Rabu, 10 Disember 2025

Kata2 Hikmah


 

Kekuatan Doa..


 

Hari ni laksa anis buat...


Laksa daku mesti ada telur rebus... Baik dgn apa sahaja daku mesti gandingan dgn telur rebus.  Tak boleh tak ada..  Hihi


Anis punya laksa no telur rebus... Hihi... Daku baik mee rebus... Mi kari. Mee bandung... Wajib ada telur rebus.... 



Bila ada telur rebus baru daku rasa nak makan.  Jika mee kari ku tak ada telur rebus daku pi rebus telur... Sedap sgt.  Daku teringat jika makan laksa Kak Miimah kawan baik ku suka letak kicap... Daku trai jugak tapi tak masuk seleraku... Hihi... Moga rohnya sahabat baikku, dikumpulkan bersama org2 yg soleh


Sedap laksa ku... Anakku balik pejabat baru bikin. Hmm... Kesian... Dia... Sedap.. Ok. 





Daku kira macam peminat laksa juga la.  Makku gelar ku Putri Laksa.. Daku pulak kata bukan Putri Laksa... Daku kata Hantu Laksa... Hahaha. Makku sebut lembut sikit... Haha... Mak! mak! Eni rindu mak... Moga mak dikumpulkan bersama org2 yg soleh di sana... 

 

Doa khatam Al Quran

 

Doa khatam Al Quran

(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa.  Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami,  sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui.  Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani.   Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran.  Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya  sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran.

Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan 
Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci
Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

Baca 2 Ayat Ni Setiap Malam

 


Selasa, 19 Julai 2016

Baca 2 Ayat Ni Setiap Malam

Alhamdulillah !!! Baca 2 Ayat Ni Setiap Malam,Nescaya Allah Akan Lancarkan Rezekimu..  Baca Penuh Disini kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


 مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

#“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada malam hari, niscaya ia tercukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

#Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa SaidAl Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh AliAsy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahwa salah satu makna tercukupi dalam hadits ini adalah tercukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta terhindarkan dari semua keburukan.

#Hadits ini pula yang dicantumkan oleh Ibnu Katsir saat menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surat Al Baqarah ini dalam tafsirnya. Dua ayat terakhir dalam surat Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:
آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِا للَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ 

وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ
 
رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ


 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا 

تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى 

الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا 

وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an) dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”

#Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS. Al Baqarah: 285-286)

Wallahu a’lam

World Architecture in 1:25 Scale at Tobu World Square - Nikko, Japan 1/2

 

Sabtu, 5 Mac 2016

World Architecture in 1:25 Scale at Tobu World Square - Nikko, Japan 1/2




World Architecture in 1:25 Scale at Tobu World Square - Nikko, Japan 1/2



 Kami tak lepas peluang datang melihat apa ada di Tobu World Square,  Cantik bangunan2 yang mereka bina ini.


                                                 Perjalanan  ke "Tobu World Square" 


                                            " Bersama Nani dan Aini nak ke Tobu                      World Square"


Kamunting Sekolah Kedua Ditempatkan...SK Lenggong Sekolah Pertamaku.

 

Jumaat, 12 Ogos 2022.

       Sekolah Pertamaku, Sekolah Kebangsaan Lenggong.





Sekolah Keduaku adalah Sekolah Kebangsaan Kamunting. 

Sekolah Keduaku adalah Sekolah Kebangsaan Kamunting.   Disini aku ditempatkan .   Bila daku ditempatkan dimana2  sekolah daku mesti pastikan rumahku berhampiran dengan sekolah.   Daku  memang suka memastikan daku boleh sampai awal kesekolah.  Daku bimbang jika tinggal berjauhan dengan sekolah akan berlaku kelewatan kerana daku tak boleh lari dari menjaga diriku agar sihat dan tidak berlaku apa2 masaalah semasa hari persekolahan. Ini adalah kerana daku ditakdirkan mengidap asma....maasyaaAlah...aku redho.  

                 He! he!.... di sini ditakdirkan oleh Allah daku dapat menyewa sebuah banglo besar di luar pagar sekolah.   Bersama seorang anak perempuanku kami tinggal disini.Pada ketika itu anak perempuanku baru menuntut ilmu di Darjah 5.Pada masa ini daku berulang kesekolah dengan motosikal Yamahaku .   Sekolah kamunting ini bangunan penempatan murid darjah Lima agak jauh dari bangunan besar tiga tingkat.  Daku bermotosikal di dalam kawasan sekolah kerana daku asma kan..terdapat seorang lagi guru lelaki yg bermotosikal didalam kawasan sekolah..kiranya kami  guru yang tepat mengikut waktu masuk ke kelas...Sukar bagi sesiapa yang ingin mengatakan daku lambat masuk ke kelas atau tidak tepat waktu....Syukur takdir Allah sebenarnya...Baru ku sedari.

