Jumaat, 28 November 2025

PELUANG UNTUK BERUBAH | KEISTIMEWAAN BULAN REJAB | Ustaz Ahmad Dusuki Ab...

 

PELUANG UNTUK BERUBAH | KEISTIMEWAAN BULAN REJAB | Ustaz Ahmad Dusuki Ab...

 

Sabtu, 18 Februari 2023


Yes...Rejab dah hampir tiba...Pada 22/12/25 ...Marhabban Ya Rajjab...

Yes...Rejab dah hampir tiba...Pada 22/12/25 ...Marhabban Ya Rajjab...

 


Assalamualaikum!

Bulan Rajjab bulan bercucuk tanam Bulan Saaban bulan Menyiram dan bulan Ramadhan menuai...Simboliknya...Pahala di Bulan Ramadhan.

Allah humma ba rik lana fi Rajjab,

Waba rik lana fi Syaaban,

Waba lighna Ramadhan

Kita telah tidak kekok bila datang bulan Perjuangan kita Ramadhan.
InsyaaAllah.


Yes...Rejab dah hampir tiba...Pada 22/12/25 ...Marhabban Ya Rajjab...

 

Wednesday, 6 August 2025

Bekal Terbaik Menjelang Ajal - Ustadz Ammi Nur Baits

Prof Dato Dr MAZA - Kadar Mana Kita Mengingati Allah, Kadar Itulah Allah...


Hadith Qudsi yang di riwayatkan oleh Imam Muslim.

"Aku bersama dgn sangkaan hambaku terhadapku" 

  Adakah yang menyebut nama Allah itu hebat dan benar2

 mengingati Allah?

Tapi Allah Azawajalla tahu berapa  kadar hebatnya kpd Allah.

Rapatnya nya hubungan kita dgn aAllah tak sama.

'Kamu ingat padaKU ...Daku ingat padaMU... Ingatan itu tidak sama.  
Kadar kita ingat Allah tidak sama.  

Allah sebut:  Jika dia ingat aku pada dirinya , Aku ingat dia pada diriku.

Ingat   ni ...ada bagai2 ingat...Sebesar mana ingatan itu...corak mana ingatan itu:

Sama kita berdoa...dalam apa keadaaan...Sama masa

bertasbih..beristighfar...Atau kita ingat Tuhan itu ..

dengan rasa CINTA.

3 Perkara jika dia ada kepadanya dia dapat kemanisan Iman?

Adakah kita ingat Allah yg garang dan kita takut pada Dia?.

Adakah kita ingat Allah dengan perasaan Cinta...?  yang kita

Sayang...sehingga kita Merasai Manis nya Iman

"Halawatul Iman"

Tuhan yg kita bangun pada masa Tahajud berdoa kpdNya dlm

 keadaan Takut dan Tamak...Mendapat Kasih Sayang Allah.

Adakah setiap sebutan itu Tuhan itu hadir...di hati kita???

Bila dia mendekati aku sejengkal Aku mendekatinya sehasta...

Jika dia mendekatiku sehasta......dan seterusnya."

Ini adalah muqaddimah dpd kehadiran Allah terhadap kita dlm

 keadaan bagaimana kita hadirkan diri kita kepadaNya.



Rabu, 26 November 2025

 


 



Sebahagian anti-islam memperlekehkan kekuasaan Allah s.w.t. Mereka beranggapan Allah bergantung kepada malaikat ketika menguruskan alam semesta

Selaku muslim, kita wajib beriman kepada malaikat-malaikat ciptaan Allah s.w.t. Malaikat ini pelbagai fungsinya diberi izin oleh Allah untuk melakukannya 

Antara malaikat yang terkenal ialah jibril ‘alaihisalam, pembawa wahyu kepada para nabi.Allah tidak memerlukan malaikat untuk membantunya kerana ia maha berkuasa atas segala sesuatu. Bahkan wahyu sendiri kekadang diberikan secara terus kepada para nabi dengan tanpa perantaan malaikat. Sebagai contoh, Musa a.s mempunyai keupayaan berkata-kata langsung dengan Allah s.w.t

Hikmah penciptaan malaikat yang boleh difikirkan ialah tugasan yang diberikan kepada mereka menunjukkan Allah sangat berkuasa hingga mampu mencipta makhluk  yang 100% taat padanya.

