Khamis, 12 Februari 2026
TIGA PRINSIP HIDUP ORANG BERIMAN | USTADZ YAZID BIN ABDUL QODIR JAWAS رح...
UPDATE : KHAMIS 12/2/26 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1447 H.
UPDATE : KHAMIS 12/2/26 BERSAMAAN 24 SYAABAN 1447 H.
Doaku dipagi ini..
Ya Rabb ...Janganlah tulisanku menyakitkan hati sesiapa kerana Nabi suruh insan menjaga lidah agar tiada yang tergores hatinya...Aamiin.
Jika aku tak mampu menjaga hati insan lain maka wajib atas aku berhenti terus dari mencoret apa2 di sini.
Rabbku aku insan yang lemah...Peliharalah lidahku. Jari jemariku adalah lidahku dalam Blogku yang kaku ini.
Rabbku jika daku tak mampu menjaga lidahku, Kau yang berhak memutuskan aku dari berbicara di dalam Blogku ini.
Ya Rabbku...Aku dah terlalu tua, pon kakakku dan adikku, pada bila2 masa sahaja Kau akan menjemput kami....Jemputlah kami dalam keadaan yang baik dalam situasi kami saling menjaga hati semua.
Nampak senang sahaja untuk berjalan di muka bumiMu ini kenyataannya ,ianya sukar. Dari dulu ...daku suka bersendirian agar daku tidak mengumpat mencela dan mengelakkan diri dari melakukan kerja2 haram dan lagho itu..." memakan daging manusia" daku tak mahu Moga daku sentiasa mengawasinya.
Kau pulangkan kembali Noraini ini sebagai dahulu...pagiku bersama kitab2 mu, pagiku bersama tumbuhan2, alam ciptaan Mu yang daku cinta. Akrabnya daku dengan alam milikMu ini Rabbku hinggalah sebulanku berjalan dengan penuh manfaatnya. Sebenarnya daku rindu saat itu...tapi adikku , kakak ku anakku kata ...saat itu yang perlu aku lupakan...InsyaaAllah sekali sekala daku rasa boleh ...jika aku pulang.
Rabbku...bukan daku putuskan Silaturrahim dgn sahabat2ku jika daku terus disini. aku mengaku daku lari terus dari mereka. .cumanya daku ingin mengelakkan diri dari dunia luar yg penuh dgn cabaran. Daku ingin lari dari sebarang yang melibatkan rosaknya hatiku daripada fungsi mataku , lidah yang tak benar...Betulkanlah bicaraku. Facebook , Instagram dan media sosial lain dah daku bye bye2 ..harapnya "forever" lah. Daku tak mahu lagi melihat kepura-puraan hidup yg penuh dgn perlumbaan mencari harga diri di situ. Tak perlu sebenarnya.
Kalau para sahabat yang kaya raya itu sangat zuhud dengan mengamalkan ajaran Islam dgn sebaik2 amalan dari mereka...kita ini tak dapat nak berbuat demikian ...memang tak mampu...sahabat dgn kekayaan mereka mereka boleh meninggalkan nikmat dunia ini...Robbku....Insafkan kami...
Jika daku bicara diluar sedar daku akan berusaha menyedarkandiriku sendiri......Jika orang yang menyentuh hati dan perasaan kau lari terus jauh2 dengan mengucapkan "Alhamdulillah ala kullihal" Redakan perasaan marah...Daku teringat beberapa bulan daku di Negeri orang tiada satu pon yang lagho berlaku dengan lidah ini... Jadi pelajaran itu daku bawa hingga kini...Bagus sungguh untuk bersendiri rupa2nya kan......tanpa bimbangkan lidah yg berbicara..daku sebenarnya damai jika tidak menyentuh perkara2 yang menyakitkan hati...
Kadang2 bila daku ulang baca kembali apa yang daku tulis , daku merasakan tentu ada yang kecilhati...Eni...Eni...taubat segera. Minta maaf segera. Kau berdosa jika itu yang berlaku. Terlanjur cakap pasal ini sahabatku semua...Maafkan Noraini ini jika daku tersilap bicara tersalah kata dalam berbicara dengan jari jemariku ini. Maafkanku...Maafkanku...Maafkanku...
