Ahad, 18 Oktober 2026

 

Ahad, 22 Februari 2026

Sydney Australia,,,

Jumaat, 5 Julai 2024

Apa Hukum Dengar Muzik ? Ini Jawapan Ustaz Yang Ramai Baru Tahu

 

Selasa, 20 Februari 2024

Moga seronok dalam percutian pendekmu...

 


Selamat Jalan anakku.

Bonda doakan dikau happy bersama keluargamu disana.  Moga Allah pelihara kesihatanmu dan Allah permudahkan perjlananmu.  3.30am Faiz dah sampai ambil Kak Anis dan ditemanai Kekanda Aini Rohaya serta anaknya Husna.  Moga mereka sampai ke KLIA dengan selamat.  Abah anis pon on the way 2 KLIA juga.  Daku doakan mereka semua selamat dlm perjalanan dan dipermudahkan Allah.   Aamiin

Harap perjalanan yang menggembirakan ke negeri orang.  InsayaaAllah. 

Pengalaman pertama anakku dgn International flight kenegeri orang   dan selama ini hanya domestik flight ke UNIMASnya sahaja ...hihi...Moga anis gembira doaku Kekasih...

Anakku yang kelakar.

 

Thursday, 25 January 2024

Anakku yang kelakar.

 ha ha ha...Pak Pak...Eni ingat Pak...


Assalamualaikum,

Terigat daku masa bulan puasa, waktu ada mak dulu...seronok sangat,  Masa sahur daku ambil peluang buat pahala untuk masak untuk makan sahur.  Merskipon mereka balik ramai2 daku mesti pergi masak untuk sahur sebab daku nak dapat pahala beri orang makan sahur.  Tambahan pulak budak2 kecil, perlu  ada makanan yang mereka rasa sedap , baru mereka makan,.  Kita masak telur masin dan ikan masin. Mak pulak suka sangat makan nasi goreng cili letak bawang putih.   Dia rasa lalu makan. Kopi tengah malam tu jadi wajib daku ikut mak bancuh, sedangkan kadang2 dulu anak mak tak minum pon.

Sekarang masa dah berubah, daku nak puasa  Khamis, esok  dan lusa puasa hari putih sekali daku pulak request nak makan nasi goreng ,letak cili, bawang putih dan sayur tak kira kobis atau sawi, anakku masak...Rasa macam dimanjai la pulak...kih kih kih...selalu kita yang masak... untuk dia makan masa kecik.   Ni sejak daku sakit dia masak sepenuhnya...Syukur Allah takdirkan begitu.  Alhamdulillah.

Kelmarin dia masak kuew tiew goreng, tumis cabai api agak besar, habis tu chum chum terbersin kita ...kih kih kih ,  sampai terbersin2 si jiran yg sedang dok ambil angin kat koridor...haha...Anis! Anis!   Bila daku terbersin dia kata nak balas dendam untuk Tok Wan, sebab dulu mak masak Tok Wan bersin...Daku cerita Anis, Tok Wan  kata,    " Ani ni! tak dak kerja lain masak mesti nak menyiksa orang"  Daku jawab...tapi kan Pak, ni yg Pak  makan yang sedap sekali tu! ..Yang pak suka."   Ha ha ha...Orang lain tak berani jawab dengan bapakku tapi daku mesti kata..."Pak ni yang pak suka "..Pakku mesti kata..Huih....Kelakar anis...boleh pulak dia balas dendam untuk Tok Wan dia...aku gelak.

Bapakku garang, kalo sesiapa tumbok sambal untuk Pak jangan tumbuk cili tu hancur sangat,  nanti tak terasa sambal tu sedap.  Hihi...kita orang kalo Pak tanya, "siapa tumbuk sambal ni?...Kita orang jawab 'Leha"  baru Pak tak marah...Sebab dia sayang sangat cucu dia.  Pak, dengan cucu dia kalah....Pak Pak...Rindu Pak ...Moga Pak dan Mak diampunkan Allah segala dosa, diluaskan kubur mereka dan dijadikan Allah kubur mereka seperti "Taman-Taman Syurga" Aamiin.  

Isnin, 25 Mei 2026

 

Rabu, 18 Oktober 2023

Pengalaman yang bahaya bagi ku.

Assalamualaikum.

Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.

Kelmarin daku keluar mesen rumput.  Selesai di halaman kecilku.  Alhamdulillah Allah beri daku sihat.  Syukur Ya Rabb.  Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll.  Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya.  Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya.  Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan  jika daku balik kampung.  Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya.   

Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain.  Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan.  Disini struktur terendah tanah milik mak.  Jadi mataair terdapat di sini dengan mudah.  Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini.  Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah.  Ha ha ha ...Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi.  "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga"   meraong,  Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu.  Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun.  Kami ditakdirkan rapat sangat.  Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang  menyelamatkan daku. 

******(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)(akar pinang , sebab dan musabab umurku masih  panjang) ***** 

Kami mandi bersama ,semua bersama.  Hi hi...Kemana2 pon bersama.  Pergi sekolah pon bersama.    Satu hari bapak ku belikan payung untuk  kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah.  Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak.  Kami berjalan kaki.  Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon.  Sampai  separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur.  Seronok sangat.  Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.

Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payumh merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu.  Daku sentiasa kecil hati.   Tapi daku tak tunjuk.  alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku.   Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku.  Allah dah takdirkan begitu.  Hi hi redho je lah.   Kami memang baik .  Sangat sangat sangat.  Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari.   Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi.  Daku pernah tanya nah.  Nah , Hang ingat tak?   (Bahasa kami berdua ialah  Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku Bahasa Cikgu Maths aja. hihi... 

Nah ingat tak mak kita pesan ni,  kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu, (khusus buat cikgu lelaki kot)  Aku masih ingat sampai sekarang.  Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu.   MaasyaAllah  heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa.  Mak mak ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu.   Daku tengok ja mata cikgu...hihi.  Tak ikutpon kata mak..hihihi.  Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata  cikgu baru paham.   Mak.... Cikgu..Adoi mak mak...

 Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain.  Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka  sampai  berjahit.  Masa  kecil main rolled kayu sambil  mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit dibibirku... Mandi di Empang daku terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar,  tapi nampak tulang  dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering).  Masa tu empang banyak air, kedalaman  airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah.   Masa itu daku dalam darjah lima.  Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.  




Dapat Syurga yang Biliknya  See Through Dalam Syurga

1)    Bercakap baik semasa di dunia

2)    Memberi org makan..masa di dunia

3)    Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia

4)    Bangun solat malam masa di dunia

Sabtu, 24 Februari 2024

Bersahurku hari ini....