Al-Quran menyebutkan dalam surah at-Tahrim 66:6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (6)
Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.


Jika tidak diberikan tugasan, mana mungkin kita mengetahui yang malaikat ini taat kepada Allah 100%?

Maka tugasan yang diberikan dan ketaatan para malaikat merupakan bukti kekuasaan Allah s.w.t bukannya bukti kelemahan Allah s.w.t !!

Tidak seperti kita, bukan semua ciptaan kita  mampu taat 100% taat kepada kita.

Contohnya, jika kita mencipta pistol, dan apabila pistol itu jatuh ke tangan orang lain, kita tak mampu untuk mengarahkan pistol itu untuk tidak menembak kita

Bahkan banyak kes dimana ‘senjata makan tuan’. Kes ini tidak berlaku kepada Allah s.w.t

Hebatnya Allah, Dia menciptakan makhluk yang taat 100% padanya (malaikat), makhluk yang diberi pilihan seperti kita, dan juga makhluk yang mengingkarinya 100%( iblis).

Kepelbagaian ini menunjukkan Allah begitu hebat sehingga ia mencipta apa yang dikehendakinya dengan tanpa mencacatkan sifat ketuhanannya

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sabtu, 3 November 2012


ALLAH MENCIPTA MALAIKAT.
Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat.  Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."

Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."

Allah SAW berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"
                                                                                        (Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh anggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata,

" Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku"  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata

" Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram" Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

"Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."
Pertama pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal."

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat"

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ahad, 2 Disember 2012


Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

 Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar.

 Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

 Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

 Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. 

Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.

” Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia.

Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu.

Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

 Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat.

 Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~

JOM POSA...



Rabu, 19 November 2025

PERANAN IBU BAPA MELAHIRKAN PENDAKWAH


NABI TAHU DGN UNDANG2 MANUSIA, MANUSIA TAK MAMPU 
SEHINGGA TURUNNYA WAHYU BARU NABI MULA BERGERAK...SETELAH TURUNNYA WAHYU SAHAJA MAKA MANUSIA AKAN DAPAT DI PULIHKAN AKHLAKNYA.  NABI HANYA SAMPAIKAN AL QURAN SAHAJA KEPADA SAHABAT...
MANUSIA SAYANG KPD SAUDARANYA SEBAGAIMANA SAYANG KPD DIRINYA SENDIRI...

MAKSUDNYA
ALLAH YG TELAH MENGUTUSKAN GULUNGAN UMIYYIN (GOLONGAN JAHIL AGAMA)  
ALLAH MENGUTUSKAN RASUL DARI KALANGAN MEREKA SENDIRI...DAN NABI BACA AYAT2 ALLAH DGN MENYUCIKAN AQIDAH MEREKA ,JIWA MEREKA, AKLHLAK ZALIM KPD YG TERPUJI.

CARA NABI MERNGAJAR AKHIRNYA NABI MENGAJAR AL QURAN DAN AL SUNNAH.

 SUBJEK UTAMA ...AL QURAN DAN SUNNAH...

SEBAIK2 JENERASI ADALAH JENERASI AL QURAN DAN SUNNAH.  HANYA 23 TAHUN SAHAJA ,,,UMAR YG PALING BANYAK MENHABISKAN MASANYA TERHADAP AGAMA ALLAH.  ZAMAN NABI TIADA SEKOLAH..MAKA SEKARANG KITA JADIKAN PELAJARA DI SUMATRA BARAT INI...PELAJAR  AL QURAN DAN SUNNAH,

PENDIDIKAN KITA GAGAL DAN TAK MAMPU MEMBAIKI AKHLAK PELAJAR...HANYA AL QURAN DAN SUNNAH SAHAJA YANG MAMPU.

