Sabtu, 1 Ogos 2026


 


 



Cantik kan gadis ini.  Tentu anak2 gadis sahabat semua cabtik, dibentuk Allah sesempurna ini.   Bertuahnya mereka yg masih punya anak gadis.  Bila kita lihat mereka ,kita akan mengagumi ciptaan Illahi.  Kagum sungguh kan.!  Suka Tengok. Rabbku   Kaulah Segalanya.

 

DENGARLAH GEMALA HATI 1.26pm.

Lama dah hati ini tak berirama..Selamat Mendengar..Tq

Ahad, 29 Mac 2026

DENGARLAH GEMALA HATI 9.12am

Saturday, 28 March 2026

DENGARLAH GEMALA HATI 8.10AM

 DENGARLAH GEMALA HATI    8.10AM

Monday, 23 March 2026

 

 

Selasa, 17 Mac 2026

Syukur Alhamdulillah PC saya dah dapat

  Assalamualaikum sahabat.

Syukur Alhamdulillah PC saya dah dapat dan ianya memudahkan lagi kerja saya memuatlah maklumat2 Agama disini.  Syukur berkat doa kita bersama.   Bila saya perhatikan dripada profail saya saya dapati hanya satu sahaja"Blog"saya yang boleh di lihat.  Entah kenapa dia jadi macam tu . Hanya Blog yang boleh kita view hanya  " Bahasa Arab 4 U"   hihi ...Blog ni ...hanya untuk saya .  Tak sempat nak murnikan.

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat yang masih sudi datang dan saya rasa gembira dan syukur kerana ada juga sahabat yang boleh masuk ke Blog2 saya  yang lain.  Syukur saya.  Saya janji akan cuba letakkan banyak lagi Ceramah Ustaz untuk kita Pelajari Bersama.  

Ya .  Untuk pengetahuan sahabat saya tidak letakkan iklan2 pada Blog saya kerana saya hanya mahu sahabat2 datang dengar ceramah dan ustazah dgn mudah, tanpa gangguan.  Kalau dulu ada iklan2 di sini dah saya keluarkan iklan2 itu.   Ia boleh di siar setelah kita monitized.  Saya juga ada Ad Sense yang berusia puluhan  tahun.  Tapi itu tak perlu saya hanya perlu tuan2 /saudara saudari  datang untuk dengar ceramah ustaz.  Moga kita semua mendapat manafaat disini.   Saya gembira sangat.  

Sempena menyambut hari Raya Aidilfitri ini saya ingin mengucapkan selamat Hatri Raya kepada sahabat semua.  Semoga sahabat semua bergembira berhariraya bersama keluarga sahabat tercinta.   Saya juga berdoa agar kita semua dapat mengimarahkan Ramadhan kita dengan jayanya.  Semoga kita semua dapat meraih malam Lailatuqadar bersama.  Itu saya.

Sahabat ...Tak lupa juga disini saya ingin memohon maaf atas kesalahan saya di Ramadhan ini.   Maafkan saya. Moga sahabat sudi memaafkan saya.   Dan ini pesan saya,  Seandainya  saya dah tiada, sahabat semua datanglah juga mencari topik2 Ceramah ustaz untuk di ulangkaji dan didengar di sini.

Terima kasih.

Moga Kita semua dalam Rahmat Allah

" Inni muhibbukum fillah" 

" Saya sayang anda kerana Allah" 

 

Jumaat, 29 Ogos 2025

Sakaratul maut.

 

Sakaratul maut,

 


Sesiapa yang sentiasa teringat membaca doa ini adalah sengaja di anugerahkan Allah untuk itu..  

Baca ayat ini selalu.  Buat kita semua.

"Ya muqallibalqulub sabbitqal bi ala dinik."

 

Rabu, 25 Februari 2026

Tanda2 kecil kiamat

 

Tanda2 kecil kiamat

 


1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zamanmereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dansungai-sungai.” – Sahih Muslim

TANDA-TANDA KIAMAT BESAR

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

• Asap

• Dajjal

• Binatang melata di bumi

• Terbitnya matahari sebelah barat

• Turunnya Nabi Isa A.S

• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

• Gerhana di timur

• Gerhana di barat

• Gerhana di jazirah Arab

• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”