Isnin, 13 Oktober 2025

Who is Allah?


MEROGOL DI SEKOLAH?? KITA SEBENARNYA SEDANG MELAHIRKAN TUAN - "TERKINI" ...

Kelebihan Hari Jumaat | Selawat Kita Dibentangkan di Hadapan Nabi SAW

Daku terpaksa tulis ini... Salam...

 

Etot

Daku terpaksa tulis ini...
Salam...

Daku ada upload kisah Aini yang berikan kucingnya Etot untuk dipelihara oleh Pelajar UKM .  Mereka tinggal di rumah sewa bukan asrama.  Sebenarnya bukan Aini jual kucing tu...tak baik...risau daku takut orang silap paham.  Aini akan bela kicing2 tu hingga cantik agar satu masa nanti dapat dianak angkatkan kepada sesiapa yang mahu.  Aini akan tulis biodata kucing2nya agar orang boleh pilih kucing yang mereka mahu.  

Aini kata , Aini masih berhati2 nak berikan kucingnya kepada sesiapa, kerana ada orang viralkan kucing2 yang diambil itu di beri makan kepada ular belaan mereka.  Betapa tak berhemahnya mereka..Masih ada 4 ekor lagi kucing Aini dan masih Aini cari pemelihara yang sudi mengambilnya.

Sekian .

Harap Maklom..



Ada Arak Di Majlis Rasmi ? Mengapa Perkara Ini Boleh Berlaku ? | Dato' U...

Warkah bertulisan jawi pertama dalam hidupku...



Assalamualaikum...

Daku teringat surat pertama dalam hidupku, bertulisan jawi..  MaasyaaAllah.Daku baca dan daku teliti dengan linangan airmata.  Surat itu di tulis oleh seorang Ustazah kawan ibuku dan lantas menjadi rakan seperjuanganku.  Kepadanyalah daku selalu merujuk ilmu agama baikpon cara membaca beberapa ayat dlm Al Quran.  Ibukupon jikanada masaalah akan bertanya kepadanya.

Mak Long telah lama tidak mengajar setelah daku tahu beliau menjalani operation kerana Kanser Payudara.  Bila daku dapat surat dari anak saudaranya ia itu anak muridku, daku baca dengan linangan airmata.  Beliau menceritakan kepadaku betapa peritnya menjalankan kimoterafi...dan daku terkejut kerana ianya terlalu pantas berlaku.  Dalam masa beliau bercuti dalam beberapa minggu terus ianya berlaku.  

Bila surat itu daku baca daku terus berniat untuk menziarahi  Mak Long setelah selesai sesi persekolahan pada hari itu.  Teringat daku pada Mak Long yang baru beberapa minggu lalu dgn ku berbasikal balik dari sekolah beriring ,melalui jalan kampung untuk bertemu ibuku.  Mak Long menceritakan kepada mak bahawa dia merasa tidak berapa sihat kebelakangan itu.  Tiba2 minggu seterusnya makLong dah ambil cuti sakit.   Tak berapa lama dapipada tarikh itu Mak Long dah pergi buat operation.   

Berjumpa Maklong sangat menyedihkan daku.  Maklong tak boleh memakai baju dan hanya mendedahkan dada mak Long kepada kipas angin.  Maklong kata ,maklong terasa panas sangat.  Daku mengalir airmat melihat penderitaan Mak Long.  Sedeh tak terkira.  Daku tak mampu menyembunyikan kesedehanku di depan Mak Long.  Kak Ani kawanbaikkupon sama melelehkan air mata melihat penderitaan Mak Long.  . Rupa2nya  hayat Mak Long tak lama...Mak Long pergi meninggalkan kami semua dengan penuh kenangan seorang Ustazah yang sangat banyak berbakti kepada masyarakat Lenggong.  Dia masih dalam ingatanku hingga kehari ini.  Surat pertama daku terima dalam tulisan jawi itu daku lipat2 dan simpan hingga hilang dalam ssimpananku bersama hilangnya kisah sedeh MakLong bersama kami semua.

Jika nak ku kisahkan kisah Mak Long sangat besar dan banyak pengorbanannya, boleh kutuliskan tetapi Mak Long ada dalam hatiku dan  ternyata Ustazah yang ku sayang...hingga bila2..."Salam Sayangku Buat Mak Long dan kuiringi doa semoga Mak Long di kumpulkan bersama orang2 yang soleh di sana...Aamiin.  Ya Rabb Rahmatilah Mak Long...



Apa. Khabar..