                   Di sini daku mula mengajar Tahu Enam bilamana seorang Guru berbangsa Cina yang Bernama Mr Loh akan melanjutkan Pelajaran ke Universiti.  Pada mulanya aku bukanlah dipilih oleh Guru Besar untuk mengajar Darjah Enam...hehe...kurang percaya agaknya...beliau menyuruh  Guru BM ngajar maths...ha ha ha...cari punya cari...akhirnya daku kena ngajar tahun 6 kerana  tiada guru maths ..Aku bersyukur kerana pada tahun pertama ni telah berjaya mencetuskan Prestasi A yang ramai di kelas pertama dan masih menghadiahkan A yang tak kurang ramai juga bagi murid di kelas kedua....Syukur...Bila aku terpilih untuk mendapat prestasi Cemerlang "perkataan GB ...Saya tidak mengenali Cikgu dulu daku jawab "Sayapon tidak mengenali Cikgu jugak dulu..Hihi kataku"   Hadiah Prestasi Cemerlang.Syukur...itulah cerita kejayaan kecilku di Sekolah Kebangsaan Kamunting.  Sebenarnya itu semua adalah anugerah dari Allah...baru ku sedari.  MaasyaaAllah

Disekolah inilah daku dilantik  menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri , Jurulatih Utama Sukatan Pelajaran dan Jurulatih Utama KOSM.  Akhirnya daku dapat tahu, bahawa Guru Besar itulah yang mencadangkan /mencalonkan nama kepada Pegawai dari JPN.  Sekali lagi aku sedari ...semua apa yang berlaku itu adalah dari Allah.

Setelah beberapa tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Kamunting daku terpilih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting Taiping.  Daku masih lagi menyewa di Taman berhampiran dengan sekolah....

Daku jumpa gambar2 kenangan dengan Kawanku dari Sekolah Kebangsaan  Taman Jana..Daku muatkan gambar di sini...Daku terpaksa juga pergi berceramah di Sekolah Batu Hampar apabila Guru Besar nya menjemput daku untuk perkenalkan SPMN kepada Guru2 Batu Hampar...Masa ini daku memang tak sihat daku sakit tetapi "GB Batu Bampar" minta juga sesiapa saja menyampaikan programku itu Sudah tentu lah tidak sama kerana ianya "Programku"...Jadi walaupon tak sihat daku hadir juga dan bertemankan dua adik Lelaki Sekolah Taman Janaku...Terima Kasih Wan dan Mat Nor. Tolong Drive.  Hihi Masa ini Kak Ani pakai "Wira Aeroback, Special Edishion"  Hijau...hihi ...Anda berdua bergilir drive...Dan Dari Batu hampar kami terus ke Telok Batik sebab dah dekat dan belanja adik2ku makan di kedai yang sangat popular masa tu di Telok Batik...Tq tq adik2ku bertiga...Kamu adalah kenanganku...

Ketiga  adik ini tolong menemaniku Ke Sekolah Batu Hampar Kerana daku memberi Ceramah SPMN dalam Program Panitia Matematik Larut Matang Dan Selama.

                                                         Lina dan Kak Ani


                                                 Adinda Wan dan Adinda Mat Nor...
                                                      Hai Lina...Rindunya kat Lina....

                                                 Ketiga adikku yang banyak membantuku...Terima kasih Lina , Mat Nor Dan Wan...Sukar bagi Kak Ani melupakan dikau semua...Kak Ani sayang sangat Kenangan ini... Moga Allah membalas Jasa Baik Adik2 kak Ani pada Kak Ani...

   

                                                                     Telok Batik




                     Cenderahati Yang Di Jual di Telok Batik


                       Cukup dahulu tentang kerjaya ...Meh cerita tentang  pertukaran sekolah ketiga saya.   Sekolah ini jika  nak masukpon mesti  mempunyai ciri2 terpilih...Ada beberapa  kategori yang di mahukan...dan aku juga termasuk dengan beberapa orang guru2 yang di pilih mengajar di sini... Aku bersyukur.   Bukan kerana hebat terpilih tapi terasa Allah yg pilih..Disini daku sekali lagi membeli rumah  keduaku di luar kawasan sekolah..hihi...Diluar pagar sekolah juga rumahku..Selesa...Tenang ...Damai....Daku orang pertama berpindah di taman ni...Dapat CF daku terus masuk.Pada masa daku berpindah disini anakku melanjutkan Pelajaran Ke Uniiversiti Malaysia Serawak. (UNIMAS)  Jurusan Pengurusan Sains Akuatik...Sebenarnya semua ini daku tulis sebagai Kenanganku.

 Cukuplah Kenanganku......

Aku akhirnya berpindah pula ke Kuala Lumpur...Shah Alam di Sekolah Kebangsaan  Seksyen 24, Shah Alam.   Sewa rumah yang berhampiran dengan sekolah juga.  Di sini daku bertemu pelbagai rakan...dan daku  bersara disini...Bye Bye...Guru....Selamat Tinggal Guru...

         



Apa. Khabar..