 Sahur dgn roti capati  masak dengan air fryer...Tidak berminyak ,makan dengan telor masak cara pak.

Sedap dengan sebiji mempelam  dan 1/4 biji kurma sebagai sunnah.  Daku bukan tak suka korma tapi

 manis sgt...hihi.  Moga dapat bertahan macam biasa.  Awak bersahur dgn apa?

Sabtu, 13 April 2024

Kejar terus Kejar...

 VVIP Dunia adalah ujian juga,  Kejar terus untuk dapatkan VVIP akhirat..."Maju Terus Maju" Anda Boleh...Semua pon boleh InsyaaAllah...Teruskan walaupon Ramadhan dah pergi...

Sabtu, 21 Februari 2026

Daku buka ja youtube lagu ni muncul...hihi..


SI DIA...SEDAP LAGU NI..wajahmu tak dapat ku lupa....mungkin kalau ada jodoh kita...tak kemana..

 Qada’ dan Qadar: Takdir yang Ditentukan Allah

Setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah di bawah ketentuan Allah ﷻ. Ada perkara yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah (Takdir Mubram), dan ada yang boleh berubah dengan izin-Nya melalui usaha dan doa (Takdir Muallaq).
Allah ﷻ berfirman:
إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍ
“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).” (Al-Qamar 54:49)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak ditolak satu-satu ketentuan melainkan dengan doa. Tidak ditambah pada umur kecuali dengan kebajikan.” (HR. Tirmizi, 2139)
Apa Yang Boleh Kita Buat?
• Yakin bahawa semua yang berlaku adalah dalam ilmu dan ketetapan Allah ﷻ.
• Berusaha dan berdoa kerana takdir Muallaq boleh berubah dengan izin Allah.
• Sentiasa melakukan kebaikan kerana ia boleh memanjangkan umur dan membuka pintu rezeki.
• Bertawakal kepada Allah ﷻ setelah berusaha kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
• Tidak menyalahkan takdir tetapi berusaha menjadikan kehidupan lebih baik dengan izin-Nya.
Adakah kita telah berusaha dan berdoa sebaik mungkin sebelum menyerahkan segalanya kepada takdir?

Khamis, 19 September 2019

Kitab Iman

Assalamualaikum...

2. Kitab Iman
Bab 12. Menerangkan keutamaan Islam dan ajarannya yang paling utama
( HR.MUSLIM No:56 )
        Hadis riwayat Abdullah bin Amru ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw. Islam manakah yang paling baik? Rasulullah saw. bersabda: Memberikan makanan, mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal.
( HR.MUSLIM No:57 )
        Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw: Orang Islam manakah yang paling baik? Rasulullah menjawab: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya.
( HR.MUSLIM No:59 )
        Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya. 

Selasa, 18 Mac 2025

Kekuatan doa',

Rabu, 18 September 2024

Jangan Syamata" Syukur padaMu Ya Rabb kerana Kau yang Maha Tahu...

 Ya Rabb aku bersyukur padaMu ya Rabb...Hijrah aku  dulu adalah benar dan tepat.  Rupa2nya Kau Yang Maha Tahu dan Maha Memberi PetunjukMu dalam melayari hidup yang singkat ini.  Benarlah kataMU bahawa dunia ini tidak ada nilai, walaupon  dengan sehelai sayap nyamok...MaasyaaAllah..aku kena petik balik apa yang Ustaz Basallamah ucapkan itu...MaasyaaAllah hidup ini memang terpaksa, malah memaksa kita membuka mata dan membuka hati...Memerhati kejadian Alam yang Maha berliku yang Allah jadikan.  Syukur aku menjadi aku yang masih mempunyai pertimbangan akal. Yaa Rabbku...Astaghfirullah  Ala Kullihal...

Kalau kita makan kita bersyukur.  Hati2 dengan menghina orang lain..Jika kalian melihat aib, berdoalah  "Hati2 dengan hukum Syamata (merendahkan orang lain)"  Jangan pernah menghina.."Alhamdulullahhillazi ............ .....wanirqila"   Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan saya dari apa yang dicobanya kepada orang ini dan mendahulukan saya dari kelebihan yang banyak dari makhlok2 yang lain.  Kita harus seperti itu jangan syamata...Kata Umar RA.  Apa itu Syamata?

"Jangan syamata"  Kata Umar Al Khattab.  Aku khuatir  kalau seorang wanita yang hamil berjalan di hadapan ku dan hatiku berkata2 kenapa ya perutnya seperti itu dan Allah menghukum membuat aku hamil seperti itu"  sampai begitu mereka menjaganya, sambil  melihat kelemah lembutanNya(Allah) "Ya Rabb Maha Lemah Lembutnya Dikau Rabbku..."

Ahad, 6 Mac 2016

Larangan memulai salam kepada Ahli Kitab

 
Bab 3. Larangan memulai salam kepada Ahli Kitab dan cara menjawab salam mereka
( HR.MUSLIM No:4024 )
        Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Rasulullah saw. bersabda: Apabila Ahli Kitab mengucapkan salam kepadamu, maka jawablah: Wa`alaikum.
( HR.MUSLIM No:4026 )
        Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya orang Yahudi itu bila mengucapkan salam kepada kalian mereka mengucapkan: "Assaamu `alaikum" (kematian atas kalian), maka jawablah dengan: "Wa`alaka" (semoga menipa kamu).
( HR.MUSLIM No:4027 )
        Hadis riwayat Aisyah ra.: Sekelompok orang Yahudi meminta izin untuk menemui Rasulullah saw. lalu mereka mengucapkan: "Assaamu `alaikum" (kematian atas kalian). Aisyah menyahut: "Bal `alaikumus saam" (sebaliknya semoga kalianlah yang mendapatkan kematian). Rasulullah saw. menegur: Hai Aisyah, Sesungguhnya Allah menyukai keramahan dalam segala hal. Aisyah berkata: Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan? Rasulullah saw. bersabda: Aku telah menjawab: "Wa `alakum" (semoga menimpa kalian).
 
  
  
  

 

Ahad, 1 Jun 2025

Selamat Hari Lahir Eni.

Selamat Hari Jadiku yg ke 67...

Waw...aku macam tak percaya aku dah cecah bilangan itu.   67.   Aku syukur.  Aku dah tua.  Moga aku sentiasa ingat Allah... 





