Qada’ dan Qadar: Takdir yang Ditentukan Allah
Setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah di bawah ketentuan Allah ﷻ. Ada perkara yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah (Takdir Mubram), dan ada yang boleh berubah dengan izin-Nya melalui usaha dan doa (Takdir Muallaq).
Allah ﷻ berfirman:
إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍ
“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).” (Al-Qamar 54:49)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak ditolak satu-satu ketentuan melainkan dengan doa. Tidak ditambah pada umur kecuali dengan kebajikan.” (HR. Tirmizi, 2139)
Apa Yang Boleh Kita Buat?
• Yakin bahawa semua yang berlaku adalah dalam ilmu dan ketetapan Allah ﷻ.
• Berusaha dan berdoa kerana takdir Muallaq boleh berubah dengan izin Allah.
• Sentiasa melakukan kebaikan kerana ia boleh memanjangkan umur dan membuka pintu rezeki.
• Bertawakal kepada Allah ﷻ setelah berusaha kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
• Tidak menyalahkan takdir tetapi berusaha menjadikan kehidupan lebih baik dengan izin-Nya.
Adakah kita telah berusaha dan berdoa sebaik mungkin sebelum menyerahkan segalanya kepada takdir?
Khamis, 19 September 2019
Kitab Iman
Assalamualaikum...
2. Kitab Iman
2. Kitab Iman
Bab 12. Menerangkan keutamaan Islam dan ajarannya yang paling utama
( HR.MUSLIM No:56 )
Hadis riwayat Abdullah bin Amru ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw. Islam manakah yang paling baik? Rasulullah saw. bersabda: Memberikan makanan, mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal.( HR.MUSLIM No:57 )
Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw: Orang Islam manakah yang paling baik? Rasulullah menjawab: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya.( HR.MUSLIM No:59 )
Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya. Selasa, 18 Mac 2025
Rabu, 18 September 2024
Jangan Syamata" Syukur padaMu Ya Rabb kerana Kau yang Maha Tahu...
Ya Rabb aku bersyukur padaMu ya Rabb...Hijrah aku dulu adalah benar dan tepat. Rupa2nya Kau Yang Maha Tahu dan Maha Memberi PetunjukMu dalam melayari hidup yang singkat ini. Benarlah kataMU bahawa dunia ini tidak ada nilai, walaupon dengan sehelai sayap nyamok...MaasyaaAllah..aku kena petik balik apa yang Ustaz Basallamah ucapkan itu...MaasyaaAllah hidup ini memang terpaksa, malah memaksa kita membuka mata dan membuka hati...Memerhati kejadian Alam yang Maha berliku yang Allah jadikan. Syukur aku menjadi aku yang masih mempunyai pertimbangan akal. Yaa Rabbku...Astaghfirullah Ala Kullihal...
Kalau kita makan kita bersyukur. Hati2 dengan menghina orang lain..Jika kalian melihat aib, berdoalah "Hati2 dengan hukum Syamata (merendahkan orang lain)" Jangan pernah menghina.."Alhamdulullahhillazi ............ .....wanirqila" Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan saya dari apa yang dicobanya kepada orang ini dan mendahulukan saya dari kelebihan yang banyak dari makhlok2 yang lain. Kita harus seperti itu jangan syamata...Kata Umar RA. Apa itu Syamata?
"Jangan syamata" Kata Umar Al Khattab. Aku khuatir kalau seorang wanita yang hamil berjalan di hadapan ku dan hatiku berkata2 kenapa ya perutnya seperti itu dan Allah menghukum membuat aku hamil seperti itu" sampai begitu mereka menjaganya, sambil melihat kelemah lembutanNya(Allah) "Ya Rabb Maha Lemah Lembutnya Dikau Rabbku..."
Ahad, 6 Mac 2016
Larangan memulai salam kepada Ahli Kitab
| ||||

