Rabu, 12 November 2025

JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN, KELAK DIA AKAN MENEMANIMU | Ustadz Syafiq Ri...

WHAT IF YOU HAVE MANY CHILDREN, WILL YOUR PROSPERITY ALSO BE A LOT? | Us...

Tazkirah Khas @ Madinah || Amalan - amalan Sunnah

Aamiin..

 Ya Rabb,

Lenakan lah daku untuk esok hari 

Aamiin...

Tips supaya Istiqamah dlm beramal.

 Jumaat, 11 November 2022

 





Assalamualaikum Sahabat Setiaku!

Ada beberapa tip yang telah lama daku catatkan dahulu, suka daku rakamkan di sini.  Andainya tidak lengkap...tak apalah ya...

1)   Catat.? Tulis (ianya tidak akan hilang)

2)   Segera buat/ Segera beramal

3)   Nak Istiqamah...Baca 100 ayat Al Quran dalam solat...InsyaaAllah Istiqamah...Jika hafal Surah Al

      Mulk, maka ianya dah 30 ayat. 

      Baca 10 ayat dlm solat maka tidak di tulis baginya orang yang lalai. 

   Contoh :   Qul ya aiyuhalkaafiruun... 6 ayat

                     Qulhuallah huahad            4 ayat

                      6 tambah 4  dah 10 ayat.....

      Qulhuallah huahad  10 x ,  Allah bina Istana dalam syurga.    

      Tawadhuk

4)   Kita menetapkan waktu beramal: 

       contoh:  Nabi pesan kepada Abu Hurairah

     i)   Puasa Isnin dan Khamis dan Puasa tengah bulan (hari putih) 13,14, dan 15 bulan Islam.

     ii)  2 rekaat Dhuha  (banyak lagi bagus)

     iii)  Solat witir sebelum tidur.  

        -   Nabi  kata nampak neraka itul ehernya keluar...patuk mematuk...

         -   Allah seru "Bangunlah orang2yang bertahajjud- maalaikat bawa mereka masuk syurga Allah.

             Jadilah ahli Tahajjud.

              Sehari bangkit buat 2 rakaat dulu.  Subuh 5.52 kita bangkit 5.40  witir dah buat sebelum tidur.

              Nabi kata...Baca dengan 10 ayat tidak ditulis bagi kita tergolong dlm orang2 yang lalai.

               Sesiapa baca 100 ayat terulis sebagai orang2 yang khusyuk kepada Allah.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT BERSENDIRIAN.

    1)   Sembunyikan ibadat kita.

    2)Imam Muhammad Aslam bin Tursi..sangat menyembunyikan ibadatnya sampai dia berkata jika

       ada   tempat malaikat tak nampak dia- dia menangis banyak kerana rindukan Allah. Bila bangun di

      celakkan matanya supaya tidak nampak dia bermunajat dgn Allah.-

     - Seluruh Kota Baghdad mencintai dia dan waktu kematiannya Allah gerakkan  hati mereka datang

       dan berkelapangan masa untuk hadir.


Cukuplah dulu untuk hari ni...

Akan sambung lagi jika ada masa,,

Jumpa lagi.

Wassalalm.

WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

 WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesra dengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab).

 Abi Dzar menonjol dalam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaum fakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia digelari orang sebagai Bapak Sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilan dari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. 

Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )

Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. 

Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras

 Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan ituGabenor Muawiah menyogoknya dengan wang, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja, kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi.  

Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.

Jangan Budayakan Budaya Maki Dalam Kehidupan...

  Saturday, 11 October 2025

Assalamlamualaikum.

Salam daku ucapkan buat sahabat.  
Daku memohon maaf atas catatan  yang daku letakkan pada video ustaz , tentang bicara politik beberapa pengkritik politik  yang menggunakan bahasa yang kasar dan maki hamun dan daku  mengakui daku bersalah.  Maafkan daku. 

 Alhamdulillah daku telahpon padam.  Kita  tak sepatutnya menerima sama sekali, budaya ini kerana ianya  ajaran Rasulullah.    Daku jugak akan padam video2  yang sedemikian.  InsyaaAllah.  
  
 "Nabi pesan jangan maki jangan caci jangan cerca siapa pon". 

 Wassallam,

Apa. Khabar..