Ahad, 4 Oktober 2026

Jumaat, 31 Julai 2026

 

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 110 – 113 (Jangan tuduh orang lain)

Ayat 110: Ini adalah targhib (motivasi) kepada taubat. Allah suruh mereka yang telah melakukan kesalahan itu supaya bertaubat.

مَن يَعمَل سوءًا أَو يَظلِم نَفسَهُ ثُمَّ يَستَغفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفورًا رَّحيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever does a wrong or wrongs himself but then seeks forgiveness of Allāh will find Allāh Forgiving and Merciful.

MALAY

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

مَن يَعمَل سوءًا

Dan sesiapa yang melakukan dosa besar

Lafaz سوءًا merujuk kepada perkara yang buruk, ianya memang buruk kepada orang kafir pun. Tak perlu jadi orang Islam pun sudah tahu ianya adalah perkara buruk.

 

أَو يَظلِم نَفسَهُ

atau menganiaya dirinya sendiri 

Iaitu membawa dosa kecil. Kerana dosa kecil ini walaupun bukan dosa besar tapi akan menyusahkan diri kita nanti. Kerana ia akan ditimbang dan akan menjadi berat di akhirat kelak.

 

ثُمَّ يَستَغفِرِ اللَّهَ

kemudian dia memohon ampun kepada Allah, 

Ada manusia yang selepas buat dosa besar atau kecil, dia sedar kesalahannya dan kemudian dia minta ampun. Iaitu dia minta ampun dengan penuh keikhlasan.

 

يَجِدِ اللَّهَ غَفورًا رَّحيمًا

nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah akan maafkan dosanya itu. Kerana Allah Maha Pengampun dan suka untuk mengampunkan dosa manusia. Tapi kenalah tahu syarat ampun diterima oleh Allah:

1. Rasa bersalah dan malu dengan kesalahan yang telah dilakukan
2. Terus meninggalkan dosa itu
3. Berazam untuk tidak melakukannya lagi di masa hadapan

Kecuali kalau dosa itu ada sangkut paut dengan manusia, maka kena pulangkan balik (kalau curi barang) dan minta maaf kepada orang yang terlibat.

Dan kalau ianya adalah berkenaan kesalahan Hudud, maka hukum Hudud kena dijalankan. Cuma negara kita sekarang tidak diamalkan hukum hudud maka syarat ini tidak terpakai.


 

Ayat 111:

وَمَن يَكسِب إِثمًا فَإِنَّما يَكسِبُهُ عَلىٰ نَفسِهِ ۚ وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever earns [i.e., commits] a sin only earns it against himself. And Allāh is ever Knowing and Wise.

MALAY

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

وَمَن يَكسِب إِثمًا فَإِنَّما يَكسِبُهُ عَلىٰ نَفسِهِ

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya bala akan menimpa dirinya sendiri.

Dosa itu akan jadi musibah yang akan menimpa orang itu sendiri. Ia tidak melibatkan orang lain. Tidak boleh dia nak salahkan orang lain atau dia nak beri dosa itu kepada orang lain.

Ayat ini semakna dengan ayat yang lain, yaitu firman-Nya:

وَلا تَزِرُ وازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرى

dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. (Al-An’am: 164)

 

وَكانَ اللَّهُ عَليمًا حَكيمًا

Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan. Maka Allah layak nak kenakan apa-apa hukuman kepada kita.

Dan Dia Maha Bijaksana dalam menghukum. Kadangkala Allah beri tangguh tanpa terus memberi azab kepada kita kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk bertaubat.

Kalaulah Allah terus azab kita setelah kita melakukan dosa, maka tentu kita telah lama susah ditimpa azab bertimpa-timpa dari dulu lagi.


 

Ayat 112: 

وَمَن يَكسِب خَطيئَةً أَو إِثمًا ثُمَّ يَرمِ بِهِ بَريئًا فَقَدِ احتَمَلَ بُهتٰنًا وَإِثمًا مُّبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But whoever earns an offense or a sin and then blames it on an innocent [person] has taken upon himself a slander and manifest sin.

MALAY

Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.

 

وَمَن يَكسِب خَطيئَةً أَو إِثمًا

Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa,

Sesiapa yang buat dosa kecil atau dosa besar. Lafaz خَطيئَةً boleh bermaksud kesilapan yang tidak sengaja dan إِثمًا adalah dosa yang sengaja dilakukan.

