Sabtu, 18 April 2026

NASEHAT PERPISAHAN Pemakaman Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas _ Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

 

Thursday, 2 April 2026

NASEHAT PERPISAHAN Pemakaman Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas _ Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

 

Sunday, 1 March 2026

NASEHAT PERPISAHAN Pemakaman Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas _ Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

 

Friday, 10 April 2026

 


Gunakan Waktumu Sebelum Terlambat – Nasihat Penting Tentang Waktu

 

Monday, 13 October 2025

Gunakan Waktumu Sebelum Terlambat – Nasihat Penting Tentang Waktu


Hal2 yang akan kita gunakan dalam perkara yang bermanafaat.
Allah berfirman"  Berapa Tahunkah kamu tinggal di bumi?  Kata Allah:   Setengah hari atau satu hari berbanding akhirat 
Iman Al jauhari berkata ..Jangan di abaikan satu minit pon waktu kamu...
Antum menunggu bas berzikirlah kepada Allah...kita bawa mobil...zikir kepada Allah...baca Quran..kesempatan  kita abaikan,.

  Ketahuilah kesibukan dunia ini bagi orang beriman " Penjara" dan Syorga bagi orang kafir"   Biarkan mereka di agan- agan kosongkan(orang kafir)  Tujuan kita orang beriman satu " Masuk syurga.  berjuang bagaimana  untuk masuk syurga"  Sukses yang Abadi:  "AKHIRAT"

MAKA NYA ORANG2 KAFIR, FASIK ,MUNAFIK MENYESAL BILA MASUK KUBUR...:  ALLAH BERFIRMAN"  DEMIKIANLAH KEADAAN ORANG KAFIR ...YA TUHANKU KEMBALILAH AKU KE DUANIA AGAR AKU BOLEH BERBUAT IBADAH"  TIDAK ADA MANFAATNYA LAGI.   MELAKUKAN AMAL SOLEH SEKARANG.   Orang kafir akan kekal ke dalam Neraka selama2nya.

Nabi bersabda:  Ada 2 nikmat manusia tertipu...Waktu sihat dan waktu terluang....
Siapa yang beroleh itu mestilah bersyukur .  Taufiq yang tidak tertipu itu adalah orang yang melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhkan larangannya. ( Taat kepada Allah)  Buat haji/umrah tolong sahabat dgn sedekah) 

Apa syukur itu?
Melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya..
Keluarkan zakatnya, digunakan untuk ibadat..gunakan mengerjakan haji, gunakan untuk menginfak kepada keluarga terdekat dan infak kepada orang2 miskin.
 Satu hari kita akan sakit sebagai manusia..maka gunakan waktu sihat untuk ibadat kepada Allah...perumpamaan Rasullullah.. Kesihatan dan waktu luang adalah amal..Gunakan dengan sebaik2nya untuk ibadat kepada Allah.

Sadar dengan pentingnya waktu
"Nabi bersabda:  Jadilah kamu dunia seperti orang asing...apabila engkau berada waktu sore jangan di tunggu waktu pagi...

Kata Rasullullah:  
1) Hendaklah kamu jadikan dunia orang asing atau org dlm perjalanan...Tempat asal kita ...Adam itu di syurga...Adam itu dari syurga yang Abadi...kemudian dibuka bumi ini, manusia adalah org asing di muka bumi ini...
Kita akan pulang selesai kerja kita akan segera kembali ketempat asal penciptaan manusia..syurga

2) Kita ini Musafir yang menuju kepada Allah..menuju akhirat...Musafir dlm perjalanan tidak membawa barangan dunia yang kita bawa ketakwaan dan amal soleh..Takwa bekal terbaik kita...ketaatan dan amal soleh..

Nabi kata:  Aku tidak berhasrat dengan dunia.  Aku dgn dunia bagai orang yang akan berteduh di bawah pohon dan aku akan tinggalkan...bergerak kembali kepada Allah..

3) Hendaklah kamu sadar pasti menjadi penghuni kubur..Kematian itu pasti .   Pertanyaan alam barzah pasti..pertanyaan kubur pasti..titian siraj pasti,,,semua kita milik Allah dan kita akan kembali kepada Allah.Kita milik Allah dan pasti akan kembali kpd Allah.

