Ahad, 21 Jun 2026



 

INSPIRASI HARIAN

 


 

Selasa, 4 Jun 2024

DrMAZA-Keanjaiban hidup dgn zikir...

 

Sabtu, 29 Mac 2025

Semoga Dimakbulkan Allah SWT.

 Checklist doa2 Untuk 10 Malam Terakhir.

Semoga Dimakbulkan Allah SWT.


Bahagian 1: Pengampunan Dosa.

1. Ya Allah, ampuni lah dosa kami.

2. Ya Allah, ampuni dosa ibubapa kami.

3. Ya Allah, ampuni dosa pasangan kami.

4. Ya Allah, ampuni dosa anak-anak kami.

5. Ya Allah, ampunilah dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik kami).

6. Ya Allah, ampunilah dosa guru-guru/para ustaz dan ustazah yang telah mendidik dan mengajar kami.

7. Ya Allah, ampunilah dosa Muslimin dan Muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia).


Bahagian 2: Keperluan Masa Kehidupan.


1. Ya Allah, kurniakanlah kpd kami rezeki yang berlipat ganda, halal lagi baik.

2. Ya Allah, berilah sakinah (ketenangan) dalam kehidupan keluarga kami.

3. Ya Allah, lindungi dan  perliharalah anak, menantu, cucu kami.

4. Ya Allah, kami memohon  rezeki yg  diberkati lagi halal.

5. Ya Allah, kami memohon  dijauhkan dari bala bencana, penyakit & musibah.

6. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk kami tanggung.

7. Ya Allah, kami memohon hati anak-anak yg aman dan tidak berpecah belah.

8. Ya Allah, kami memohon dikurniakan perasaan kasih sayang antara kaum Muslimin di seluruh dunia.

9. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari orang yang dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kami.


Bahagian 3: Urusan Ketika Kematian.


1. Ya Allah, kami memohon mati dalam husnul khotimah.

2. Ya Allah, kami memohon dijauhkan dari fitnah.

3. Ya Allah, kami memohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”.

4. Ya Allah, kami memohon utk mati sedang dalam beribadah.

5. Ya Allah, kami memohon mati pada keadaan yang baik, pada waktu yang baik, pada tempat yang baik dan dengan ucapan yang baik.


Bahagian 4: Alam Barzakh.


1. Ya Allah, kami memohon jadikan kubur kami nanti dari taman-taman syurga.

2. Ya Allah, kami memohon jangan jadikan kubur kami dari lubang api neraka.

3. Ya Allah, kami takut gelap. Terangkanlah kubur kami.

4. Ya Allah, kami takut sempit. Luaskanlah kubur kami.

5. Ya Allah, Engkau lapangkanlah kubur kami sejauh mata memandang. 

6. Ya Allah, kami memohon Engkau berikanlah rezeki pada kami di dalam kubur nanti.

7. Ya Allah, kami memohon Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat kedudukan kami di dalam syurga.

Bahagian 5: Ketika di Padang Mahsyar.

1. Ya Allah, selamatkanlah kami di Padang Mahsyar.
2. Ya Allah, kami memohon jadikan kami orang yang duduk dibawah perlindungan ArashMu.
3. Ya Allah, jangan Engkau seksa kami di Padang Mahsyar.
4. Ya Allah, kami memohon berikanlah suratan amal dari tangan kanan kami.
5. Ya Allah, kami memohon padamkan dosa-dosa kami di dalam kitab amal. Berikanlah kitab dari tangan kanan di hadapan kami.
6. Ya Allah, kami memohonjangan Engkau tunjuk/tayang dosa-dosa kami yang dulu kami lakukan di tayangan amal.
7. Ya Allah, kami memohon tutup dan lindungilah aib-aib kami, dosa-dosa kami dan kesilapan kami dulu.
8. Ya Allah, kami memohon  eratkan timbangan amal di sebelah kanan kami.
9. Ya Allah, kami memohon masukkan kami di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab.


Bahagian 6: Lintasan Titian Sirat.

1. Ya Allah, kami memohon permudahkanlah kami melintasi Titian Sirat.
2. Ya Allah, kami memohon jangan jatuhkan kami ke dalam lubang neraka ketika melintas Titian Sirat.
3. Ya Allah, kami memohon  tolonglah kami ketika melintas Titian Sirat.
4. Ya Allah, percepatkanlah kami melintas Titian Sirat sepantas kilat.


Bahagian 7: Masuk Syurga.

1. Ya Allah, kurniakan kami syurga FirdausMu.
2. Ya Allah, kami memohon bangkitkan kami bersama Nabi Muhammad ﷺ di syurga FirdausMu.
3. Ya Allah, kami memohon berilah kami dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ dan para Sahabat, para wali Allah, para syuhada dan orang-orang soleh.
4. Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka.

 

Ahad, 29 Disember 2024

TAPAQ KING IKAN BAKAR UNTUK MAKAN MALAM.


Makan malam di Tapaq King Ikan Bakar.


Banyak orang yang datang makan.  Penyediaan makannya agak cepat kerana mereka telah menyesiakan banyak2 tersusun dan kita hanya memilih sahaja apa jenis masakan yang kita mahu.


Cantik pada waktu malam dengan penchayaan yang baik.






Pilihan kita hari ini...Ikan Bakar. Sambal ikan Sotong goreng , Tumis Udang Petai,Sambal belacan Ulam ulaman, gorengan  kentang dan sos.telor masin. Minuman air asam kasturi asam boi.


Mak hanya makan sotong bakar telor masin, dan udang tumis...
Anis dan kakak kena habiskan ikan bakar yang besar tu.
una nampak begitu mengantuk sekali kerana letih sangat berenang. 


Bergambar sebelum makan.  Hmmm.




Huih...nasi banyaknya...Tak habis daku...


Anis ... Meh kita mula makan ...Una dah ngantuk sekali...



Kesian una yang mengantuk sangat...


Perah asam limau.  Anakku komen...Memang sedap ikan bakar kat Umbai lagi, dengan sambalnya.  Sambal kat Umbai lagi mengancam., masin manis dan masam.






 





Pantai Cermin dengan Mangrov...Tidak boleh diambil daun pokok, batu karang ataupon memancing ikan di sini.  Semuanya adalah under protected.



Bergambar di sini sebelum bergerak pergi mencari makan malam...hmmm.


Esok kita mandi lagi...Daku suka berenang.  Masa kecil anak kampong suka main air.


 

 

Perkara yg bisa buat hati bersih...

 

Khamis, 21 Mac 2024

AAM 2020; Panduan Solat WITIR, Cara Niat & Bacaan Selepasnya.