Rabu, 31 Januari 2024
Perlantikan Sri Paduka BagindaYang diPertuan Agung
Daulat Tuanku.
Istiadat menandatangani surat memegang jawatan.
Istiadat menandatangani surat memegang jawatan.
Selesailah sudah.
Ampun Tuanku.
Daulat Tuanku
Selasa, 30 Januari 2024
(BERITA HANGAT) JANGAN KECIL HATI BILA MP BERSATU PULA DAPAT JAWATAN PEM...
Anwar Drama Queen, King of Rhetoric
Kita tidak boleh biarkan perasuah ini berterusan
Tahan marah
"Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya dihadapan para makhluk-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemauannya." (HR. Tirmidzi, ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat Shahihul jami' No.6398).
Isnin, 29 Januari 2024
Prof Dr MAZA - Dengarlah Wahai Pemerintah!!!
GERAM BETUL - Dr Maza Bidas Menteri Saifuddin & Menteri Mujahid Dalam Is...
Daku serahkan pada Allah keadaan sekarang.
Dikau naik ayat ini jugak aku baca dan masa kau jatuh dulu pon ayat ni yg daku baca wahai PMX
Masa tu daku di SK Kamunting...Daku ulang ulang baca sebab daku tak tahu duduk benarnya cerita...Daku serah pd Allah..Azzawajalla.
Hari ini ayat ini juga kena daku ulang baca jika daku tengok berbagai konflit timbul...Daku bukan suka atau benci, mana2 orang politik...Tapi biar Allah yg tentukan duduk benarnya perkara...Aamiin...
Semoga Allah Pelihara Malaysia.
Ahad, 28 Januari 2024
How 2 treat women
Sabtu, 27 Januari 2024
16-02-2020 SS. DATO' DR. MAZA: Huraian Saidul Istighfar
Share yang terasa sangsi...sori hanya nak KIV untuk lihat
Dah ku delete video yang meramalkan tahun bakal menjelang, KIV untuk daku dengar...
Tiga perkara yang akan merasakan manisnya iman
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang niscaya ia akan merasakan manisnya iman"
1. Menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya.
2. Mencintai seseorang, dan ia tidak mencintainya kecuali karena Allah.
3. Benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia enggan dilemparkan ke neraka.
(HR Bukhari)
Jumaat, 26 Januari 2024
Tak akan dapat Ilmu melainkan 6 sharat
Imam shafie tentang belajar ilmu,
Dapat Syurga Biliknya See Through Dalam Syurga
Dapat Syurga yang Biliknya See Through Dalam Syurga
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
(🔴LIVE) 25-01-2024 SS Prof Dato' Dr MAZA: Bulughul Maram {Siri 185}
"Muhammad...Orang yg di puji."
Khamis, 25 Januari 2024
Allah mencipta Malaikat.
Sabtu, 3 November 2012
"Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."
Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikit dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."
Allah SAW berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh abggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, " Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku" Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata" Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram" Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
"Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal."
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat"
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.
AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN.
Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.
Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat
Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia.
Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.
Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~
Rabu, 24 Januari 2024
3 Doa harian mudah jangan tinggal
3 Doa harian mudah jangan tinggal
assalamualaikum...
Amalkan 3 doa penting ini setiap hari. Doa tersebut adalah
1) Allah humma inni as aluka khusnul khootimah
Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu
Khusnul Khootimah
2) Allah hummar zukoni Taubatan Nasuha Khablal maut
Ya Allah berilah aku rezeki Taubatan Nasuha sebelum wafat
3) Allah humma Ya muqallibal qhulub Salbit Qolbi ala di nik
Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada AgamaMu.
4 kalimah jika dibaca 3 kali berat di timbangan
lihat 4 kalimah jika dibaca 3 kali ,berat timbangannya.
aman
Pada suatu pagi Rasullah SAW keluar dari rumahnya . Pada ketika itu Juwairiah isterinya berada di tempat solat. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah tinggi, sedangkan Juwairiah masih berada di tempat solat. Rasullah bertanya ,kamu masih berada di tempat solat masa saya keluar tadi? Juwairiah menjawab "Ya." Rasullullah SAW memberitahunya yang bermaksud " "Sesungguhnya saya membaca empat kalimah ini sebanyak 3 kali ketika meninggalkan kamu. Kalau ia ditimbang dengan bacaan yang kamu baca pada hari ini, Timbangannya lebih berat lagi." Soheh Muslim 2726
Subhanallahhiwabihamdihi
Maha suci Allah dan aku memuji-Nya
A' da da khal khihi
Sebanyak Makhlok ciptaan-Nya
Wari dhoo nafsihi
Keredhoan diri-Nya
Wazienata Arshihi
Seberat timbangan Arash-Nya
Wamida dakalimatihi.
Dan sebanyak tinta kalimah-Nya.
Selasa, 23 Januari 2024
Isnin, 22 Januari 2024
Ahad, 21 Januari 2024
"Memakmurkan Usia Kita"
Sabtu, 20 Januari 2024
#449 Bismillah 787 kali Pulak Untuk Tarik Rezeki? Bukankah Amalan Nabi M...
kesihatanku hari ni...
Mula test..
Darah tinggi : 117/78
nadi : 77 just nice....ok..
gula darah pulak...: 8.1
moga elok..
Second test
High Blood Pressure :114/71
Pulse : 74....kira ok jugak....
gula darah...: 8.1
aku makan apa?
sebiji pisang...kueh bangkit cheese aini bagi...sahur mee goreng aku request, anak aku masak dgn sebiji telor untuk protein... hihi ...mungkin yg semalam kot...semalam aku cicah mempelam dgn serbok asam masin...asam masin tu banyak gula kot...oic sepotong tembikai...semalam makan bihoon tom Yam anak aku masak tak manis...kuih bangkit cheese semalam 2 biji...ya tak pa ...Biasa tu 6.1, 5.7, 6.8 kadang2 7...takpa tak pa, control lepas ni... Dgn result ni boleh teruskan posa....SET
10-01-2024 Ustaz Dato' Haji Shamsuri Haji Ahmad: Perihal Mati Syahid (Si...
Ustaz Manis - 2024 Tahun Ditunggu Seluruh Dunia
Jumaat, 19 Januari 2024
(🔴LIVE) 19-01-2024 SS Prof Dato' Dr MAZA: Syamail Muhammadiyah {Siri 4}
Khamis, 18 Januari 2024
Lihat 4 kalimah jika dibaca 3 kali ,berat timbangannya.
Pada suatu pagi Rasullah SAW keluar dari rumahnya . Pada ketika itu Juwairiah isterinya berada di tempat solat. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah tinggi, sedangkan Juwairiah masih berada di tempat solat. Rasullah bertanya ,kamu masih berada di tempat solat masa saya keluar tadi? Juwairiah menjawab "Ya." Rasullullah SAW memberitahunya yang bermaksud " "Sesungguhnya saya membaca empat kalimah ini sebanyak 3 kali ketika meninggalkan kamu. Kalau ia ditimbang dengan bacaan yang kamu baca pada hari ini, Timbangannya lebih berat lagi." Soheh Muslim 2726
Subhanallahhiwabihamdihi
Maha suci Allah dan aku memuji-Nya
A' da da khal khihi
Sebanyak Makhlok ciptaan-Nya
Wari dhoo nafsihi
Keredhoan diri-Nya
Wazienata Arshihi
Seberat timbangan Arash-Nya
Wamida dakalimatihi.
Dan sebanyak tinta kalimah-Nya.
3 Perkara yg dimiliki akan merasakan manisnya iman
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tiga perkara yang apabila ada dalam diri seseorang niscaya ia akan merasakan manisnya iman: menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya. Mencintai seseorang, dan ia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia enggan dilemparkan ke neraka." (HR Bukhari)
3 Doa harian mudah jangan tinggal
Assalamualaikum...
Amalkan 3 doa penting ini setiap hari. Doa tersebut adalah
1) Allah humma inni as aluka khusnul khootimah
Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu
Khusnul Khootimah
2) Allah hummar zukoni Taubatan Nasuha Khablal maut
Ya Allah berilah aku rezeki Taubatan Nasuha sebelum wafat
3) Allah humma Ya muqallibal qhulub Salbit Qolbi ala di nik
Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada AgamaMu.
Sabar saat diuji
Sabar Saat diuji,
Ya Allah,
"Rezeki Mencapai Keberkatan dan Dimudahkannya"
Bersyukurlah.. Nescaya Allah akan Tambah - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...