Ini adalah makanan ku semalam.  Anakku selepas sampai menyatakan makanan akan sampai... Makanan yg aku request... Mee tarik... Dan anakku setelah meletakkan barang2 yg mereka kirimkan kepadaku... Hadiah itu terus kena keluar lagi drive kerumah Linda.   Laa Rupa2nya Linda masak kek untuk ku dan untuk Husna dan masak lauk ayam penyet... Ikan keli.  MaasyaaAllah betapa daku syukur masih ada org yg berkorban  begitu sekali masak untuk hari jadi ku... Syukur Ya Rabb.  Baiknya dia.  Daku doakan dia mendapat Rahmat Allah kerana rahmat Allah itu dekat dengan orang2 yg baik.   MaasyaaAllah... Daku pulak tak makan ikan keli.  Maka menjadi menu makan Anis.  Anis suka sangat ikan keli.   Syukur dapat juga anis makan... Semua dari Allah... Rezeki, Jodoh pertemuan,Kematian,  dlm perancangan Allah.   Rabbku aku bersyukur... 



Ini kek lembab pemberian Linda dan dimasak Oleh Linda dan Kakak anak Linda, anak murid tuisyen anis.    Ada juga ikan keli penyet ddgn source ya.   Terima kasih Linda atas ingatan. 


Daku berbuka dengan agar2 santan lazat yg ku buat... Hihi masih ada. Ni kali kedua berbuka dgn nya. Mee tarik  kegemaranku dan daku minum air yogurt mempelam yg ku sediakan dlm peti sejuk. 


Ada juga air Fanta Strawberry kegemaranku dan 2 jenis kek yg anis beli, kek batik dan... Aku lupa..tq anis jugak. 




Hihi nak jugak gambar ku... maka daku ambil tudung yg anis hulurkan pakai... 


Syukur Rabbku. 
Terima Kasih semua atas ingatan. 
Daku juga ingin panjatkan doaku buat ibuku tercinta Aminah bt Muhammad yg akan menjelang hari jadinya esok.  Selang sehari dgnku. 


Alhamdulillah Rabbku.   Jadikanlah daku hambaMu yg terus istiqamah hingga menjelang kematianku.  Aamiin. 

Aku suka artikel ini...Harap2 banyaklah kaum2 Hawa membaccanya. untuk jadi panduan...

 

Jumaat, 21 Ogos 2026

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 34 – 35 (Isteri yang nusyuz)

Ahad, 29 Mac 2026

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 34 – 35 (Isteri yang nusyuz)

 

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 34 – 35 (Isteri yang nusyuz)

Ayat 34: Allah lebihkan satu golongan terhadap golongan lain kerana sifat-sifat tertentu. Itu atas kejadian yang Allah jadikan tidak sama antara lelaki dan wanita. Allah dah jadikan lelaki dan wanita tidak sama maka kita tidak boleh persoalkan perbezaan itu.

Macam sudu dan garpu; kita tidak boleh gunakan garpu untuk buat kerja sudu, bukan?

‎الرِّجَالُ قَوّٰمُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوٰلِهِمْ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ وَاللّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Men are in charge of women¹ by [right of] what Allāh has given one over the other and what they spend [for maintenance] from their wealth. So righteous women are devoutly obedient, guarding in [the husband’s] absence what Allāh would have them guard.² But those [wives] from whom you fear arrogance – [first] advise them; [then if they persist], forsake them in bed; and [finally], strike them.³ But if they obey you [once more], seek no means against them. Indeed, Allāh is ever Exalted and Grand.

  • This applies primarily to the husband-wife relationship.
  • i.e., their husbands’ property and their own chastity.
  • As a last resort. It is unlawful to strike the face or to cause bodily injury.

MALAY

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Ingat hujung saputangan aja. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

 

الرِّجَالُ قَوّٰمُونَ عَلَى النِّسَاءِ

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, 

Lelaki adalah ketua yang bertanggungjawab dalam keluarga. Mereka sebagai pelindung dan pemimpin.

Maksud lafaz قَوَّامُونَ adalah mereka yang bertanggungjawab dalam sesuatu perkara samada individu atau kumpulan. Merekalah yang kena jaga, kena buat keputusan dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Merekalah juga yang memberi keperluan kepada individu atau kumpulan itu.

Setiap organisasi memerlukan ketua kerana kalau tidak, tentu akan kacau bilau organisasi atau negara itu. Dan begitu juga dalam keluarga, ianya adalah ‘organisasi kecil’ dalam masyarakat. Dan Allah telah lantik lelaki yang menjadi ketua.

Dan bukan sahaja dalam keluarga, dalam mana-mana organisasi pun secara umum, ketua yang dilantik mestilah dari lelaki. Sampai kepada ketua negara pun kenalah lelaki. Kerana ini memang tugas dan di dalam keupayaan lelaki. Allah telah berfirman dalam Baqarah:228

وَلِلرِّجالِ عَلَيهِنَّ دَرَجَةٌ

lelaki mempunyai satu tingkat kelebihan

Jadi ketua keluarga adalah suami. Tapi, ini bukanlah dalil untuk suami mengambil kesempatan atas isteri. Kenalah ada perbincangan antara mereka dan pergaulan yang mesra. Allah telah sebut dah dalam Nisa:19

وَعاشِروهُنَّ بِالمَعروفِ

Dan bergaullah dengan mereka secara patut.

Dan Allah telah sebut dalam Baqarah:233

عَن تَراضٍ مِنهُما وَتَشاوُرٍ

dengan kerelaan keduanya dan selepas bermesyuarat

Maknanya, bukanlah suami kena buat keputusan sendiri sahaja, sebagai suami yang bijak, suami itu kenalah rujuk juga kepada pendapat isteri. Walaupun tidak semestinya cadangan isteri itu diterima, tetapi sekurangnya dengar dan timbangkan.

Mungkin ada wanita tidak puas hati dengan kedudukan yang Allah telah berikan ini. Maka Allah dengan segala rahmahNya memberikan dua sebab sebagai penjelasan kenapa lelaki layak menjadi pemimpin dalam rumahtangga.

 

بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ

oleh kerana Allah telah melebihkan (orang-orang lelaki) (dengan beberapa keistimewaan) atas (orang-orang perempuan),

Allah jadikan setiap manusia tidak sama. Kita sendiri pun boleh lihat ada beza antara lelaki dan wanita. Lelaki telah dilebihkan dalam beberapa perkara yang melebihi dari wanita. Oleh kerana kelebihan itu, mereka yang layak menjadi pemimpin. Kerana itu pangkat kenabian hanya diberikan kepada lelaki sahaja.

