Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...
Tuesday, June 11, 2024
Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...
Rabbi ad khilni mud khalasid qing wa akh rij ni mukh raja sid qing waj alli mill ladun ka sultoo nan nasii raa...
Semak : Quran Suratul Israq Ayat ke 80,
Wahai Tuhan masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat keluar yang benar ( mulia ) dan jadikanlah untukku dari sisimu kekuasaan yg memenangkan.
Rabu, 4 Mac 2026
Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc
TAHNIAH ...ADIKKU DARI U K. BERMINAT DGN ARTIKEL INI. TQ. MOGA BERMANFAAT.
BILA BANYAK VIEW MAKA AKAN BERTAMBAHLAH PEMBACANYA. TAHNIAH JUGA SAHABATKU YANG TERUS MEULANG VIEW INI.
Ulangkaji : Diam, Biarkan Allah Yang Selesaikan Masalahmu - Ust. Hanan Attaki, Lc
Saturday, 11 October 2025
MaasyaaAllah
Allah hantar Engkau mengajarku,Sahabatku.
Terima kasih. Diam adalah pembela diri. Syukur Robbku .
Sahabat , dikau memang hebat banyak daku belajar dari kealpaanku. TQ
Amazingnya diam itu dalam Al Quran..
Diam kalau kita lakukan tepat maka diam akan jadi jalan munculnya keajaiban. Jadi jalan munculnya keajaiban. Kalau Allah bela kita ada berbagai cara, maka cukup diam biar Allah yg bela kita perlu sedar bahawa Allah yang menggenggam hati manusia.
Dalam Al Quran Allah ajar kita diam akan menyelesaikan masaalah lewat diam.
Ada orang yang mahu mennyelesaikan masaalah kita dengan diam dan jadi smart dengan diam. Mari kita bahas dari sudut kejadian harian. Narasinya sama...kata Nabi yang paling banyak orang masuk Neraka ...mulutnya dan kemaluannya. atau nafsunya.
Saya yakin kita dapat selesaikan masaalah kita dengan diam...Nabi tidak menyelesaikan masaalah dgn isteri dengan hadith...hihi...
Nabi ngomong sama Allah dgn Jiobril dan Allah.
Akhirnya turunkah ayat2 menegur isteri2 nabi
Diam itu solusi. Jangan libatkan media sosial . Saya akan update untuk mereka baca. saya offkan komen agar tidak menyenyebabkan kontroversi. Diam itu solusi,bela diri yg affectif...ternyata diam...
Kita baca diam dlm surat Mariam
Adigan diamnya Nabi Zakaria. Diam nya Surat Mariam(19) Ayat 10. .
Zakaria, kamu diam dan jangan cakap dengan manusia kecuali zikir. Allah mahu Zakaria diam dan zikir. Mengingat Allah pada waktu pagi dan malam. Boleh zikir membaca ayat2 Allah tetapi tak boleh bercakap setelah 3 hari maka Zakaria mendapat jawapan dia akan mendapat zuriat.
Allah akan berikan rezeki ,kemudahan reward yang berlipat2. Jadilah ayat al Quran sebagai pedoman. Pilihlah sikap diam demi Allah makbulkan hajat kita.
"Sombong kepada orang yang sombong adalah sedekah Ustaz Abd Somad...
Saya pula ...udahlah diamin aja Saya percaya bangat, dengan diam...maka saya sabar untuk diam...Hebatnya Ustaz Hannan Attaqi ini...ya betul dikau jadi lebih muda. Hebat...Mari kita tidak diam...
Saya tak hirau komen di media sosial. Baca komennya...tapi saya abaikan...2 hari baru khatam...mencuba lagi belajar...Kerana Allah kisah kan kisah Zakaria dll. Bela diri dengan diam. Mencoba lagi belajar. Yakin diam itu keajaiban kerana kisah Zaklaria dan Mariam...
Kisah Saidah Maryam ada di ayat 26,
Hebatnya Nabi..
Hafsah daku rujuk...Allah turunkan ayat agar Rasullullah merujuk Hafsah... Maka Turun ayat di Surah Talaq. Semua itu adalah kerana dengan diamnya Hafsah.
