Sabtu, 3 Oktober 2026

 ALHAMDULILLAH ALA KULLIHAL...

Rabu, 20 Ogos 2025

Jumaat, 26 Julai 2024 Di Dalam Sepi Itu - Sudirman [HD] Lagu yg lalu di depanku...

Jumaat, 26 Julai 2024


19/8/25

Lama hanya lah hitungan masa...Tak terluntur kenangan indah diantara kitaaaaa.   

Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku


ALHAMDULILLAH ALA KULLIHAL.

  Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllahallah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah sampai ke usia ini.
Syukur Ya Rabb,  kuatkan daku Ya Rabb.   


TEMAN SETIAKU DUNIA AKHITRAT...ADA DI SINI. 






Khamis, 1 Oktober 2026

Updateku hari ini 1/10/26 :

Assalamualaikum...Ya betul sepatutnya daku sendiri berdoa bersungguh2 kan.  InsyaaAllah daku sedar..

Syukur...Kau banyak menyedarkan aku. 

Bismillah...Salam...Tolong doakan daku jika sudi...Daku perlu buat juga operation lututku...Doktor dah letakkan tarikh tahun hadapan...Daku kena berani.  Jika di ikutkan memang daku takut.  Daku takut sangat.  Tapi jika nak pergi Umrah atau Haji daku kena buat jugak...MaasyaaAllah...Doakan aku...Eni kena berani!...Ya Rabb berikanlah kesembuhan kerana daku takut..Moga berjaya.  Aku kena yakin Doktor Pakar dapat buat dgn Peliharaan Allah. 

Ya Rabb...Semoga ianya berjaya... InsyaaAllah Eni...



MARI KU CORETKAN NI...

 Bismillah...Assalamualaikum.

Daku suka baca ini.  Moga daku kuat .

8 bulan tak lama. Eni kuat Rabbku.

Isnin, 31 Ogos 2026

MARI KU CORETKAN NI...

 

Tuesday, 3 September 2024

 DAKU JUGA SUKA MENJAHIT.  BAJU2 TIDUR ANIS KUJAHIT BERPASANG2 DAN CANTIK2 BAGI SEORANG ANAK PEREMPUAN.  HMMM...KENANGAN.


INI GAMBARKU SEMASA  ANIS KECIL.
HMM. DAKU SUKA SEBAB INI BAJU YG DAKU JAHIT SENDIRI...bAJU YG KU PAKAI PON BAJU ANAKKU.
BAJU ANIS DAKU JAHIT IKUT FESHEN KANAK2 MASA ITU SEMPURNA SEHINGGA 
INI LAGAM ANIS MASA KECIL.  BILA DAKU BALIK DARI SEKOLAH DIA AKAN DATANG KEPADAKU DAN PELUK DAKU CIUM DI PIPI.  MAASYAAaLLAH SEDIH KALO DI INGAT MASA NI.  MASA NI ANIS MINTA DAKU BELI AYAH. SAMPAI BUAT KETAWA BESAR. MASA TU DI ATAS KERETA ABANG...MAK BILA NAK BELI AYAH.  DUIT EMAS ANIS DAH BANYAK.   AKU HANYA KETAWA SAJA.  PAK ANDAK TANYA.  NAK BELI AYAH KAT MANA?  KAT PASARRAYA LA... KEMUDIAN KAMI TERGELAK BESAR SAMPAI KELUAR AIRMATAKU. DAN AKU MENANGIS SEDEH.

BILA ANIS BESAR ..HINGGA KE UNIVERSITI ANIS SELALU JADI REBUTAN KAWAN2 YANG BELAJAR SAIKOLOGI BICARA TENTANG ANAK IBU TUNGGAL. ANIS  BIASA DENGAN NI. KAWAN PILIH ANIS.  ANIS OPEN MINDED.  ANIS..ANIS..INI GAMBAR ANIS DAN KAKAKSERTA ALIA MASA PERGI KE RUMAH TOK GAYAH.

INI BAJU ANIS YG KUJAHIT KERANA ANIS NAK BAJU MACAM BAJU PENGANTIN.  KAKAK DAN ALIA BAJU MEREKA MAZNAH BELI DI PASARAYA.  TAPI BAJU ANIS DAKU KENA JAHIT SENDIRI..BILA RAYA MEREKA BERTEMU.  BERTUKAR. BAJU.  INGAT MEREKA MASA KECIL DAKU SERONOK.  MESKIPON PENUH AIR MATA MEMBESARKAN ANIS. ALLAH ADA BERSAMAKU.

INI GAMBAR DAKU YG ANIS KUMPUL DI JADIKAN
 KOLEKSI KECIL DIA.
GAMBAR LAMA MAK DAN GAMBAR BARU KATANYA.



DAKU SUKA SANGAT KATA2 SAIDINA ALI INI '
SESAAT KESABARAN DI SAAT KEMARAHAN MENCEGAH SERIBU MOMEN PENYESALAN.

MASA SEKOLAH BANYAK DAKU PRINT KATA SAIDINA ALI TUK KU LETAKKAN DI DINDING2 KELASKU. SEMUA DAH HABIS DI TELAN MASA.  RABBKU 
PERMUDAHKAN LAH KAMI UNTUK MENITI AKHIRAT KAMI.
JADILAH KAMI ORANG YANG BERSYUKUR DAN REDHO.  BUKAN MUDAH KITA NAK MILIKI REDHO MELAINKAN DENGAN KEKUATAN DARI DALAM YG JITU DAN KUAT. INGAT BAHAWA TAKDIR KITA TELAH DI TERTULIS OLEH KALAM  ALLAH  SEJAK DI LOH AL MAHFUZ 50,000 TAHUN DAHULU SEBELUM DICIPTANYA LANGIT DAN BUMI. 

DAKU TAMBAH INI...
Bicara tentang Kadar ,...itu kekuasaan Allah.  Jangan harap pada manusia.  Jangan sampaikan pada orang jika anda lapar..  JANGAN menghinakan diri kepada manusia.   Sahabat lebih susah lebih miskin daripada kita tetapi mereka sabar.   Allah tahu,  itu orang beriman. Adukan kepada Allah.  Semua yg terjadi telah tercatat di LOH MAHFUZ, 50 ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi ini...Hadith Soheh Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Termizi, ,Abu Daud...RA.

Nabi SAW bersabda:  Yg pertama kali Allah cipta adalah kalam...Dia bertanya  Allah apakah harus dia lakukan?  Maka Allah perintahkan  Kalam menuliskan  sesuatu apa yang berlaku seluruh takdir makhlok hingga kiamat.  Tiada yang terluput.  Sampai manusia masuk Syurga, Negara  kekal, telah tercatat di sana .,..manusia tak tahu asal usulnya hanya  Allah yg tahu...

 

Sabtu, 25 Januari 2025

MASYAALLAH !! Sangat Beruntung Bagi Orang Yang Rutin Shalat Tahajud | Us...




Ya Allah banyaknya nikmat Allah yg kau berikan kepada kami...Alhamdulillah...Nikamat Allah luar biasa.  Cobaan itu sedikit sahaja.  MaasyaaAllah.  Ya Rabb kami redho dan kami terima dgn seikhlasnya...

Bila terjaga dari tidurmu...
Laillahaillahhuwah dahu la syarikalah.  Lahulmulkul walhumhamdu wahuwaalakullisyaiing khadir.,  
Subhanallah huwalhamdu lillah walaillahaillallah wallahhuakbar,
Lahaulawala khulwataillahbillah hilaliillazim,
Allahhumaghfirli.

 

Khamis, 9 Januari 2025


Khamis, 26 Februari 2026

Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. (Ceramah Ustaz Muein)

UPDATE TODAY: 3/10/26. 

SAHABAT YG KU SAYANG ...JIKA SAYA REHAT DARI SINI...MAKNANYA..SAYA  BERSAMA SEMUA ORANG2 TUA SEUSIA SAYA  LAZIMI.... TERMASUKLAH ISTERI2 ORG SUAMI2 ORG...BYE..


UPDATE  26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.

Tuesday, 6 January 2026

Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. (Ceramah Ustaz Muein)

  Update 7/1/26 Bersamaan 17 Rejab 1447,Bangi

Rabu, 28 Mei 2025

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Ya Rabb...".Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulullah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyu halazi ku an fusikum waahli naaraa.  Waku yuhanna wal hijarrah"

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...

Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa jaga dia tak jaga Allah,  dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.  Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bunuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab Allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga.  Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jihad.  Kita nak Allah sayang  kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi Allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan Allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud:   Nabi kata ..."Bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya ...Bila Allah sayang , Allah bagi susah.  bukan Allah sayang , Allah bagi duit.  bukan Allah sayang Allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah, bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran.  Jika kita tak dapat redho Allah,  maka  ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kita semua dari jauh tandanya Allah sayang.   Kalau Allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayang pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...Si Fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.

 



Ahad, 8 Februari 2026

I will be right here waiting for you - Richard Marx with lyrics

Selasa, 21 Januari 2025

Uji Rashid/Hetty Koes Endang/Normadiah: Sang Rajuna Hati with Malay & En...