapat bersabar di atas pemergian ini ...Amiin. Dalam pada itu daku terpikir...Entah bila pula kita akan di jemput Allah. Ya Rabb jemputlah kami dalam keadaan kami telah sedia, Ya Rabb....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan