Posted by camy2008 in Uncategorized. Leave a Comment
Adikku Eni, seorang guru maths sekolah rendah yang boleh dikatakan hebat dalam bidang maths dah ada blog. Bloknya anda boleh tengok di sebelah kanan page ini, http://cikgumaths.wordpress.com
Aku tabek Eni adikku ini. Dia memang hebat dalam bidangnya. Seorang guru yang dedikasi dan sanggup berjaga malam setiap hari hingga jam 2 atau 3 pagi untuk memeriksa buku murid dan membuat kerja-kerja sekolah.
Dari segi mengajar maths, dia memang hebat. Ramai anak muridnya yang lemah maths berjaya mendapat skor terbaik kerana dedikasinya itu. Dia selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi kepada murid-murid dan guru yang akan menghadapi peperiksaan dan yang mengajar maths di sekitar negeri Perak. Mentornya hebat-hebat belaka, mereka yang berkekulusan PHD dalam bidang masing-masing.
Eni rajin mengkaji dan mengkaji mencari kaedah terbaik untuk anak-anak muridnya. Selalu juga aku telefon dia untuk minta panduan mengajar maths anakku. Sejak anakku balik dari Jepun Eni menjadi sasaran aku bertanya cara-cara nak selesaikan soalan maths melalui telefon. Kadang-kadang aku rasa nak menangis kerana tak pandai mengajar Aini maths. Eni beri semangat. Berbekalkan kertas dan pen, Eni menceritakan dan mengajar aku macam mana nak selesaikan soalan maths itu. Maths darjah 4 hingga 6 bagi aku dah cukup susah. Eni dapat memberi penerangan dan jalan mengira dengan mudah. Akhirnya Aini dapat selesaikan homework dengan jayanya.
Di Kemunting, ibu bapa yang mengalamai masalah tak pandai maths macam aku ini akan call Aini. Aku call dari KL ke Perak tempat Eni mengajar. Ketika aku di Pulau Pinang, Eni juga jadi sasaran. Sekarang Eni dah pindah ke Shah Alam. Ibu bapa Shah Alam pula buat call.
Aku ini maths paling lemah. Eni pula cakap bahasa Melayu dia lemah kerana asyik mengajar maths…Bila mengajar maths aku selalu nak nangis. Aini anakku selalu cakap “Mami tak pandai maths. Malas nak tanya mami.” Akhirnya aku serahkan gagang telefon kepada Aini untuk bercakap dengan makcik Aninya. Selesai masalah. Terima kasih Eni.
Moto Eni, semua orang boleh mengusai maths…Mengapa Jadi Begini January 2, 2010
Filed under: Uncategorized — enishah08 @ 4:29 pmBeginilah nasih diriku yang malang OOOOTuhan…
Tak boleh bersenang lengng …
Berehat sedikit dia dah meradang …
…..Reput tulang
- Rindu padamu terlantun duka nestapaku...
Rindu… November 5, 2014
Filed under: Uncategorized — enishah08 @ 7:03 pmRindu padaMu terlantun duka nestapaku…
Rindu… November 5, 2014
Rindu padaMu terlantun duka nestapaku…
Hello World!
Teringat kepada seorang Doktor yang sama-sama menyertai Kursus Usahawan Internet bersama-sama dengan Dr. Irfan Khairi. Katanya dia menyimpan segala maklumat kerja-kerjanya di dalam blognya. Hm…Terpanggil pula untuk berbuat demikian. Katanya kadang kala berlaku juga hilang maklumat di sini. Apapun rasa saya kita kena akurlah kerana ini mesin yang ada otak dan terkadang-kadang boleh hilang ingatan… Betul tak?. Apapun cubalah untuk seronok-seronok.
Saturday, 3 November 2012
Setengah hukama mengatakan, “Keselamatan jasad pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikit dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘Khairil Anam’ (Muhammad SAW).”
Allah SAW berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh abggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku” Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan