Rabu, 3 Julai 2013

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN





AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN. Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.” Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa. Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~

Share Shafiqolbu agar menjadi manfaat buat semua...

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD . Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal. Doa dimakbulkan Allah. Memperolehi ketenangan jiwa. Merasai diri hampir kepada Allah SWT. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan. Mencegah dosa dan menghindari penyakit. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim. . . Memudahkan Bangun Solat Malam . Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang. Membaca ayat-ayat Al-Quran. . Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.) . وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه . By; shafiqolbu

Khamis, 4 April 2013

Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Assalamualaikum. Susahnya kerana semuanya dengan cubajaya. Alhamdulillah selamat. Layarilah http://www.latihanmaths.com Semoga pelanggan eBook mendapat manfaat daripada ebook ini. Sebenarnya jika ada usaha ...disitu tentulah ada jalannya. Gembira kerana ada yang telah berjaya dengan SPMN saya. Asas perlu kukuh barulah segalanya menjadi mudah. Selamat berjaya pengguna SPMN semua. Saya berdoa bagi kejayaan semua. Terima kasih.

Kitab Shalat

5. Kitab Shalat Bab 1. Permulaan azan ( HR.MUSLIM No:568 ) Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Dahulu, orang-orang Islam ketika tiba di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu salat. Tidak ada seorang pun yang menyeru untuk salat. Pada suatu hari mereka membicarakan hal itu. Sebagian mereka berkata: Gunakanlah lonceng seperti lonceng orang Kristen. Sebagian yang lain berkata: Gunakanlah terompet seperti terompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kalian tidak menyuruh seseorang agar berseru untuk salat? Rasulullah saw. bersabda: Hai Bilal, bangunlah dan serulah untuk salat. Bab 2. Perintah menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamat ( HR.MUSLIM No:569 ) Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Bilal diperintahkan agar menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamat. Bab 3. Sunat menunjuk dua orang muazin untuk satu mesjid ( HR.MUSLIM No:573 ) Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. mempunyai dua muazin, Bilal dan Ibnu Ummu Maktum yang buta. Bab 4. Sunat membaca seperti yang dikumandangkan muazin bagi yang mendengar azan kemudian membaca selawat untuk Nabi saw. dan memohon wasilah untuknya ( HR.MUSLIM No:576 ) Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau mendengar azan, maka bacalah seperti yang dikumandangkan muazin. Bab 5. Keutamaan azan dan larinya setan ketika mendengar azan ( HR.MUSLIM No:582 ) Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., Beliau bersabda: Sesungguhnya setan, apabila mendengar azan untuk salat, ia berlari sambil terkentut-kentut sampai tidak mendengarnya lagi. Ketika azan telah berhenti, ia kembali menghasut. Apabila mendengar iqamat, ia pergi sampai tidak mendengarnya. Ketika iqamat telah berhenti, ia kembali menghasut lagi.

Selasa, 2 April 2013

Hai apa khabar...




Assalamualaikum.
Hai apa khabar...

Hari ini hujan turun.   Syukur Ya Rabb

Aku teringat lagu Sudirman.

Hai apa khabar?

Hai apa khabar?
Sudah lama tidak bersua... Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua.

Selasa, 8 Januari 2013

Wasiat Rasullullah kepada Abu Dzar


WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilandari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )
Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gab enor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untukdiperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|
2

Imam Ghazali. : Kualiti Puasa,

  Ahad, 10 Disember 2023 Imam Ghazali. : Kualiti Puasa Penyampai:Hajjah Norhafizah.  Imam Ghazali kata ada enam perkara untuk tolong kita pu...