Daku tak risau jika kembali kepada keluargaku kerana topik perbincangan kami hanya berlegar dgn perkara biasa2 sahaja..santai dan menyeronokkan. Kami makan2 untuk lebih merasai kembali, keakraban masa kecil bersama Mak dan Pak. Seronok sangat! Dalam masa berbincang kami masing2 menjaga hati masing2 dan jika ada perkara yang akan membawa ke arah melibatkan dosa kami masing2 "ingat mengingati " Itulah sebabnya seronok jika kita berkumpul bersama dalam keadaan terkawal lidah masing2.
Semalam means kelmarin bahasa kami..daku ramai2 di rumah Kak Hindon..."shell out" famili. Ianya menyeronokkan. Makan2 tanpa fikir perkara2 berat...santai sahaja macam kecil2 dulu bersama Mak dan Pak. Hihi...Kak Hindon makan cepat masa kecil...Pak selalu pesan ...mamah tu lama sikit...hihi. Kak Hindon secepat dia buat kerja secepat itulah dia makan. Hihi. Rasanya daku paling akhir siap. hihi. Eni Kau lambat. Anakku agak cepat juga...Quratapon rasanya macamku....
Hihi. Daku dan Maznah agak slow. Kami memang kawan baik dari kecil...berdua kesana berdua kesini... Kawan paling baik dlm keluarga. Maznah sekarang agak tak berapa sihat macam dulu. Rasanya macam daku lebih sihat padanya. Kesian adikku sayang.
Ya Rabb daku toleh ke kiri ..." Ha??? Nak pukul 9.00 dah? MaasyaaAllah ...begitulah hari2ku yg... berlalu.
Ya Rabb...daku tak sangka ,daku menangis lagi..daku ulang baca 2 kali...daku keluar air mata lagi...Hihi.peliknya aku pi baca dua kali... Sebenar air mata ku belum kering. Biarkan ini baik untukku, kerana Allah suka pada hati yang basah dalam menjalani hidup ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya
Rabu, 14 Februari 2024
Aku Rindu Ya Rabb....Tapi aku tak mahu menangis lagi dah...
Senyum sikit, jangan masam muka. Tentu kau akan happy. Jamah apa yg isterimu masak. Bagi dia senyuman dan say" thank you and i lov u." Kemudian baru kau pergi kerja . Aku jugak tolong doakan kebahagiaan rumahtanggamu. Moga kau sentiasa dlm rahmat Allah. Aamiin.
Aku yakin destinasimu telah tercapai dan aku harapkan doa darimu untukku pulak. Semua ni anugerah Allah padaku. Meskipon pincang hidupku aku tetap berdoa penuh dgn ketabahan moga Allah ganti anugerah ini kepada yg lebih baik dpd ini dan moga segala musibah yg menimpaku pahala. Ya Rabb sabarkanlah aku. Moga aku boleh happy pada masa2 yg mendatang ini.
Hari ni Leha masih di Madinah...Syukur kepada mereka sekeluarga ,adik beradik jikalau dulu cuba nak ajak Leha temani aku tapi sekarang Leha dan pergi sambut panggilan dari Allah dlm keadaan aku menghadapi keperitan kehancuran 19 tahun 6 bulan bukanlah sikit2 masa yg aku sabar. Aku kena sucrifice duit ringgit ku juga habis, dlm menangani dan menjalani masaalahku. Dulu daku jugak pernah ajak Rozi temankan daku...tak ada rezeki jugak aku...Sedeh kalau di pikirkan...Belum tercapai lagi kehendakku...Aku kena fikir untuk ajak Kak Hendon pergi sekali lagi seperti janjinya padaku...Jika anakku sihat dulu daku dah sampai dah tapi anakku juga mengalami masaalah yang sama sepertiku dulu...Kaki jika sakit makan masa bertahun. Sabar Eni kau akan sampai jugak dan jika aku sampai biarlah Allah ambil aku untuk menetap di sana.
...Aku rasa malas dah nak balik sini. Cukup2lah, jika dikau tak macam tu, daku lama dah boleh pergi denganmu. Masa untuk kita dah habis...Itu suratan takdir untuk kita. Bawalah, hidupmu dengan mengharap Rahmat Allah. Aku tetap doakan untuk Mu. Tak percaya jika kita katakan tak ada langsung kebaikan atas perkahwinan yg Allah beri. Tak Bersyukur namanya tu, Tentu ada tapi jika kita tak boleh lagi nak teruskan kita kena "stop". Habis dah masa kita. Daku tak mahu siapapon tahu kepincanganmu, itu janjiku pada Allah. Sebagaiman aku simpan ketidakpuasan hatiku terhadap bapa anakku begitu juga daku simpan kepincangan ini. Jika daku maafkan kau orang berdua daku mesti dapat janji Allah untuk "Istana Emas di Syurga"
Tak dapat ku bayangkan setahun lagi masa aku akan balik kekampong nanti. Janji aku tak takut. Aku bukan takut pada hantu, sikit tak pernah aku takut" Hantu." Hihi aku memang ,ja.....Janganlah aku diganggu. Bila balik nanti daku mesti kena lihat kembali kunci2rumahku, grill pintu dlam keadaan selamat. Katilku tak boleh bersetentang dgn tingkap...hii takutnya jika orang pecahkan cerminnya dan...tak harus aku sebut...Selamatkan aku ya Allah."Eni kau kan berani...InsyaaAllah...