 

ثُمَّ يَرمِ بِهِ بَريئًا

kemudian dia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, 

Sudahlah buat dosa, tapi tuduh orang lain yang tidak bersalah pula. Kalau begitu, dia telah melakukan dosa yang berganda. Seperti yang dilakukan oleh Bani Ubairiq, ketika dia melemparkan tuduhan perbuatan jahatnya kepada orang lain yang dikenal saleh, yaitu Labid ibnu Sahl, sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis sebelum ini.

Atau kalau dia telah melakukan kesilapan, asalnya tidak berdosa; tetapi jikalau dia menyalahkan orang lain, maka itulah yang dosanya. Ada orang yang susah untuk mengaku buat kesalahan, maka mereka akan tuduh orang lain. Padahal asalnya kesalahan itu tidak besar mana pun.

Oleh itu, kita kena ajar anak kita supaya berani menanggung kesalahan yang dilakukan sendiri. Ada anak-anak yang tidak mengaku walaupun mereka telah melakukan kesilapan.

Kadang-kadang mereka menuduh orang lain kerana mereka takut mereka akan dimarahi oleh kita. Kita kena ajar mereka untuk tidak buat begitu. Kena ajar mereka untuk berani menerima tanggungjawab di atas kesalahan mereka.

 

فَقَدِ احتَمَلَ بُهتٰنًا

maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta, 

Di akhirat nanti, dia akan pikul kesalahan besar itu. Dia akan pikul di belakangnya dan dia kena bawa kesalahan yang amat besar itu.

Di akhirat nanti, segala dosa kita akan menjelma menjadi sesuatu yang nampak dan ada beratnya. Sekarang sahaja yang kita tidak nampak, tapi ia akan menjelma di akhirat kelak.

 

وَإِثمًا مُّبينًا

dan melakukan dosa yang amat nyata.

Mereka telah melakukan dosa yang jelas, tapi mereka sahaja yang tidak perasan kerana mereka tidak kisah dan tidak hiraukan. Mereka tidak memikirkan bahawa mereka kena tanggung di akhirat kelak.

Habis Ruku’ ke 16 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 113: 

وَلَولا فَضلُ اللهِ عَلَيكَ وَرَحمَتُهُ لَهَمَّت طّائِفَةٌ مِّنهُم أَن يُضِلّوكَ وَما يُضِلّونَ إِلّا أَنفُسَهُم ۖ وَما يَضُرّونَكَ مِن شَيءٍ ۚ وَأَنزَلَ اللَّهُ عَلَيكَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَكَ ما لَم تَكُن تَعلَمُ ۚ وَكانَ فَضلُ اللهِ عَلَيكَ عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if it was not for the favor of Allāh upon you, [O Muḥammad], and His mercy, a group of them would have determined to mislead you. But they do not mislead except themselves, and they will not harm you at all. And Allāh has revealed to you the Book and wisdom and has taught you that which you did not know. And ever has the favor of Allāh upon you been great.

MALAY

Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepadamu amatlah besar.

 

وَلَولا فَضلُ اللهِ عَلَيكَ وَرَحمَتُهُ

Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), 

Kalau tidak kerana Allah, tentulah golongan munafik itu telah berjaya menyesatkan Nabi Muhammad ﷺ. Kalaulah Nabi buat keputusan yang menyalahi syariat, itu adalah kesalahan yang nyata.

 

لَهَمَّت طّائِفَةٌ مِّنهُم أَن يُضِلّوكَ

berkeinginan sungguh segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, 

Segolongan puak Munafik itu hendak menyebabkan Nabi membuat keputusan yang salah.

 

وَما يُضِلّونَ إِلّا أَنفُسَهُم

padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri;

Tapi keinginan mereka tidak berjaya. Mereka nak kenakan Nabi Muhammad ﷺ tapi mereka yang kena kesan yang buruk kepada diri mereka sendiri.

Ayat ini juga terpakai kepada para hakim. Mereka hanya boleh buat keputusan berdasarkan bukti dan hujah yang mereka terima. Jadi kalau mereka tersalah buat keputusan, mereka tidak berdosa. Yang berdosa adalah mereka yang menipu.

