Isnin, 19 Oktober 2026

Jumaat, 2 Januari 2026

Ramai Solat Bertahun… Tapi Tak Pernah Khusyuk

 

Sabtu, 2 Mac 2024

Tuhan berfirmah mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?


#..BACALAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN ILMU..#

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

– Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

– Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

– Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

– Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

– Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau 

manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

– Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

– Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

– Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

– Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

– Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

– Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

– Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

– Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

– ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

– Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

– Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

– Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

– Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

– Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

– Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

– Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

– Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

– Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

– Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

– Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani.

Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain..

https://cikgumathsn.wordpress.com/2013/12/28/bacalah-sebagai-pengajaran-dan-ilmu/

  

Khamis, 5 Februari 2026

AGAR TIDAK GAGAL DI BULAN RAMADHAN | SYAIKH YAZID BIN ABDUL QADIR JAWAS ...




Tahun 2 Hijrah di wajibkan Puasa.
Tahun Nabi anjurkan puasa  2 Muharram
Awalnya di tekankan,  Pada tahun 9 Hijrah..Kalau seandainya Tahun berikut aku masih hidup aku akan puasa muharram tanggal 9 dan 10 Muharram
Makna Puasa
1)  Assiam:  Al Kahfu wal imsak;Menahan diri dari makan minum bersetubuh kerana Allah dari mula terbit fajar hingga terbenam matahari.  Puasalah sampai malam (terbenam matahari)
Keutamaan Puasa ( Bulan Puasa)
Puasa sangat utama , sebagai perisai dari api neraka.    Sanat Sohih dari Iman ..Solat Puasa 
Syarat ibadat Ikhlas 

Rukun Ibadat ada 3:  
1) Cinta 
2) Takut 
3) Mengharap
Mengharap syurga Allah
Takut kepada Allah.
Nabi2 ingatkan kepada azab di hari yg besar.
Dakwah kena di hadirkan rasa TAKUT.

Sesungguhnya aku takut kepada kaliannya azab di hari yg besar(Pembalasan)
Harus beri rasa takut ketika dakwah
Dakwah nabi bashir dan nazir.
Surah sabak...ayat 28...


Berikan kabar gembira dan mengancam..Kerana syurga dan mengancam dari Neraka.
Apa lagi orang Islam terus ingatkan mereka neraka dan Syurga

Ingatkan mereka dgn Iman dan harapkan ganjaran dari Allah.

Berpuasa dgn ikhlas kerana Allah. Harapkan ganjaran...Harapkan Syurga..Wajib Ikhlas.  Wajib iktibaq kpd Nabi
Puasa itu 2  ganjaran..dapat masuk syurga dari Pintu AR RAYYAN"

Di bulan Ramadhan Allah turunkan Al Quran.  Sebagai petunjuk kpd manusia
Kami turunkan Al Quran di bulan Ramadhan

Banyaknya keberkatan ...Baroq" BAROQAH"
Kalau sesuatu itu baroqah berdasarkan kepada dalil:   Harus Dalil.  Allah menyebutkan air hujan itu ada Baroqah...Air Zam Zam   ada Baroqah... perlu ada Dalil... 

Jangan amalkan Syirik.  Hanya dari Nabi sahaja ada Baroqah" Rambutnya di jadikan ubat sakit perut.  Jangan cari Baroqah.  
Bulan yang Baroqah :Ramadhan
Malam Baroqah : Malam Lailatuilqadar.

Apa bila datang Ramnadhan di buka pintu2 syurga..di tutup pintu2 Neraka.
Bulan Ramadhan:  Doa doa di kabulkan.  Banyaklah berdoa'
Nabi bersabda : Hadith soheh

Sesungguhnya bagi Allah setiap dan malam itu orang2 yg di keluarkan dari api neraka...dan bagi setiap muslim bila dia berdoa kpadaNya Allah ...akan di kabulkan doa
Di tengah2 puasa Alah kaitkan dengan doa.
Surah Al Baqorah 186.
" Waiza sa ala iba di saanni fainni khorib....fais taja bulahu"
Sessungguhnya bagi Allah setiap malam Siang dan malam itu ada orang2yang di bebaskan dari api neraka..bagi setiap muslim ada doa, yang meminta doa kpd Allah akan kabulkannya."  maka di tengah2 puasa Allah kaitkan dengan doa.

4) Puasa Ramadhan hukumnya wajib.
Di bangunkan Islam itu puasa :  Di wajibkan atas Muslim yang baligh.
Muslim baligh berakal sihat mukim tidak safar perempuan itu bersih dari haid dan nifas.

5)  Rukun Puasa itu ada 2.
 i)  Niat.  Barang siapa tak niat maka nya tiada puasa baginya.
Niat itu tempatnya di hati.
ii)  Menahan diri dari hal hal yang membatalkan puasa dari sahurnya hingga masuk waktu maghrib.  Dalil surah al baqoran 187.

