Rabu, 24 April 2024

ICC BURU SETA NAHU & DEMO ANTI 15 HEL DI UNIVERSITI AS

AMALAN INI YANG AKAN MENOLONG MU DI AKHIRAT WALAUPUN SERING MELAKUKAN DO...

Qadiani : Ajaran Menyelewang Yang Tersebar Di Malaysia

Laksam...cepat....without gas jugak...


Hampir waktu rehat...hihi...daku goda dia ajak makan..kadang2 dia lambat makan...asyik kerja...



 Ini laksa biasa yang kitra makan dengan kuah laksam.
Laksa berkuah laksam.  Kuah asal laksa daku jadikan laksam dengan meletakkan  lada dan bawang putih yang di tumbuk dengan santan.   Sebijik rasa macam kuah laksam.  Sedap dpd yg mereka jual tu sbb mereka letak gula ...hihi. kita buat masin cara  kita.


  
Kuah laksa ku jadikan laksam menggunakan Microwave jugak. Hanya campurkan dengan bawang putih dan lada hitam yg di tumbuk  juga di campur santan. 



Sayur ulam ulamannya.


 Mempelam agak mengkar daku suka 



Laksam yg telah sedia untuk di makan.


Ini Laksa bersama ulam-ulaman untuk di makan.

                                                     

Without gas... Still can eat roti canai segera...syukur

 


 Roti canai segera di masak menggunakan air fryer, sangat baik kerana minyak pada roti canai segera ini semua jatuh dan kering.  Untuk kesihatan ,sangat baik.  Oleh kerana tak ada gas makanya omelet kesukaan Pak daku buat guna microwave oven,...Seni sangat.  Part by part daku masak. 


Ini roti canai segera yang dimasak dengan menggunakan air fryer.  Sangat rangut di luar dan lembut di dalam.  Semua minyak akan tersejat jatuh ke bawah.  Jika nak elakkan minyak pada roti canai...Ini lah caranya.


Telur dardar kegemaran pak menjadi kemestian bila daku makan roti canai.  Untuk membuatnya tanpa gas amat unik.  Mula pecahkan telurdikacau masukkan lada hitam yg di tumbuk atau serbuk lada hitam masukkan sedikit garam kemudian kacau...

Step 2.   Siang bawang kecil mayang halus letakkan minyak masak gaul.  Masukkan dalam microwave selama 30 saat.  Yes, keluarkan kacau hingga bercampur rata.  Tolak baewang2 ke bahagian tengah piring, masak lagi 30 saat.  Masa ni bawang dah garing...Boleh tuang telur yang di kacau tadi. Kacau hingga sebati.  Masukkam kan ke dalam Microwave selama 1 minit.   Keluarkan kacau...Masukkan lagi 1 minit...Kacau kembali ...Masukkan lagi i minit.   Omelet telur cicah roti cadai telah siap.


Mempelam mengkar...sedap.


Susu segar letakkan kopi expresso...

Sebenarnya ini adalah cara2 bilamana dlm kecemasan..Boleh masak dlm aire fryer roti canai set 3 minit...Buka, perhatikan kegaringan tahap yg kita mahu...





Makanan tghari simple gas habis...

                                   


Goreng Terung garam serta kunyit...Makanan orang2 tua dulu..Cu Esah ajarkan... Jika tiada laukpon masih berselera.  Jika tak sedap mulut pon, boleh juga goreng terung macam ini ...
Tumis kacang pin ( boncis) beserta tauhu letak kicap.  Pon tumisan sayur mudah...Tak sempat masak gas habis.  So langkah seterusnya ..Masukkan ke dalam Mikrowave Oven.  Letak 1 minit...Hmm. terus masak.  Sedap juga, macam biasa.  Dan Acar limau lebih hanya tinggal jeruk remia sahaja masih sedap sebagai part of rasa acar...hihi...

Kacang pin kami orang lenggong panggil mereka sebut kacang boncis.  Tumis lemak udang hidup dengan kacang Boncis pon sedap juga.   kacang Pin/boncis ini  manis.  Tumis  kicap biasa pon sedap.  Tumis ni adalah KACANG BONCIS DAN TAUHU KERAS ...HMM...MEMANG MASIH SEDAP.  



Acar Limau yg masih berbaki buah remia.  Masih sedap rasa acarnya.  Habiskan.


Nenas...Pajeri Nanas yang daku beli, berbaki separuh potongan ...Masih sedap untuk di habiskan.
Sekian makan simple yang masih sedap meskipon tak compleat hidangannya.  YEY!





Zikir pagi petang dan selepas solat...