Ya Abu Bakar...Baca ayat2 ini...Maka Abu Bakar bercakap dengan Rasul ...Rasulpon tak Ngomongnya dgn Abu Bakar.. Hafsah tolongin dong...Kalian...Ni yang Omar marah..
2 kali kata2 Umar yang di ulang allah...
Kalau kalian tak minta maaf kepada Nabi nescaya Allah akan suruh Rasullullah ceraikan kalian... Kesemua Isteri2 Rasullullah meminta maaf kepada Rasullullah. Ya Rasullullah. Bicara dong...Apakah Engkau ceraikan mereka semua.....Allah huakbar...Allahhuakkbar...Semua Isteri2 Nabi sujud Syukur.
Hafsah jemput Nabi untuk makan2...Mereka pon Hidup pahagia selamanya. Nabi bagi pelajaran yg paling berharga.
Khamis, 28 September 2023
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN,
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.
Tahniah....Moga Terus Maju dan Berjaya dlm Mentadbir Negeriku Tercinta...Aamiin.
Selasa, 11 November 2025
Tahniah buat Perak dan yakin tercapai target Perak Sejahtera 2030..
Friday, 10 October 2025
MGPerak: Belanjawan 2026 Kukuh Asas Kemajuan Negeri - MB Perak
Tahniah atas kerja kuat MB Perak dan Ahli2 Exco Semua. Kami appreciate. Kami doakan "Maju Terus Maju" buat Perak . Kami tetap anak Perak. Kami sokong dan kami terus berdoa untuk Perak Negeri kami tercinta.
Perak Rekod Kutipan Hasil RM1.1 Bilion Setakat November 2025
Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !
Moga Perak Terus Maju di bawah pimpinan MB Guru.
Daku terus berdoa agar Allah jadikan Perak Negeri yang adil dan sama rata dalam mengagihkan harta kekayaan Rakyat. Hidup bersama pemimpin2 yang beriman dan beramal soleh dan rajin solat malam. Rasulullah bertahajud demi meringan kerja 2 yang berat yang akan di kerjakan esok hari. TQ MB Perak dan ahli2 Exco semua. Jujur dan ikhlas tangga kejayaan. Tahniah.
Sabtu, 25 Mei 2024
Menu pagi kedua roti canaiku agak tak memenuhi diet hari ni...
Ini roti canai produk Frozen yang sedap berbanding yang lain2 roti canai. Pandai mereka buat . Bila kita dah masak dengan air fryer...Ianya sangat cantik berlapis macam roti canai yang kita beli...hihi...Dia antara satu2 frozen roti canai yang baik buatannya....Ini pendapatku la.
Roti canai Frozen yang terbaik teksturenya bagiku...hihi...
Pendapat orang lain belum tahu lagi...
Ini ialah telur hancur Scrambled Egg cara bapakku...Kami dari kecil di perkenalkan oleh pak scrambled egg ni untuk makan dgn roti canai...Pak ajar masaknya. Kena pandai masak ni jika nak hidang makanan Pak...hihi...Pak... Pak...
Caranya :
Pecahkan telur 1 biji...Kacau, masukkan lada hitam yg di tumbuk, letakkan satu sudu air, masukkan garam.Goreng bawang hingga garing masukkan campuran tadi kacau tutup api. angkat semasa suku masak...Jangan sampai dia keras ...Tutup api masa cairan masih lembut. Hmm...sedap untuk cicah roti canai...
Scrambled egg atau telur hancur...
Scrambled egg, mempelam dgn yogurt
dan susu segar..
Ini makanan pagi ku tadi...
Roti canai frozen sedapku...
Ini mempelam dengan yogurt buatan ku sendiri...
Dah 2 hari dah jadi perlu di peti aiskan...Paham ke
bahasa kampongku ini...hihi
Posted by Noraini...
Aamiin Ya Rabbku...
Khamis, 23 Mei 2024
Ya Allah, berikanlah yang terbaik menurutMu.
Syukur..Anis masih ingat Mak...Hari jadi mak ke ni?...Tah...Tak ada catatan..Lepas hari jadi Mak tu!