Sahurlah kalian kerana dalam sahur itu "Baroqah" Sahur itu kurang lebih membaca itu 50 ayat.  "Sebaik2 sahur itu Korma .

Berbuka puasa perlu di segerakan.  Para sahabat nabi yang yg paling segera berbuka dan paling leswat sahurnya.  Yang terbaik dgn Tamar.  Allahumalakasumtu...hadith tak soheh.Hadith Dhoif.
Telah hilang dahaga telah basah tengorokan(leher)  telah.......insyaAllah.
Doa berbuka .....
kiv...

Ingatlah Allah selalu

Allah hu maaain: Allah sentiasa bersamaku

Allah  hu naa zirin: Allah sentiasa melihatku

Allah hu dhaahidin: Cukuplah Allah jadi saksi atas perbuatanku.



Riwayat dari Saidatina Aisyah :  Daripada Baginda  Rasulullah SAW

"  Carilah Redho Allah walaupon dibenci oleh manusia kerana Allah akan membantu kamu dan di saat kamu mencari redho manusia Allah akan menghumban kamu"  



 

Sabtu, 8 Ogos 2026

 

Ahad, 26 Julai 2026

 

Isnin, 17 November 2025

"Sun Set View" n makan mlm di Morib ikut cita rasa una...

Pilihan Una malam ini ...Nak makan ikan bakar...Hmmm Yummy ...Pah Cik dapat makan juga ...sikit saja sentuhnya ...tapi kira boleh makan dah kalo macam ini...


Ada kerang bakar...cita rasa semua orang...Ada sotong goreng...nampak macam  Pah Cik aja yang makan...ada Siakap Bakar...hmmm mereka suka sangat makan hingga habis...tinggal tulang sahaja ...hihi macam semut makan ...  Minat betul mereka.  Tapi hari ini ...Acik ni masak daku boleh makan tak rasa hanyir ...pandai dia masak atau mungkin mulut ku yang poandai makan.  Selalunya dakusentuh kecik  ja...harini boleh di kira boleh la.  Tak ada rasa bau, atau apa2  bau bakar saja...mungkin ikan fresh baru naik agaknya.  Anakku sebut baru turn...daku kata baru naik...Maksudku baru naik dari laut...ha ha ha...Mana akuy tahun sangat.  Pelajar ekuatik kata baru turun...maksud turun dari lori...kot hihi..
Beza kan orang lama kata.


Una punya choice ...Pak Cik tabik...Una yang kata lapar...kalo tidak kita orang terus balik aja sebab dah pukul 9.oo pm.  Hantar abang Aie pi Asrama  dapat masuk sampai dalam...Pah Cik bye bye.. Bye bye Aie...Sayang Aie" Bye bye...  Dia okey ja Mak Cik kata Sayang Aie...Dia dah biasa dengan Mak Cik... Dari kecil masa tadika , sekolah Agama Rakyat,  sekolah rendah , menengah dan terus membesar dan besar...hmmm aie anak bongsu pin dah dewasa kini...
Masa kecik setiap kali daku Pulang mesti bawa ayam mas untuk mereka seekor... Anak2 Pin memang suka makan ayam...  Semua berasaskan ayam.  Suka betul mereka, ayam.  Kelmarin pi makan Ayam Gepuk...hihi Daku tak makan macam mereka ...Anis dan Aie makan pedasnya...Merah muka Anis dan Aie...MaasyaaAllah.  Daku sentuh sambalnya sikit sgt...Takut pedas ...Kalo di rumah mungkin boleh cuba sambal banyak sikit.

Kedai ini memang sedap   daku beri 10 over ten...Lo kiranya Skala 1 hingga 10 daku beri dia sepuluh.  Huh Hebat...Pandai Pak Cik  ni masak.  Ikut selera kami.  Looo. Pandai sungguh.  Cukup rasa ...masamnya, manis nya ,masin nya...hai...sedap betul.   Kerang bakarpon cantik...Tak kecil dan tak le besar2 sangat, just nice aja bagi aku.


Sotong goreng tepung, pandai dia buat rangup dan isinya tak keras...Ha ha...sedap.  Kena datang lagi..sebab ianya ikut citarasa kita.  Sosnya pon  sedap... daku suka....   cakap pasal masakannya  Kailan Tumis Belacan ...sedap sangat.   Daku makan slow2 aja.. daku dapat nikmati rasa nya yang sedap.Pandai Pak Cik ni masak.   Macam Pak masak... Tom Yam Sea food kuahnya sedap ada manis2 sikit tak pelik.  Yummy...Sedap..  