Kau dah biasa hidup sendiri dah dulu. Lama sangat...aku membujang lama...puluhan tahun. kerana daku tunggu Heroku Jatuh dari langit. Tapi tak pernah ianya berlaku... Tak jatuh2 dan akupon buat keputusan dengan pernikahan kedua dgnmu. Eni eni tak sangka ya...Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari....ha ha ha...
Kau kan suka duduk rumah..Mengapa aku suka duduk rumah ja...Orang tahu tak kenapa...Aku kan perempuan...aku nak jaga mataku , aku tak mahu tengok lelaki dah...aku suka duduk rumah...masa bekerja dulu tak dapat aku bayangkan jika kita beri apa2 ceramah tentu banyak mata memandangku...aku dah tahu dah tu ...aku rasa macam berdosa...tapi aku rasa orang lain tak rasa macam aku...' Dosa aku bertentang mata dengan orang yg pernah aku sayang puluhan tahun dulu aku harap Allah maafkan aku...Aku pasrah ya Rabb. Maafkan aku...Bila pencen akulah orang yg suka duk rumah...tanam2 pokok dan lain...Tapi aku lihat kawan2 ku ,mereka jenis minat pada kecantikan,,,biarlah...Kecantikan yg mereka miliki itu anugerah Allah jua kepada mereka. Aku syukur. Aku pulak Noraini yg kolot. aku macam mak. Bila mak pencen, mak kata Guru mak tu mak ikat kat meja sekolah. Akupon dah ikat guruku kat meja sekolah. Kenangan masa ada mak sangat seronok.
Jka aku menangis , mak sentiasa ada di atas tangga dapor mengesat air mataku. Anak ku anis pulak akan datang dengan kata2 budak 3 tahun lebih..." Mak jangan nangis, siapa kata orang dia akan kena balas dengan
Allah..." Cik Minah kata macam tu...Daripada aku sedang menangis tu, aku terus jadi ketawa besar dengan makku...Aku pelok anakku dan aku terhibur kembali. Bila kita "Janda "di sekolah kita selalu di salah tafsir..."Sedangkan mereka yang selalu datang ke sekolah ku melihatku tapi yang dapat fitnah adalah aku." Aku tak pernah sembarangan menegur mereka. Mereka Guru Besar dll. Mereka yang melepak bila aku sedang mengajar...Akhirnya aku yg kena tempias fitnah mereka. Allah ada Eni...Hari ini aku menangis , hingga anak ku datang tegurku...Mak kena Redho...Allah akan jemput mak satu hari nanti...InsyaaAllah kataku.
Paling sedeh bila aku beli baju Sutera dan pakai baju mahal , mereka akan kata aku menayang untuk memikat mereka...Sangat2 tak rasionalnya tuduhan mereka. Aku kecewa sangat lantas daku mintak mak, nak Hijrah ke Taiping. "Mak benarkan" Bermulalah era aku mengajar di Taiping. Aku agak terhibur sedikit kerana aku di Lantik menjadi JU. dan latar Belakang Pendidikan Inggeris ku sedikit sebanyak menjadikan aku dapat menjalankan kerjaku dgn lebih selesa. Masa tu Matematik mesti di ajar dlm Bahasa Inggeris. Oleh kerana aku JU , aku tak pernah mengajar Maths dlm bahasa Melayu kerana aku takut berdosa memegang amanah ini.