Ini adalah kedudukan yang Allah sendiri pilih dan Allah telah buat keputusan untuk melebihkan lelaki ke atas wanita. Sebagaimana juga Allah telah pilih Mekah untuk menjadi Tanah Haram dan tempat yang mulia di atas mukabumi.

Tapi lihatlah bagaimana Allah menggunakan bahasa yang lembut dalam ayat ini. Allah tidak kata: lelaki lebih dari wanita. Tapi Allah kata: Allah melebihkan satu golongan ke atas golongan yang lain. Ini kerana Allah hendak mengingatkan lelaki dan wanita yang mereka itu datang dari Nabi Adam a.s. juga. Satu golongan dari golongan yang lain juga. Asalnya sama-sama manusia, tapi Allah yang lebihkan lelaki atas wanita.

Maka, dalam Allah menaikkan kedudukan lelaki, tidaklah Allah merendahkan kedudukan wanita. Sebagaimana kepala duduknya di atas, tapi tidaklah kepentingan kaki menjadi kurang kerana ia juga ada kerja penting. Cuma kebolehan dan kegunaan tidak sama. Begitu juga lelaki dan wanita tidak sama dari segi fizikal dan biologi.

Oleh kerana Allah ciptakan wanita sedemikian rupa, mereka tidak sesuai menjadi pemimpin. Sebagai contoh, mereka tidak boleh keluar ke khalayak ramai tanpa ditemani oleh mahram atau wali mereka. Oleh kerana itu, tentu susah kalau mereka yang jadi pemimpin. Nabi telah bersabda:

«لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً»

Tidak akan beruntung suatu kaum yang urusan mereka dipegang oleh seorang wanita.

Dan Allah telah jadikan fizikal mereka lemah, jadi mereka tidak boleh bekerja berat. Allah juga telah jadikan hati wanita ini lembut dan kerana itu mereka susah untuk buat keputusan tanpa emosi. Oleh itu, tugas para wanita itu memang sesuai sangat di rumah sahaja.

Ulama ada lagi membincangkan kalimat yang Allah gunakan: satu golongan lebih dari golongan yang lain. Ini meletakkan kedudukan tinggi itu ke atas golongan lelaki secara keseluruhan. Bukanlah setiap lelaki lebih dari setiap orang perempuan. Kerana ada kemungkinan seorang wanita lebih pandai, lebih kuat dari seseorang lelaki. Ini mungkin sahaja terjadi, tapi dari segi golongan secara keseluruhan, golongan lelaki tetap lebih dari golongan perempuan.

Dengan sebab Allah telah lebihkan lelaki atas wanita, maka sebab itulah lelaki yang layak menjadi pemimpin. Kita kena ingat yang kedudukan ini Allah yang pilih. Allah dah lantik sebegitu. Maka, kita kenalah terima. Kita kena ingat yang taat kepada suami itu kerana taat kepada Allah.

Tetapi pada zaman sekarang, dengan kerja bukan lagi berat (duduk di ofis sahaja) dan kerana itu wanita pun sudah ramai yang bekerja dan mendapat pendapatan dari kerja mereka, mungkin ada yang berkata ayat sebegini tidak layak lagi.

Tapi, walaupun mereka boleh bekerja dan menyara hidup, mereka masih lagi tertakluk dengan kekurangan-kekurangan yang lain. Antaranya mereka tidak sesuai keluar rumah bersendirian, hati mereka tetap lembut, fizikal mereka tetap tidak boleh buat kerja keras dan berat.

 

وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوٰلِهِمْ

dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. 

Lelaki wajib beri nafkah kepada mereka yang di bawah tanggungannya. Ayat ini menceritakan tanggung jawab lelaki, bukan hendak menceritakan sangat tentang kelebihan lelaki atas wanita sampai boleh suruh suruh isteri buat macam-macam. Kalau tidak belajarlah akan nampak satu perkara sahaja, tapi tak nampak perkara yang lain.

Jangan lupa yang suami itu kena beri nafkah kepada isteri. Ramai suami yang lupa perkara ini. Tambahan pula isteri sudah bekerja, maka mereka sudah lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Ramai yang menggunakan isteri sebagai pencari rezeki dan dia goyang kaki di rumah atau berpeleseran di luar. Ini sudah terbalik dan amat jauh dari adab manusia normal, lebih-lebih lagi berlawanan dengan Qur’an.

Ramai yang salahguna ayat ini sebagai dalil untuk menindas wanita. Manusia kena ingat, kuasa yang diberikan kepada lelaki dalam keluarga atau dalam pemerintahan negara bukanlah kuasa yang penuh, bukan kuasa yang mutlak. Kenalah ada musyawarah untuk membuat sebarang keputusan. Samada musyawarah dalam keluarga atau dalam organisasi mana-mana pun.

Dalam organisasi memang kena ada ketua tapi tidaklah ketua itu ada kuasa mutlak. Kalau dia salahguna kuasa, tentulah dia akan dijatuhkan atau orang akan tinggalkan organisasi itu. Kalau tidak ada ketua yang jelas, sudah pasti akan ada kepincangan dalam keluarga atau organisasi itu. Dan ketua itu kenalah dilantik dari lelaki.

Dan dengan sebab harta yang lelaki gunakan untuk memberi nafkah dan itulah juga sebab yang membolehkan mereka menjadi pemimpin kepada wanita dalam keluarga mereka. Ini kerana merekalah yang memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Oleh kerana nafkah datangnya dari mereka, mereka yang kena kerja lebih, maka layaklah mereka yang menjadi pemimpin.

Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki. Dari nak kahwin pun dah kena beri mahr. Selepas kahwin, kena tanggung nafkah isteri. Begitu juga selepas dapat anak. Merekalah yang kena beri nafkah, baiki rumah, beri pakaian dan sebagainya. Maka mereka diberi dengan bahagian yang lebih besar dalam pembahagian harta faraid kerana kedudukan mereka sebagai penjaga keluarga.

Kita telah belajar pembahagian Faraid sebelum ini. Sekarang kita nampak kenapa mereka dapat bahagian yang lebih. Kerana mereka kena gunakan bahagian itu untuk memberi nafkah kepada orang lain. Sedangkan bahagian wanita itu untuk mereka sendiri sahaja. Ini adalah kerana mereka tidak ada tanggungjawab untuk beri nafkah kepada sesiapa pun. Maka bahagian Faraid yang mereka dapat itu adalah untuk mereka semata-mata.

Kita kena tahu yang kalau wanita belum berkahwin, mereka di bawah tanggungan ayah mereka dan apabila mereka berkahwin, tanggungjawab itu jatuh ke bahu suaminya pula. Dan kalau mereka kehilangan suami atau memang tidak berkahwin, wali mereka jatuh kepada lelaki dalam keluarga seperti abang, pakcik dan sebagainya. Islam memang menjaga kedudukan wanita sampaikan wanita tidak perlu bekerja pun sebenarnya. Maka siapa kata wanita ditindas dalam Islam?

Sudah mendapat kelebihan ini, maka wanita kenalah jaga diri mereka:

 

فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat, dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. 

Maka jadilah wanita yang soleh. Wanita-wanita soleh (الصَّالِحَاتُ), pertamanya mereka akan taat (قَانِتَاتٌ) kepada perintah Allah. Dan antara yang mereka kena taat kepada perintah Allah ada topik yang telah disebut sebelum ini: kedudukan lelaki atas wanita. Wanita yang soleh akan redha dengan penetapan ini dan tidak ada penolakan dari dirinya.

Rentetan dari taat kepada Allah, kena taat kepada suami pula. Apabila sudah taat kepada Allah, maka seorang wanita yang soleh akan tahu bahawa Allah suruh wanita taat kepada suami.

Bila pula wanita setuju dengan kedudukan yang Allah tetapkan ini? Ia termaktub apabila seorang wanita bersetuju untuk dinikahi oleh seorang lelaki. Apabila dia sudah bersetuju untuk menikah, maka dia juga telah bersetuju untuk taat kepada suaminya itu dan menerima kedudukan suami di atas dirinya. Jangan pula kata dia tidak pernah ‘setuju’ kerana apabila dia menikah sahaja, dia sudah setuju sebenarnya.

Seterusnya mereka akan jaga maruah suami dan harta suami semasa suami tidak ada di rumah. Memang kalau suami ada di rumah pun mereka kena jaga juga, tapi yang menjadi dugaan adalah kalau suami tiada di rumah. Maka kerana itu Allah sebut secara khusus: apabila suami tiada di rumah.

Maka jangan cerita tentang keburukan suami kepada sesiapa pun. Ini penting kerana memang isteri tahu rahsia suami, luar dan dalam kerana mereka tinggal bersama dan suami akan menunjukkan dirinya yang sebenar dengan isteri. Malangnya, wanita sekarang kebanyakannya tidak begitu. Selalu kalau ada peluang jumpa jiran sebelah rumah atau kawan sekolah dulu, mulalah mereka bergebang tentang suami masing-masing.

Kalau dapat duduk bersama dengan isteri-isteri yang lain, antara yang mereka akan cakap adalah tentang keburukan suami mereka dan ketidakpuasan hati mereka. Masing-masing akan bertukar-tukar cerita.

Ayat ini juga bermaksud isteri jangan tayang diri depan orang. Kecantikan dan keindahan isteri itu untuk suami dia sahaja. Malangnya, sekarang, kalau isteri keluar rumah, pakai cantik dan pakai mekap. Tapi di rumah selalunya berkemban sahaja dan pakai baju lusuh sahaja.

Wanita yang solehah hendaklah menjaga hukum yang Allah telah tetapkan untuk mereka jaga. Dalam ayat ini disentuh tentang menjaga maruah suami, harta suami dan diri mereka dari pandangan umum. Dengan taufik yang Allah beri kepada mereka, mereka akan dapat jaga. Maka isteri kenalah belajar apakah yang perlu dijaga dan berdoa supaya Allah beri taufik kepada mereka. Janganlah ikut emosi sangat tapi kenalah ikut iman yang Allah telah berikan.

Apabila suami jaga isteri, maka isteri itu pula kenalah jaga maruah dan harta suami. Jadi, kalau hendak menjadi isteri yang solehah, kenalah tahu apakah ciri-ciri mereka. Antara sabda Nabi tentang isteri yang baik adalah:

خَيْرُ النِّسَاءِ امْرَأَةٌ إِذَا نَظَرْتَ إِلَيْهَا سَرَّتْكَ، وَإِذَا أَمَرْتَهَا أَطَاعَتْكَ، وَإِذَا غِبْتَ عَنْهَا حَفِظَتْكَ فِي نَفْسِهَا وَمَالِك

“Isteri yang terbaik ialah isteri yang menyenangkanmu apabila engkau melihatnya, mematuhimu apabila engkau menyuruhnya dan menjaga dirinya dan hartamu apabila engkau tidak ada di sampingnya.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i:3179)

Tapi kadangkala ramai isteri tidak mampu melakukan perkara ini. Mereka rasa susah sangat nak serahkan ketaatan kepada suami mereka. Mungkin suami mereka pun ada masalah, tapi suami mana yang tidak ada masalah, bukan? Tapi ingatlah bahawa ketaatan kepada suami itu adalah tiket untuk ke syurga.

Kena ingat yang Allah yang beri kurnia kelebihan ini (فَضَّلَ اللهُ) kepada lelaki. Maka ketaatan yang pertama adalah kepada Allah. Kalau suami suruh buat perkara yang haram, maka isteri tidak boleh ikut. Tapi kalau suami larang buat perkara sunat, maka boleh lagi isteri nak taat. Kerana itulah apabila isteri hendak puasa sunat, dia kena minta izin suaminya.

Oleh kerana susah untuk menjaga kehormatan diri, taat kepada suami dan menjaga maruah dan harta ketika suami tiada, maka Allah beri bantuan kepada mereka yang mahu menjaganya dengan disebutkan بِمَا حَفِظَ اللهُ (dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya). Maknanya Allah memberi taufiq kepada mereka supaya mudah untuk melakukan perkara ini.

Sebenarnya senang sahaja untuk isteri masuk syurga.

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ الْأَبْوَابِ شِئْت
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang dia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Bayangkan, isteri itu boleh pilih mana-mana pintu yang dia suka! Sedangkan seorang lelaki ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang dia kena penuhi. Dan lelaki itu akan ditanya satu persatu dari tanggungjawab itu. Sedangkan lihatlah betapa senangnya wanita nak masuk syurga!

Kelebihan pilih pintu syurga untuk dimasuki ini setahu kita diberikan kepada Abu Bakr sahaja, tapi semua wanita ada peluang sebegitu. Tak payah buat kerja macam Abu Bakr pun dapat kelebihan seperti Abu Bakr!