 

وَما يَضُرّونَكَ مِن شَيءٍ

dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; 

Mereka tidak dapat memudaratkan baginda kerana Allah taala jaga Nabi dari melakukan tindakan salah kerana Nabi adalah neraca wahyu.

Kalaulah baginda buat salah, nanti manusia yang datang kemudian akan jadikan itu sebagai contoh amalan pula. Maka kerana itu perbuatan baginda dipelihara.

 

وَأَنزَلَ اللَّهُ عَلَيكَ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ

dan Allah telah menurunkan kepadamu Kitab serta Hikmah

Kitab yang dimaksudkan adalah Qur’an dan Hikmah itu adalah kefahaman mendalam kepada Qur’an.

Maknanya Allah bukan sahaja wahyukan Qur’an kepada baginda tetapi Allah ilhamkan juga kepada baginda bagaimana mengamalkan Qur’an itu. Maka kerana itu ulamak mengatakan yang hadis juga adalah ‘wahyu’ tapi ia bukan dalam kata-kata Allah, tapi dengan lafaz Nabi Muhammad ﷺ.

Maka kalau kita nak amalkan Qur’an hendaklah kita ambil ajaran dari baginda ﷺ. Kerana itu kena belajar hadis dan Sunnah. Kerana kalau tidak, kita tidak tahu nak amalkan Qur’an bagaimana.

 

وَعَلَّمَكَ ما لَم تَكُن تَعلَمُ

dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. 

Banyak perkara yang Nabi Muhammad ﷺ tidak tahu melainkan diturunkan wahyu kepada baginda. Termasuk kes yang terjadi pada waktu itu. Ini mengajar kita bahawa sumber ilmu baginda adalah dari Allah.

Ilmu Nabi Muhammad ﷺ hanyalah setakat yang Allah berikan kepada baginda sahaja. Jadi ini menolak fahaman manusia sesat yang kata Nabi Muhammad ﷺ tahu semua perkara ghaib. Ini adalah mustahil. Cuma kita boleh katakan yang ilmu yang diberikan kepada baginda itu lebih dari orang lain.

  

Sabtu, 7 Jun 2025

Julio Iglesias Never Never Never with Lyrics

Sabtu, 7 September 2024

One Moment In Time - Whitney Houston - With Lyrics - Lirik Terjemahan In...

 

Jumaat, 24 Oktober 2025

PENGAJARAN DARI SURAH AL-MAUN

 

aturday, August 30, 2025

Sabtu, 12 Julai 2025

Kenangan Lalu

Isnin, 23 Februari 2026

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

 UPDATE 23/2/26  BERSAMAAN 6 RAMADHAN 1447 H

 18/2/26 BERSAMAAN 30 SYAABAN 1447 H

November 8, 2025


Wuduq tidak boleh berlebihan tapi sempurna.  (Ratakan wuduq)

Mengadap Kiblat...Jihah kiblah...Arah kiblat.

Takbir..."AllahhuaAkbar"  (Allah yang Maha Besar)

Baca apa yg mudah dpd Al Quran. (Mana yang wajib sahaja nabi sebut) Suratul Fatihah.

Hadith sebab Nabi sabda kerana Solat yang salah, Nabi respond pada lelaki yg solat yg Nabi lihat) Nabi jawab salamnya dan Nabi kata Nabi suruh solat semula kerana kamu belum solat. (sampai 3 kali) 

Sabbabul hurur bil hadith Sebab mengapa haditah itu timbul

"Sempurnakan salam."(Assalamualaikumwarahmatullah)
Sunah bagi salam bila jumpa kembali.

Kemudian kamu roko'...yakni dgn baik
(ada tomakninah) 

Kemudian hendaklah kamu angkat sehingga kamu lurus berdiri. Belakangmu...

Kemudian kamu sujud (Dengan tomakninah)

Kemudian kamu bangun dan betul2 dalam antara 2 sujud (tomakninah)

Kemudian kamu sujud sehingga tomakninah dlm sujudmu

Kata para ulamak apabila tahu apa yang salah maka jika masa masih ada perlu solat kembali.   Jika yang lalu   maka Allah ampun yang lepas.  Allah maafkan.

 Tegur terus jangan tangguh2...bisik pelan2...kadang2 orang tak perasan 

Nabi mengajar para sahabah ...Hal2 yang lain ..maknanya lelaki ini telah paham yg lain2nya.