Saat di Taiping ini juga aku aku masih di landa ketidak senangan hati kerana asyik ada ja guru bujang yang berlegar di tepi kelasku.,, pura2 mengunting pokok2 bunga tepi kelasku, kalo berlaku ini aku mengajar dalam keadaan tak stabil. Aku jadi garang sekali...kesian muridku..."sebenarnya aku benci keadaan begitu" Aku tak suka....Sampaikan mereka sanggup kata "mereka beli kereta besar kerana perempuan suka pada kereta...adakah aku yg begitu, bila aku dengar tu lagi aku bertambah benci"
Aku cari tempat yg dapat aku elakkan diriku dpd bercampur ramai2...aku selesa dengan kerjaku ...aku rait buku muridku, aku kurang sembang banyak, aku suka kerjaku akan beres, End of the day , muridku cemerlang...aku suka sangat. Noraini, Noraini...dalam malang menjalani hidupni pon aku terpaksa pergi kursus itu dan ini kerana aku memang nampak kuat, tapi sebenarnya tidak...aku selalu nangis bila call mak....Mak doakan Eni...ini ja bahasa anak mak yg kuat nangis ni. "Aku dari kecik memang mak tahu, kuat nangis..." Aku sangat penyedih...Bukan tak ada yg melamarku, hingga Pegawai Pendidikan pernah lamarku dia atas Bangunan sekolah ketika mereka datang bertemuku...
"Syukur aku sangat pandai menolak lamaran mereka dengan begitu lembut sekali"...Eni Eni...Kau tak boleh "Move On" Aku selalu taip di Internet Nama orang yg pernah aku suka dlm hidup ni...Aku ketemu....Aku hantar mesej dalam emailnya ...aku tulis..."Hi, I am still in this world" Dia tak jumpa aku, sebab dia dah bahagia dengan Rumah Tangga nya. Hanya aku yang mengharap..."Kesian Kau Eni" Kau Eni anak mak yg malang. Tapi tetap pandai bawak diriku...InsyaaAllah. Hari ini hari aku sedeh sangat kerana mlm tadi dapat mesej dari anak saudaraku tentang , mereka yang ada di Madinah...Bilakah aku akan dapat kesana? Eni kesian Hang , duit untuk tu pon dah habis...aku kena kumpul semula...Eni Eni... Lupakan semua tu...Ingat masa depan yg akan kau tempuh. kak Hendon tak bagi daku balik ke kampong lagi dah, begitu jugak adikku Maznah...Tapi Entahlah ,...Jika aku kuat....
Kau kan suka berkebun, kau kan suka masak, hantar jiranmu makanan,,,hihi seronoknya. Tapi puasa kali ni aku sedeh...Tak ada lagi hantar makanan yg ku masak buat Bah n Pin serta anak2. Sedehnya kau Eni. Jangan menangis... Harap pokok anggurku dia tolong siram sementara dia masih ada di situ...Dulu kan kau kata , kau bukan kerja siram pokok anggurku...Ya Allah moga 2 pokok appleku masih ada hayat...Bah nak tolong siram dengan Pin belum boleh, sebab dia masih ada di situ...Walaupon akhir kata ku dulu minta tolong siram pokok ku, tapi belum tentu dia siram...Ya Allah Selamatkanlah hayat pokok anggur dan appleku...jugak pokok delima ku...sayang sangat, pokok2 tu dah boleh berbuah dah...Tinggal letak baja ja...
Aku dengar pokok ulamku dah mati. Aku sedeh jugak...aku tak mahu marah sebab semuanya pon dari Allah. Jika kau ,Allah takdirkan ada belas kasihan padaku ,sikit lagi kau tolong siram sementara kau masih ada di situ. Tak sempat daku nak bajai pokok mestaku dan lihat ianya berbuah...dan pokok Lemonku, dah nak berbuah jika di ikutkan tapi dikau memang hidup cara orang bandar yg tak tahu bertani...Dikau potong dahan tu, macam mana ia nak berbuah...Tak palah semuanya dah berlaku.
Leha n familynya akan balik pada 14 hb ni. Mereka pergi ramai2...Syukur Allah dah jemput mereka...Aku ni yg belum...Ya Rabbku Panggillah aku...Panggillah aku Ya Rabb...Panggillah aku ya Rabb....
DARAH TINGGI 125 /82 HMMMM ELOK JA....
GULA DLM DARAH ...6.5...CANTIK JA...
AKU CUME PENING SEBAB SAKIT URAT.
NASIB TEST KESIHATAN...OK.
TU SBB DOKTOR KATA MAKCIK BACAAN DARAH OK SANGAT. SYUKUR.
JUMPA DOKTOR NANTI BULAN 10 PULA. WA BAGUS TU. KLO KAT LENGGONG 3 BLN
SEKALI,. LETIH NAK GI KLINIK...HIHI
SYUKUR SGT.