 

وَاللّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, 

Kadang-kadang, biasalah berlaku perselisihan dalam perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri yang hidup setiap hari bersama-sama.

‘Nusyuz’ adalah bila isteri sudah buat perbuatan melampau. An-Nusyuz ertinya tinggi diri; wanita yang nusyuz ialah wanita yang bersikap sombong terhadap suaminya, tidak mahu melakukan perintah suaminya, berpaling darinya, dan membenci suaminya. Kalau marah-marah biasa sahaja, itu biasa dan suami biarkanlah sahaja. Tapi kalau dah sampai tahap baling-baling pinggan mangkuk, pukul suami dengan penyapu, itu sudah nusyuz dah.

Imam Nawawi ada memberikan contoh-contoh perkara nusyuz dalam Kitab al-Majmu’:

1. Menolak ajakan suami untuk bersetubuh
2. Isteri benci kepada suami
3. Tidak melakukan apa yang disuruh suami yang tidak bertentangan dengan syara’, walaupun menolak untuk membuat air kopi atau teh
4. Isteri menengking suami dengan nada suara tinggi
5. Isteri keluar rumah tanpa izin
6. Isteri melawan kata-kata suami
7. Menjauhkan diri dari suaminya / tak mahu layan suaminya
8. Meminta cerai kerana suami telah / ingin berkahwin lain
9. Isteri berkata kesat pada suami
10. Menceritakan keaiban suami kepada orang lain
11. Tidak membenarkan suami menyentuh dirinya ketika suami mahu
12. Isteri enggan berpindah ikut suami ke rumah lain di tempat lain
13. Isteri bermasam muka dengan suami
14. Membenarkan seseorang yang suami tidak suka masuk ke dalam rumah
15. Tidak mengendahkan panggilan suami
16. Mempunyai hubungan rahsia dengan lelaki lain

nota: isteri yang nusyuz tidak layak mendapat nafkah.

Jika suami bimbang wujud sifat nusyuz di kalangan isteri, iaitu boleh dilihat dari kata mereka atau tingkah laku mereka, maka diajar dalam ayat ini untuk فَعِظُوهُنَّ: kena beri nasihat mereka. Ingatkan kembali kepada isteri tanggungjawab isteri untuk taat kepada suami. Kalau taat kepada Allah, maka kenalah taat juga kepada suami.

Ada masalah besar kepada isteri itu kalau dia tidak taat kepada suaminya. Kena ingatkan kepada isteri itu kewajipannya sebagai isteri. Banyak sekali dalil suruhan supaya taat kepada suami. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:

لَوْ كُنْتُ آمِرًا لِأَحَدٍ أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya.” Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan dia berkata, “Hadits ini hasan.

 

Dari Thalaq bin Ali, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَيُّمَا رَجُلٍ دَعَا زَوْجَتَهُ لِحَاجَتِهِ فَلْتَأْتِهِ وَلَوْ كَانَتْ عَلَى التَّنُّوْرِ

“Suami mana saja yang memanggil isterinya untuk memenuhi hajatnya, maka si isteri harus/wajib mendatanginya (memenuhi panggilannya) walaupun ia sedang memanggang roti di atas tungku api.”

 

Dalam kitab Shahih (Al-Bukhari) dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِيْئَ، فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا، لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

“Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya, namun si isteri menolak untuk datang, lalu si suami bermalam (tidur) dalam keadaan marah kepada isterinya tersebut, nescaya para malaikat melaknat si isteri sampai dia berada di pagi hari.” Diriwayatkan oleh Abu Hatim dalam Shahih-nya dan At-Tirmidzi, dia berkata, “Hadits ini hasan

Jadi itu adalah cara pertama yang perlu dilakukan dahulu (فَعِظُوهُنَّ). Mungkin kena nasihat banyak kali. Jangan dah nasihat sekali, tapi isteri tak dengar, terus nak pergi ke peringkat kedua pula. Dan untuk nasihat, seorang suami itu kenalah pandai juga kerana kalau cara nasihat pun tak kena, tak sampai kepada isteri.

Wanita tidak sama dengan lelaki, maka cara nasihat pun kenalah lain sedikit. Malangnya, lelaki banyak yang tak berapa pandai, nak nasihat orang pun tak pandai. Jadi, kenalah banyak membaca, perhati perangai orang dan isteri kita, tahu apa yang mereka suka dan sebagainya. Kenalah pergi ke kelas kerana kadangkala akan diajar cara bagaimana menangani para isteri. Ini adalah ilmu-ilmu yang penting sebagai seorang suami dan seorang bapa.

Janganlah hanya tahu nak kahwin sahaja, tapi tak tahu nak menjaga perkahwinan. Kahwin itu susah, tapi menjaga perkahwinan lagi susah. Sebagaimana membeli kereta itu susah, tapi menjaga kereta lagi susah. Nak kena jaga tayar, jaga enjin, isi minyak itu dan ini. Maka begitulah juga isteri, ada perkara yang suami perlu lakukan untuk ‘beli’ jiwa isteri.

 

وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ

dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur,

Jika si isteri masih tidak mahu dengar nasihat, walaupun sudah diberi banyak kali nasihat dengan berbagai-bagai cara, tapi masih tidak berhenti juga dari derhaka, maka langkah seterusnya adalah dengan mengasingkan tempat tidur dari mereka.

Maknanya tidak tidur sekatil dengan dia. Tapi pastikan masih dalam rumah yang sama. Jangan pergi duduk di hotel atau lari rumah kawan pula. Jangan juga hantar isteri balik kampung rumah amak ayah dia. Sebab itu kalimah yang digunakan dalam ayat ini adalah الْمَضَاجِعِ (katil) sahaja. Kena tetap duduk dalam rumah yang sama.

Kerana kalau isteri kita terkesan dengan cara ini, nak pujuk kita balik, macam mana dia nak cari kita kalau kita tiada? Selalunya bila berjauhan, lagilah bertambah kemarahan si isteri itu. Atau dia berjumpa dengan orang yang menambahkan lagi idea untuk marah kepada kita.

Ada juga pendapat yang mengatakan maksud ayat ini:

  • tidak mengadakan hubungan kelamin dengan mereka,
  • berbaring dengan mereka di atas katil yang sama, tapi membelakangi mereka
  • tidak bercakap langsung dengan mereka.