Ibn Umar memahami hadith ini: 
Bila kamu berda di waktu sore jangan tunggu waktu pagi...kerjakan zikir sore, doa sore...murajohah..baca Quran..jangan tunggu pagi. Guna kan sehatmu sebelum sakitnya.  Dan gunakan lapang mu sebelum sempit...sore,,,

Imam Bukhari ..bangun malam baca lagi...berterusan hingga pagi...menghafal hadith dan menulis hadith...

Imam Nawawi...hendaklah kita menuntut Ilmu baik malam atau siang.  Malam  kecuali sedikit saja masa makan dan urusan lain yang lain2 menuntut ilmu ..Imam Nawawi umur nya 45 tahun dan menulis buku hingga 100 lebih jilid.  Beliau tak pernah kahwin. 

Menggunakan waktu dengan sebaik2nya: Pesan Nabi.

 Nabi kata...Masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit , waktu luang sebelum padat, hidupmu sebelum mati.  Jangan tunda2 lagi...

Diantara keislaman seseorang ialah  meninggalkan apa yang tidak bermanafaat baginya.

 

Saturday, 17 August 2024

Hujan dan air mata


 Ini laguku... 

 

Thursday, 26 February 2026

ADA TAK DOA BUKA PUASA,,,,

Rabbku Permudahkanlah Perjalanan Kami Nanti. Aamiin.

  Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.


Daku kena bersihkan Blogku ini agar dapat aku tinggalkannya  dlm 

keadaan bersih. Banyak dah yang daku clearkan...syukur sahabatku 

view sehingga  daku ketemu kepincangan di sana sini.  Syukur ia dapat

 daku bersihkan.  Terima kasih teman2. View anda menyelamatkanku..  

Banyak perkara dalam hidup ini kita perlu tinggalkan  sementara.  

 Tapi bayangkan jika kita terpaksa  tinggalkan buat  selama2nya !

Bagaimana?   MaasyaaAllah moga Allah bantu daku  dalam 

menguruskan hidupku yang belum sempurna ini untuk menemui-Nya.

 Moga  sahabat2ku semua  terus melayari   Blogku ini agar daku dapatlah

 sedikit pahala untuk bekalan akhiratku.


  Daku percaya...bila mendengar ceramah ustaz kita akan merasa damai. 

  Bagi pelawat dari luar negara...moga2 mereka  dapat menambah Ilmu 

Agama  dan mudah membuat pencarian lantaran  video2 yg daku

 letakkan ini  merangkumi berbagai  topik dan permasaalah Agama. 

 Andaikata,  bukan Islam  yang melihatnya pula harapanku  agar 

mereka  dapat  mengenali Islam dgn lebih  dekat lagi.  

InsyaaAllah.    Rabbku... berilah Taufiq-Mu dan Hidayah-Mu kepada

 yang membaca dan yg mendengar Ceramah di sini.  Aamiin..

Ya Rabbal a'alamin.


Moga tiada lagi cerita2  laghoku ada disini.  Moga daku

 dapat  uruskan lagi selepas ini.  Ya Rabb jadilan kepulanganku

 menyeronokkan  keluargaku.  Daku tahu ada yang merindui 

 kami dan kami merindui mereka.    Anugerahkanlah keselamatan

 kepada kami semua.    InsyaaAllah.   Selamatkanlah perjalanan kami.  

Moga tepatlah masa kami, bertolak dan  elakkanlah daripada 

berlaku perkara2 yang tidak diingini kepada kami.    Sehatkanlah 

 kami dan jauhkanlah daripada sebarang kesulitan baik kecil 

mahupon besar.   Tuhanku ...jadikanlah semingguku happy tanpa 

ada masaalah yang timbul .


Rabbku...Moga anakku  bertolak ke Perkampungan Sunnah dengan 

selamat.   Permudahkanlah perjalanannya. kesana.  Sehatkanlah 

dia agar dapat memandu dan sampai ke sana dengan selamat.

 Anugerahkanlah mereka kedamaian dalam menuntut ilmu 

dan ikhlaskanlah mereka kerana-Mu Tuhanku.  Sihatkanlah anakku, 

anak2  saudaraku serta cucu2 saudaraku.  Permudahkanlah urusan

 menuntut  Ilmu mereka .Aamiin....

KAMI BELUM BERTOLAK LAGI SBB KAMI TUNDA BESOK...MOGA KAMI SELAMAT.

 ASSALAMUALAIKUM.

KAMI BELUM BERTOLAK LAGI SEBAB ANIS MASIH  BERI TUISYEN KEPADA ANAK ALYA DAN AMBIL REHAT SEDIKIT  LAGI SEBELUM DRIVE.  MOGA  KAMI DAPAT BERTOLAK AWAL PAGI ESOK.  TAK APA .  MOGA SELESAI ANAK ALYA BELAJAR DAN MAK ANIS TENTU LETIH JIKA PULANG DARI PERKAMPUNGAN SUNAH NANTI.  DAKU TERUS DOAKAN ANIS SIHAT YA RABBKU.

KELMARIN ANIS MASIH BERI TUISYEN KEPADA ANAK LINDA.   SYUKUR.  HARI INI DAKU DIBERITAHU lINDA AKAN JALANI OPERATION.  LINDA DAPAT SAKIT" SLIPPE DISK"DAKU DAPAT TAHU SEBAB KELMARIN SAMPAI BUAH TANGAN  DARI ADIK INDONESIAN YANG HANTAR " CUCUR JAWA"  KEPADAKU DAN ANIS.  MAASYAAALAH ...DAKU DOAKAN LINDA AGAR SELAMAT DALAM OPERASINYA HARI INI.  SAHABAT MARI KITA TOLONG DOAKAN LINDA SELAMAT.  SEMALAM LINDA DAH PUASA DAN HARI INI LINDA AKAN DI OPERATE DI KLINIK SWASTA.  YARABB ,...SELAMATKAN LAH LINDA MOGA BERJAYA LINDA DALAM OPERATIONS INI, HARI INI.   AAMIIN.  LINDA ADALAH KAWAN BAIK ANIS DISINI.

ANAK LINDA YANG BERSEKOLAH DI  SEKOLAH BERASRAMA PENUH PEREMPUAN DI BANDAR ENSTEK, SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN.(KOLEJ TENGKU KURSIAH.)  MASIH LAGI MINTA ANIS MENGAJAR  ONLINE .  ANAK LINDA INI SANGAT RAJIN KAKAK INI BILA DI RUMAHPON RAJIN SANGAT MEMASAK  MAKANAN MENOLONG LINDA DAN KADANG2 TOLONG BIBIK  DI DAPUR.  DAKU KAGUM DGN KERAJINAN NYA.   DAKU DAPATI KEBIASAAN NYA MURID KU YG BEGINI  SELALUNYA BERJAYA DGN CEMERLANG DALAM PELAJARAN.  MOGA DIA TERUS BERJAYA DALAM PELAJARANNYA.

TADI CALL BAH.  BAH BARU BALIK DARI PASAR. HMM BAH BELI IKAN YANG DKU BOLEH MAKAN ..HIHI.  RINDUNYA MAKANAN YANG BAH MASAK.  BAH SANGAT PANDAI MASAK. SYUKUR.  BAH NAKBUAT PAJERI TERUNG.  WAAA  DAKU SUKA JUGAK PAJERI TERUNG.  BAH KATA BAH JUGAK BELI DAUN SELASIH.  JIKA ADA MASA BAH AKAN BUAT "LAKSA SIAM"  SEDAPNYA ...LAKSA SIAM BAH SEDAP SANGAT.  JIKA ANIS BALIK BAH SELALU BUAT LAKSA SIAM.  

MALAM SEMALAM ANAKANDA HAIKAL DAH MULA TIDUR DI RUMAH BARU (SEWAANNYA)  MOGA HAIKAL SERONOK DI RUMAH SEWANYA.  SYUKUR YA RABB.  MOGA DAPAT MEMBERI KESELESAAN  ANAK YANG BARU BEKERJA ITU.  HAIKAL SANGAT SUKA KERJA YANG DIA JAWAT SEKARANG.  SYUKUR YA RABB.

DAH PANJANG DAH DAKU TULIS .  CUKUP DULU UNTUK HARI NI.  

WASSALLAM.




 

Apa. Khabar..