Para ulamak khilaf pendapat...antaranya bacaan Fatihah.  Berdasrkan Jumhur Ulamak maka baca Fatihah di setiap rakkaat.

Solat Taubat...
Antara cara bila kamu membuat dosa dengan Allah maka Solat Sunat Taubat.

Jika ada dosa mengambil harta orang perlu pulangkan kembali hak orang lain.

 

Ahad, 28 Jun 2026

 

Khamis, 26 Februari 2026

Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. (Ceramah Ustaz Muein)

  Update 728/6/26 Bersamaan 12 MUHARRAM 1448 HIJRAH ,BB BANGI

UPDATE  26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.

Tuesday, 6 January 2026

Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. (Ceramah Ustaz Muein)

  Update 7/1/26 Bersamaan 17 Rejab 1447,Bangi

Rabu, 28 Mei 2025

Marilah kita bersama mendalami Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Ya Rabb...".Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulullah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya umahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka Kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyu halazi ku an fusikum waahli naaraa.  Waku yuhanna wal hijarrah"

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...

Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa jaga dia tak jaga Allah,  dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah.  Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bunuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab Allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila tapi di akhirat bila dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anak di selamat dari neraka...dia akan jumpa anaknya dalam syurga.  Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala tanpa jihad.  Kita nak Allah sayang  kepada kita...Allah bukan bagi duit tapi Allah bagi pahala sabar...Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak...bila mati...dia mintak balik kedunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan Allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW...yang membawa maksud:   Nabi kata ..."Bila llah sayang pada seseorang , Allah uji ..apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya ...Bila Allah sayang , Allah bagi susah.  bukan Allah sayang , Allah bagi duit.  bukan Allah sayang Allah bagi sihat tak.....Allah bagi susah sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah, bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran.  Jika kita tak dapat redho Allah,  maka  ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit ini, dan Allah datangkan kita semua dari jauh tandanya Allah sayang.   Kalau Allah sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat...Wahai malaikat Kau sayang pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan...Si Fulan ...maka malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.

Khamis, 7 Mac 2024

Tempura kreatif cara kita...

Tempura cara baru.  Bila nak makan juga tempura tetapi bahan asas utama(telor) tak ada, makanya kenalah cari jalan  bagaimana nak buat agar terhasil tempura.
Pikir punya pikir dapat idea, tepong letak susu dan sedikit santan dan bancuh....Alhamdulillah jadi. Celup dengan sayur dan goreng.  Hari ini sayurnya adalah brokoli,lobak merah, cendawan jari,dan bendi.  Sedap macam biasa.
Setelah terhasil maka hantar gambar ini kepada Cik Gu tempura saya, Puan Kham Siah Hindon yang dok Jepun 4 Tahun yang sangat2 mahir buat tempura tu...Macam mana?
Apa komen kak Hindon...hihi...


Lihat...Apa komen Kak Hindon tentang Tempura ini.  Rupa2nya Kak Hindon jugak dah reka cara baru without telor..tempuranya.  Lihat..
Guna tepong gandum sama sukatan tepong jagung bubuh minyak sikit, bancuh dengan air di celup sayur dan di goreng, hasilnya rangup dan sedap jugak...
Hihi...Sedap nampak masakan hang...
InsyaaAllah...sedap
Ku pikir2, betul jugak sebab bila diletakkan minyak maka akan menjadi rangup bila celupan sayur itu di goreng...Pandai kakakku reka.
Kelas gitu...hihi...

Seterusnya hantar pada  adik iparku Habibah@Fancy Yassin...yang expert masakan2 Siam.  Hebat Bah ni sebab masakan Siam apa yg dia tak tahu....hihi Semua tahu masak...
"Wow sedapnya...Itu komen Bah...Siap dengan rindu masakan mak cik...
Ha ha bila pulak boleh main masak2 kat Lenggong tu...Daku pon Rindu masakan adik Iparku.  Paling sedap Laksa Siam Bah...Rendang Siam Bah, Phat Phit Bah, Som Tam Bah dan Paprit Bah...sedapnya...Tu bila Abg Halid dah pergi...tak ada dah yang request Bah buat Nasi Ulam dah.....Sedehnya....






 

Selasa, 9 Julai 2024

Calum Scott - You Are The Reason (Official Video)