Ini sebenarnya adalah langkah yang sudah semakin keras dari beri nasihat sahaja dan dilakukan untuk tunjuk yang suami itu sudah marah. Sepatutnya isteri dah boleh fikirkan kelakuan dia. Kalau selalunya suaminya akan tetap tidur di sebelahnya sudah bertahun-tahun, tentulah kalau sekali tidak tidur sekali bersama, sepatutnya dia sudah terasa rindu dan rasa lain macam. Maka, carilah suami itu dan mintalah maaf kepadanya.

 

وَاضْرِبُوهُنَّ

dan pukullah mereka 

Kalau masih juga tidak berubah, maka bolehlah pukul mereka. Dan apabila kita nak pukul, kena ikut syariat – tidak boleh lebih dari tiga kali dan pada tempat tertentu sahaja. Kita kena ingat yang pukulan itu untuk mendidik sahaja, bukan untuk menyakiti mereka. Dan pukulan itu adalah pukulan yang ringan. Bukan untuk menyakitkan wanita itu.

Ramai yang salah guna ayat ini. Mereka yang bodoh menggunakan ayat ini untuk mengatakan mereka boleh tampar isteri mereka, tendang dan sebagainya. Itulah bahaya kalau orang bodoh yang baca Qur’an kerana mereka tidak faham.

Sebenarnya, kalau kita tidak pernah angkat tangan kepada isteri kita, sekali kita tampar lengan dia dengan dua jari sahaja, itu pun sepatutnya sudah memberi kesan kepada isteri itu. Sepatutnya dia sudah terasa yang suaminya itu bukan main-main, ini sudah sampai peringkat ketiga dah ni. Kalau peringkat seterusnya adalah cerai, jadi jangan nak mengada-ngada lagi.

Memang memukul wanita tidak digalakkan dalam mana-mana masyarakat pun. Dan kebenaran ini diberikan sebagai langkah terakhir sahaja. Dan mestilah digunakan dengan mengikut syariat. Kerana itu ulama meletakkan syarat dalam memukul itu pula:

1. Tidak menyebabkan luka dan patah (atau kerosakan organ dalaman)
2. Tidak berterusan dan bertalu-talu
3. Tidak pukul pada satu tempat sahaja berulang-ulang
4. Tidak pukul bahagian mukanya dan kemaluannya
5. Tidak menggunakan benda keras, seperti rotan atau kayu atau besi atau kuali.

Dilarang memukul isteri jika tidak menepati syarat-syarat ini, sebagaimana hadis:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Adakah patut seseorang kamu memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, kemudian dia meniduri isterinya di waktu malamnya?” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ini adalah cara yang terakhir untuk menasihati mereka dan perlulah diikuti selepas diberi nasihat dan ditinggalkan tempat tidur dari mereka. Janganlah tiba-tiba sahaja terus pukul isteri itu. Semua proses ini mengambil masa yang lama, bukan buat dalam sehari sahaja.

 

فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. 

Sekiranya selepas itu mereka berubah dan telah taat, jangan sengaja cari alasan untuk menyusahkan isteri itu pula. Kena layan dan gauli mereka dengan baik. Yang sudah lepas itu biarlah sahaja.

Begitu juga, kalau mereka itu seorang isteri yang taat kepada suami, suami tidak ada hak untuk melayan mereka dengan buruk, untuk pukul mereka atau tidak melayan mereka langsung.

 

إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Jangan salahguna kuasa yang Allah telah berikan kepada lelaki. Dan ingatlah bahawa kuasa yang paling tinggi adalah Allah. Jangan rasa kuasa lelaki sebagai suami itu tinggi sangat sampai boleh langgar syarak.

Kena tahu apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat. Segala perbuatan kita kena ikut syariat. Tapi kalau tidak belajar, bagaimana nak tahu mana yang boleh?


 

Ayat 35: Ini adalah Hukum ke 15: Kita akan belajar bahawa dalam mendamaikan suami isteri perlu ikut tertib mahkamah.

Dalam ayat sebelumnya, telah diberitahu langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya ada masalah dengan isteri. Sepatutnya masalah itu diselesaikan di rumah sahaja, jangan sampai keluar dari rumah dan jangan sampai orang luar tahu.

Tapi, kadang-kadang masalah tidak dapat diselesaikan antara suami isteri sahaja. Kadang-kadang masalah bukan pada isteri, tapi pada suami. Kadang-kadang suami sahaja yang buat-buat tidak nampak apa salahnya. Mentang-mentang dia lelaki, dia nak menang sahaja. Jangan sangka dia sebagai ketua keluarga, dia tidak ada masalah. Kadang-kadang si isteri marah itu kerana perangai suami atau perbuatan suami yang salah dan dia tidak setuju.

Oleh itu, sekiranya pertengkaran itu berlanjutan, walaupun suami tak lepaskan (cerai) tapi kita boleh agak yang sudah lama keluarga itu tidak harmoni. Tambahan pula kalau ada anak-anak, tentunya mereka yang akan merasa kesan dari pertengkaran ibu dan bapa mereka. Mereka pun sudah tidak tahu nak duduk sebelah siapa.

Maka, dalam syariat ada diajar untuk lantik pendamai. Ini boleh dilakukan kerana mereka sesama sendiri tidak dapat nak selesai. Suami kena lantik wakil yang sesuai dan isteri pun kena lantik wakil yang sesuai. Luahkan perasaan tentang apa yang tak kena. Kadang-kadang nak cakap terus kepada suami atau kepada isteri tak sampai, tapi kalau dengan orang lain, boleh diberitahu.

Kadang-kadang, apabila pertelingkahan berlanjutan, keluarga kedua-dua belah pihak pun sudah tahu. Selalunya, mereka yang masuk campur dengan berlebihan. Mulalah hendak menyalahkan ahli keluarga yang sebelah sana. Ini banyak sangat terjadi sampaikan tidaklah perlu kita jelaskan di sini. Kadang-kadang kerana keluargalah yang menyebabkan pasangan itu porak peranda dari asalnya. Jadi, Islam mengajar cara bagaimana menyelesaikan masalah ini.

‎وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلٰحًا يُوَفِّقِ اللهُ بَيْنَهُمَا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you fear dissension between the two, send an arbitrator from his people and an arbitrator from her people. If they both desire reconciliation, Allāh will cause it between them. Indeed, Allāh is ever Knowing and Acquainted [with all things].

MALAY

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.