DAH BERLAKU...BERLAKU DI TEMPAT PENDIDIKAN KES PENCABULAN ROGOL DAN BUNUH MANUSIA...ALLAH MENUNJUKKAN HANYA WAHYU DPD ALLAH SAHAJA DAPAT MENGELAKKAN SIFAT TERCELA  MELAINKAN AL QURAN...

KAMI TURUNKAN AL QURRAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT MANUSIA MELAINKAN QAL QURAN DGN IZIN ALKLLAH...AL QURAN ADA SHIFAK ...MARILAH PENDIDIK BAIKILAH PELAJAR KITA YANG WAJIB DI PELAJARI BERMULA DPD KECIL...ALI BIN ABI TALIB MASUK ISLAM 10 TAHUN...MENUNJUKKAN AJAR AGAMA DPD KECIK ...

CAKAP TENTANG ISLAM DGN PENUH DALIL...SELEPAS BELAJAR MEREKA DAPAT MENJADI ENGINEAR, DOKTOR , LAWYER, GURU YANG HEBAT...DAN BIDANG2 YANG HEBAT...SEBAIK2 KAMU IALAH ORANG YG MENGAJAR AL QURAN DAN BELAJAR AL QURAN...
MASAALAH YG BERLAKU DLM MASYARAKAT KITA...JANGAN SALAHKAN SESIAPA JIKA BERLAKU SESUATU...MAKA BELAJARLAH AL QURAN AGAR DAPAT MEMBANTU KAMU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI...

PELAJAR TADABBUR 16 TAHUN 
DI SUMATERA BARAT.

SALMAN SIDDIQ 
16 TAHUN

OKTA MAZILA RAHMA
16 TAHUN.

UMAR.
16 TAHUN.

HEBAT...SURAT CINTA YANG DI TERIMA DLM BAHASA SEPANYOL TAK BISA TERJADI HUBUNGAN CINTA ITU.  BEGITULAH JIKA KITA SOLAT TANPA KITA TAHU BAHASANYA AL QURAN KITA TIDAK DAPAT CINTA TERHADAP ALLAH SUBHANAWWATAALA.  HEBATKAN .  BANYAKLAH INGAT ALLAH KERANA IA ADALAH UBAT
JANGAN BANYAK INGAT MANUSIA KERANA IA ADALAH PENYAKIT...

PADIL AMRU
 14 TAHUN

HEBAT...ANAK KECIL INI.

AMALIA HUSNA 16 TAHUN



Isnin, 17 November 2025

Persoalan : MASALAH WASWAS DALAM KEBERSIHAN

 

Persoalan : MASALAH WASWAS DALAM KEBERSIHAN

Mohon penjelasan boleh kah orang yang ada masalah was-was teruk terhadap perkara berkaitan najis menggunakan mazhab imam lain demi mendapatkan ketenangan diri dan mengelakkan was-was menjadi semakin teruk contohnya berkaitan najis tahi cicak dan najis manusia/haiwan. Saya menghadapi masalah setiap kali ke tandas dan was-was apabila melihat ada percikan air pada kasut/stokin/pakaian atau kadang-kadang lengan baju terkena dinding tandas dan sentiasa mencuci pakaian sehingga basah-basah dan sentiasa menukar pakaian. Di rumah mudah tetapi di pejabat agak sukar menghadapi masalah was-was. 

Adakah boleh saya yakin kan saja lengan baju terkena flush atau dinding tempat buang air besar atau kadang air menitik dari paip flush adalah suci atau bagaimanakah?



Jawapan Ikhtisar:

Keraguan atau waswas itu tidak akan pernah lekang daripada diri manusia yang lemah ini sehinggakan tidak ada yang akan terlepas daripada penyakit ini sama ada tidak terlalu kerap atau yang selalu berasa waswas pada setiap masa. Maka, setiap mukalaf seharusnya menghilangkan keraguan ini dengan membina keyakinannya melalui kaedah fiqh; “asal bagi segala sesuatu itu adalah suci dan bersih”. Tambahan juga, percikan air najis yang sedikit yang sukar dielakkan juga adalah salah satu najis yang dimaafkan oleh syarak, maka tidak perlu untuk menukar kepada mazhab yang lain bagi menenangkan diri. Penggunaan mazhab yang lain tidaklah menghilangkan keraguan sepenuhnya, bahkan juga masih lagi memberikan keraguan kepadanya. Oleh itu, wajib bagi setiap mukalaf membina keyakinan diri untuk menerima asal bagi segala sesuatu itu adalah suci dan bersih sehingga ia mendapati terdapat najis secara jelas dengan bau, rasa dan warna.