Mak Anis kata nasib Una lapar minta ikan Bakar...Mak Anis pon suka dengan Umie.. Mak anis makan habis ..Umie makan habis nasi , Una makan habis..cuma Pah Cik aja tak...Tak pa..Pah Cik memang nikmati setiap satu menu itu perlahan dan dapat rasa kesedapannya.


Menu2 pilihan lain...


Tom Yam sotong, Tomyam Sea food sup ayam, sup Cendawan, Tomyam Udang, Tomyam campur, sup sayur,sup Daging,Sup ekor


Tom yam ayam, tomyam sotong, tomyam seafood, tomyam udang, tomyam campur


Nasi goreng patayya,nasi goreng ayam, nasi goreng USA, nasi goreng sea food,Nasi goreng paprik...nasi goreng ikan masin, 


Nasi goreng sotong Tomyam daging 
Ok.. Boleh pilih...apa sahaja.


Adik sebelah dah bawa air...Äpple Asam Boi untukku, Teh Asam boi untuk anis dan Kakak Aini Rohaya  kongsi ngan Una.  Mereka tak minum banyak...hihi.  Kongsi.  Daku pulak jika makan, air kadang2 sambil nunggu dah separuh habis ...hihi.  


Silau gambarnya.


  Ada "Buskers Morib" Maasyaalah 
Nyanyi sedap betul.  Suara tak pecah adik ni bersama anaknya. 
Datang kutip derma.  hihi daku kata "Sedap suara. tak pecah.' Malu dia daku puji...  tutup mula dengan kedua belan tangannya...hihi..MaasyaaÄllah.  Lelaki yang nyanyi tu anak saya.  Dua2 sedap.  Saya dah 50 tahun katakanya.
Daku senyum...happy. 


Una dan Umienya... 


Senyum Una sebab Una Lapar ...dapat makan kan! 


Pantai Morib..."Sun Set View"


Daku pernah dapat "Sunset View "di pantai Port Dickson satu masa dulu...
Tapi gambarnya dlm Laptop ku di rumah ...Hope tak hilang.  


Lawa Sungguh 'Sun Set View"kat sini.. Seronok tengok nya.


Lihat betapa cantiknya allam Ciptaan Allah di waktu Matahari jatuh...MaasyaaAllah.


Ya Rabb lawa sungguh kejadianMu... Kau pemilik segala keindahan...


Masih nampak cahaya mentari...hampir tenggelam...


Dah pon tenggelam...


MaashaAllah cantik sungguh Robbku...


Syukur ya Rabb...


Cantiknya cahaya senja...Senja kala...


Maasyaaallah "Senja Buat Hatiku Luka"


Rabbku...Letakkan kesyukuranku padaMU...Robb...


Syukur...Adanya. keindahan begini...



Cantik sungguh" Sun Set View"


Cantik sungguh...



MaasyaaAllah...
Rabbku...Cantiknya...


Allah ...cantiknya ciptaanMu.


Panorama alam ciptaan Tuhan.


Ternyata...Inilah yang kta harus kagumi...  akhirnya akan
menjadi pekat kehitaman
dan tenggelam
 ditelan malam.

 

Isnin, 3 November 2025

SS Dato Dr Asri-Harga Sebuah Kehidupan,


 

Satu iorang datang kepada Nabi ..."Wahai Rasullullah ...Doa apa yang Afdhal..."  Doa yang Afdal ialah doa meminta kemaafan dan keafiatan dunia dan akhirat. Hari kedua dia tanya lagi...Nabi sebut yang sama,  Nabi kata "Sesungguhnya jika engkau di beri kesejahteraan dunia dan akhirat"  Contoh doa di bawah....Nabi tak pernah tinggal doa memohon kesejahteraan di dunia dan akhirat...aku memohon kemaafan dan kesejahteraan pada agamaku pada dunia dan kaum keluarga ku anak pinakku dan hartaku dan tutuplah auratku.
Mintak Allah tolong tutup auratku. Aurat ada dua jenis,
1) aurat badan kita
2) aib kita.
Semua kita ni hebat mana pon dia, kalau Allah buka aib dia  tak boleh pergi mana lah kita.
kerana Rahmat Tuhan Allah Ghafur, Allah maha menutup aib..Kita semua ada aib belaka.
Ya Allah tolong tutup aurat aku, aibku," Waa min rauati"  dan damaikanlah kebimbanganku,
kita tidak di benarkan mencari aib orang,..
Ya Allah peliharalah aku dari depan,belakang , kanan, kiri dan atasku,  Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku(Aku berlindung dari di benam kedalam bumi.)
Mintak Allah maafkankita bukan azabkan kita.  Keafiatan benda besar untuk kita mintak dlm kehidupan kita.  Nabi kata 'Jangan kamu bercita2 mencari musuh,jika kamu....
Mintak kapada Allah keafiatan...Baca doa di bawah.