 

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua

Orang luar yang rapat dengan pasangan itu kadangkala dah tahu kalau ada perkelahian antara suami isteri itu. Mereka mungkin bimbang ianya akan berlanjutan. Terutama kalau mereka yang menjadi wali bagi pasangan itu. Mereka pun boleh agak samada pertelingkahan itu akan berpanjangan atau tidak.

Mungkin pada permulaannya, pertelingkahan hanya antara suami dan isteri. Tapi kalau tidak diselesaikan, maka lama kelamaan ia akan keluar dan melibatkan ahli keluarga yang lain. Lambat laun, pihak keluarga pun akan terlibat sama. Nanti ada yang berpihak kepada suami dan ada yang berpihak kepada isteri. Maka baiklah perkara ini ditangani secara waras daripada ikut emosi. Maka tidak salah kalau ahli keluarga masuk campur.

Kalau mereka yang prihatin, mereka tidak akan berdiam diri. Mereka akan cari jalan untuk mendamaikan mereka. Beginilah yang sepatutnya dilakukan oleh orang luar. Kita memang tidak masuk campur dalam kehidupan orang lain, tapi kita kena bantu mana yang boleh.

 

فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا

maka lantiklah pendamai dari keluarga lelaki dan seorang pendamai dari keluarga perempuan. 

Maka kalau masalah pasangan itu tidak selesai juga, boleh lantik pendamai untuk mewakili mereka. Wakil itu dilantik untuk bercakap bagi pihak mereka. Suami dan isteri akan beritahu apakah yang tersemat di hati mereka kepada pendamai masing-masing. Kadang-kadang perkara ini kena sampai bawa ke mahkamah. Dan mahkamah yang lantik siapakah pendamai itu. Atau pun boleh dilakukan dalam keluarga sahaja.

Selalunya, suami isteri sayang sama sendiri tapi kadangkala mereka tak pandai nak berurusan atau bercakap. Ini termasuk dalam masalah komunikasi. Jadi pendamai kena pandai. Lantiklah pendamai yang berwibawa dan boleh faham apakah tugas-tugas mereka.

Ulama mengatakan, pendamai itu mestilah dipilih dari kalangan orang yang soleh dari keluarga suami dan keluarga isteri. Lafaz yang digunakan dalam ayat ini juga adalah حَكَمًا – bermaksud seseorang yang ada ‘kebijaksaan’. Oleh itu, kenalah pandai pilih wakil. Janganlah pilih yang kaki tuduh atau kaki marah sahaja. Pilihlah yang ada pengetahuan agama sikit.

 

إِن يُرِيدَا إِصْلٰحًا يُوَفِّقِ اللهُ بَيْنَهُمَا

Jika kedua-dua pendamai bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan keduanya berpakat baik.

Jika kedua pendamai itu mahu mendamaikan dua pasangan itu, Allah akan bantu menjadikan pasangan itu berbaik semua. Juga boleh bermaksud ‘kedua-dua pasangan’ itu. Kalau mereka mahu mencari perdamaian, Allah akan buka jalan antara mereka berdua dengan memberi taufik. Dengan syarat suami isteri itu mahu dengar nasihat dari pendamai yang telah dilantik itu.

Allah tahu maksud hati pendamai. Maka pendamai kena ada niat yang betul. Ini penting kerana kadang-kadang orang luar yang bersangkutan kekeluargaan dengan mereka atau yang baik dengan mereka, mungkin tidak mahu mereka berbaik balik. Mungkin ada yang rasa, lebih baik mereka berpisah sahaja.

Sebagai contoh, mungkin ada ibubapa lelaki yang rasa anak lelaki mereka lebih sesuai kalau kahwin dengan orang lain. Kadang-kadang memang ahli keluarga pandang sesuatu perkara itu lain dari apa yang dilihat oleh pasangan itu. Tapi walaupun ibubapa nampak perkahwinan itu tidak akan berjaya, hati pasangan itu kita tidak tahu. Mungkin mereka asyik berkelahi sahaja, tapi entah ada rasa sayang lagi antara mereka.

Jadi, tujuan asal kedua pendamai itu adalah untuk menyelamatkan rumahtangga itu. Tapi dari riwayat yang sampai dari Saidina Ali, beliau pernah melantik pendamai yang menyuruh pasangan suami isteri itu untuk memberi kuasa kepada kedua pendamai itu untuk membuat keputusan samada perkahwinan itu patut diteruskan atau tidak.

Kerana ada kemungkinan apabila pendamai itu mengetahui kedudukan sebenar masalah yang dihadapi oleh kedua pasangan itu, mungkin mereka nampak tidak ada jalan keluar melainkan perpisahan sahaja. Kedua-kedua pendamai itu kenalah setuju atas satu keputusan.

Hakam dari kedua-kedua pasangan itu diberikan kuasa untuk menjatuhkan talaq kalau perlu. Inilah yang terjadi apabila pertelingkahan suami isteri dibawa ke hadapan Uthman dan juga Ali. Mereka lantik hakam dari keluarga dan mereka diberitahu yang hakam boleh buat keputusan samada untuk teruskan perkahwinan itu adalah pisahkan pasangan itu dengan talaq.

Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Ibnu Tawus, dari Ikrimah ibnu Khalid, dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Aku dan Mu’awiyah pernah diutus sebagai hakam.” Ma’mar melanjutkan kisahnya, bahawa yang mengutus keduanya adalah Khalifah Usman. Khalifah Usman berkata kepada keduanya, “Jika kamu berdua berpendapat sebaiknya pasangan suami isteri itu dikumpulkan kembali, kamu berdua boleh menghimpunnya kembali. Jika kamu berdua berpendapat sebaiknya keduanya dipisahkan, maka kamu berdua boleh memisahkan keduanya.”

 

إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.

Allah Maha Tahu niat masing-masing. Allah tahu samada pendamai yang dilantik itu mahu untuk mendamaikan mereka ataupun hendak memisahkan mereka. Maka mereka hendaklah jaga hati mereka dan niat untuk mendamaikan kena ada. Kerana nanti mereka akan mengadap Allah SWT yang tahu yang di dalam hati mereka.

nota: ulama ada juga yang berpendapat bahawa penggunaan pendamai ini bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah antara suami dan isteri tetapi boleh digunakan dalam pertelingkahan lain juga. Lebih-lebih lagi kalau pertelingkahan antara ahli keluarga. Seeloknya, pertelingkahan itu diselesaikan dalam ahli keluarga juga, tanpa dibawa ke mahkamah. Allahu a’lam.

Sabtu, 27 Disember 2025

Mari kita saling memaafkan ya! Agar dapat Istana emas di syurga.