BANYAK2 LA SYUKUR PD ALLAH.
Rabbi ad khilni mud khalasid qing wa akh rij ni mukh raja sid qing waj alli mill ladun ka sultoo nan nasii raa...
Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta dan nyawa dan buah2an. Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni) Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar. Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa? Kepada orang yang sabar. Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar? Allah bagi apperience orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,
RISAU KAU TERKEJUT DENGAN TU.
KITA DAH TERLAMBAT.
APAPON...
"إني أوهيبوكا فلة"
. "أنا أحبوكا فلة"
Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.
Salam sahabat...Daku benar2 letih kerana daku mengerjakan urusanku di luar rumah...MaasyaaAllah daku terpaksa menggadaikan tenagaku 75% sekarang berbanding dahulu hanya 50%....Daku kena kuat. Daku potong dahan kelapaku sejumlah 3 pelepah kerana ianya menutupi pokok durianku. Ianya sangat memenatkan. Daku gergaji menggunakan galah yang ku ikatkan dengan gergaji. Boleh tahan juga makannya gergaji ini. Daku beli kat Shoppie...Selesai kupotong pelepah kelapa daku menyuci rumput2 di bawah pohon durianku...nasib baik cangkul kecilku membantu...kadangkala daku duduk di atas kerusi dan kekadang tidak...hehehe..".to be smart" daku korek 6 lubang di hujung julai pokok durianku ...daku letakkan baja anggaran radius 180% (hari ini)...lagi 180% akan ku sambung esok hari. Daku bancuh baja sejumlah 45 ml , kedalam 5 liter air dan ku siram secangkir kedalam setiap lubang. Lebihannya kusiramkan ke bawah pokok durian yg kucuci dan kupotong rumputnya.
Cuaca hari ini agak redup...daku agak pukul 12.30 daku bajainya...memandangkan ini musim hujan, daku berani melawan syarat2 membaja...InsyaaAllah moga pokokku tidak rosak... Yang menjadikan daku ghairah untuk meletakkan baja kerana...ianya telah berusia 9 tahun...tapi masih belum berbuah...telah lama daku meninggalkan pokok2ku tanpa dilayan...hari hari daku hanya dapat ucapkan salam dan kekadang siram pon daku tak sempat...tu sebabnya daku tamak sgt dengan masa terluang begini...Syukur Alhamdulillah pada pukul 3.00 petang tadi hujan turun...MaasyaaAllah...Tabarakallah...
Kepadatan masaku jugak membuatkan anggurku yang mengeluarkan tangkai buah mengecut kerana tak sempat daku nak layan...kesian dia...tak apa...daku akan cuba lagi menjaganya di lain masa...
Wassalam...
Bye dulu...
Dalam Perjalanan aku sorang ja diam sebab aku tak tahu apa yang mereka bualkan...aku dengr ja. Dari satu topik filem ke satu topik yang lain. Mereka rajin jugak tengok filem2 Melayu ...Malah tahu lagi pengarah filemnya. Hihi..Eni Memang Kau ketinggalan juga la. Mula mereka bicarakan tentang cerita Orang Loghat Perak ...Satu demi satu mereka sebut dan di sahut orang yg lain dengan begitu baiknya flow Dailog itu.
Anis kata..First anis tengok cerita Man Laksa...Anis sorang yang gelak...Hi kawan2 anis banyak dari Serawak tak paham ...mana nak gelak..Kimah Kawan aniss yg ku kenali menengok cerita man Laksa berulang2...seronok sangat kata Anis... Kawan2 Anisni telahAnis terangkan loghatnya satu demi satu.
Akhirnya mereka yang lain faham...TERPIKIR DLM HATIKU ...aku nak cuba tengok... Orang Perak kena kaya loghat Perak ni ..meh kita cuba...Ok download dulu"Man Laksa"
Pi downoad dan tengok ...Pon daku tak minat sangat...
Seorang pasti harus melihat kelemah lembutan Allah taala kepadanya di dalam setiap urusannya melihat kasih sayang Allah kepada dirinya dan kepada seluruh makhloknya lalu berkeinginan kuat untuk mendapatkan tambahannya tentang kelembutan dan kasih sayang itu sehingga dirinya akan selalu merendahkan diri kepada Allah dengan kendahan yang murni dan dengan doa bertawassul kepadaNya dengan perkataan yang baik dan amal soleh.