 

Jawapan Tafsil:

Wa’alaikumussalam.

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.


Keraguan dari perspektif syarak’

Waswas (الْوَسْوَسَةُ) dari segi istilah fiqh diketahui sebagai pertembungan makna dalam diri dengan secara langsung dengan sebab yang timbul daripada syaitan untuknya. [Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, jild. 6, hlmn. 188].

Sebagai contoh, seseorang itu sudah melakukan wuduk’, tetapi setelah keluar dari bilik wuduk’, merasakan waswas sama ada telah melakukan wuduk’ ataupun belum lagi melakukannya. Maka, ia pertembungan dua perkara di dalam hati secara sepintas lalu disebabkan oleh bisikan syaitan. Waswas juga telah tsabit lafaz dan maknanya di dalam al-Quran iaitu bisikan dan hasutan syaitan sepertimana firman Allah SWT:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا

Maksudnya“Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua (Adam dan Hawa) supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka”

(Surah al-A’raf: 21)

 

Terdapat juga hadith daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW berkata:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ

Maksudnya“Sesungguhnya  syaitan itu bergerak di dalam diri anak-anak Adam melalui saluran darah”

(Riwayat Muslim 2174)

 

Al-Imam al-Nawawi apabila mensyarahkan hadis ini, beliau menukilkan daripada al-Qadhi dan selainnya bahawasanya Allah berkuasa menjadikan syaitan itu mampu bergerak dalam saluran darah kita (untuk membisikkan kejahatan) dan dikatakan juga ianya adalah isti’arah (kiasan) sahaja yang bermaksud banyaknya bisikan seolah-olah syaitan tidak akan berpisah dari manusia seperti darah yang tidak akan terpisah dari manusia. Bahkan dikatakan juga, syaitan memberikan waswas kepada manusia melalui saluran darah dan akhirnya turun ke hati. [Lihat al-Minhaj Syarh Nawawi ala Muslim ibn Hajjaj, jild. 14, hlmn. 157]

 

Aplikasi kaedah Fiqh (الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ)

Pada permasalahan waswas atau keraguan, semestinya kaedah fiqh “keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan (الْيَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ) semestinya difahami dan diaplikasikan dengan baik supaya dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna. Kaedah ini disandarkan dengan hadis Nabi SAW:

إذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ، أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا؟ فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ الْمَسْجِد حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Maksudnya“Sekiranya antara kamu merasakan sesuatu di dalam perut dan ragu-ragu dengannya sama ada telah keluar sesuatu daripadanya ataupun tidak? Maka, janganlah keluar dari masjid sehingga mendengar bunyi atau mendapati angin (kentut)”

(Riwayat Muslim 362)

 

Melalui analisis hadis ini, difahami bahawa sekiranya ragu tentang kekotoran yang keluar dari badan atau kekotoran yang terkena pada badan, maka perlu dibina keyakinan bahawa selagi mana tidak nampak kekotoran dengan jelas, maka ianya dihukumkan sebagai suci. Begitu juga dengan permasalahan seperti ragu-ragu sama ada percikan air tersebut mempunyai najis, atau air yang terkena di stokin atau lengan baju itu mempunyai najis, maka seharusnya kita menganggapnya suci dan bersih sepertimana adanya furuk kaedah fiqh ini juga iaitu:

الأصل في الأشياء الطهارة والإباحة

Maksudnya“Asal bagi segala sesuatu adalah suci dan halal digunakan.”

 

 

Perbezaan empat mazhab dalam najis yang dimaafkan

Berkenaan dengan penggunaan mazhab lain selain daripada al-Shafi’e untuk menenangkan diri daripada keraguan, maka ia tidak harus dilakukan oleh mukalaf kerana berdasarkan kepada mazhab yang lain juga, masalah percikan air dan najis ini masih lagi dikira sebagai najis yang dimaafkan oleh syarak selagi mana ia tidaklah banyak dan nampak jelas pada mata. Pertama sekali, mazhab al-Maliki berpendapat antara najis yang dimaafkan ialah:

ما يصيب ثوب أو بدن الجزار ونازح المراحيض والطبيب الذي يعالج الجروح

Maksudnya: “Sesuatu yang terkena pada pakaian pemotong (daging) atau badannya, dan pembersih tandas dan doktor yang merawat luka” [Lihat al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, jild. 1, hlmn 18]

 

Kedua, daripada mazhab al-Hanafi, mereka berpendapat antara najis yang dimaafkan oleh syarak ialah:

ومنها رشاش البول إذا كان رقيقًا، كرؤوس الإبر، بحيث لا يُرى، ولو ملأ الثوب أو البدن، فإنه يعتبر كالعدم للضرورة

Maksudnya: “Di antaranya juga, percikan air kencing yang sedikit, seperti kepala jarum, dimana ia tidak terlihat, walaupun ia memenuhi pakaian dan badan, ia masih diibaratkan seperti tidak ada disebabkan darurat.” [Lihat al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, jild. 1, hlmn 20]

 

Seterusnya, daripada mazhab al-Hanbali, mereka berpendapat antara najis yang dimaafkan juga adalah:

ومنها ماء قليل تنجس بمعفو عنه

Maksudnya“Di antaranya juga, air sedikit yang terkena najis dengan dimaafkan (najis tersebut)” [Lihat al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, jild. 1, hlmn 22]

 

Dan akhir sekali, para fuqaha’ dalam mazhab al-Shafi’e menggariskan syarat-syarat najis itu dimaafkan [Lihat al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, jild. 1, hlmn 20] iaitu:

  1. Najis itu tidak nampak di mata.
  2. Orang yang berjalan perlu berhati-hati untuk tidak terkena najis.
  3. Ia terkena najis semasa berjalan, sedangkan apabila ia jatuh ke tanah yang najis, maka ia tidak dimaafkan.
  4. Najis itu terkena pada pakaian atau badan.

 

Oleh hal yang demikian, perkara yang boleh disimpulkan melalui analisis empat mazhab di atas, kita dapati bahawa keempat-empat mazhab mengatakan permasalahan percikan air atau najis yang sedikit itu adalah dimaafkan oleh syarak. Maka, tidak perlu untuk menggunakan mazhab yang lain untuk menenangkan diri daripada segala keraguan kerana mazhab yang lain juga mengatakan perkara yang sama dengan mazhab al-Shafi’e.

 

Kesimpulan

Berdasarkan kes dan keterangan di atas, kita dapat mengetahui bahawa keraguan atau waswas itu tidak akan terlepas daripada setiap manusia. Ia berpunca daripada syaitan yang selalu membisikkan kejahatan serta menghasut akan membuatkan hati manusia itu selalu dalam keraguan. Maka, kita seharusnya cuba menghilangkan keraguan itu dan membina keyakinan diri berdasarkan kaedah fiqh “asal bagi segala sesuatu itu adalah suci dan halal” sehingga nampak pada mata kasar kita bahawa terdapat najis dengan jelas menggunakan pancaindera kita disertai dengan bau, rasa dan warna.

          Sebagai tambahan, di dalam mazhab al-Shafi’e juga menghukumkan bahawa percikan air atau najis sedikit yang sukar untuk dielak  itu adalah dimaafkan oleh syarak, maka tidak perlu untuk menggunakan mazhab yang lain untuk menenangkan diri yang selalu merasa ragu-ragu mengenai kekotoran percikan najis tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan taklif serta segala titah perintah-Nya.

Wallahuaklam.

Apa. Khabar..