Selasa, 23 April 2024

22-04-2024 Prof Dato Dr MAZA: Bingkisan Daripada Nabi | Amalan Yang Bert...

Aku masih di sini.


 

Doa' Khatam AlQuran

 


Doa' Khatam AlQuran

(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran. Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah. Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Posted in Agama dan nasihat|Tagged berkat Al Quran Quran, cahaya Al Quran, doa' khatam Al Quran, kelebihan Al Quran, kemuliaan Al Quran, pendinding neraka, petunjuk Al Qura

Macam orang mengandung makan...


Daku memang suka makan asam macam ni...Hihi macam orang mengandung la pulak.  Daku suka dari muda lagi.  Jika bulan puasa daku akan makan masa malam ka atau masa sahur.  Mulutku serasa kena ada asam macam ni..dahulu makku selalu panggilku...untuk menyicah bagi mulut rasa sedap tak loya...
Mak Eni ingat mak.!  Selalu jika mak ku nak makan daku akan pergi jolok buah limau yang rasanya sebiji rasa Limau Gedang yang Cina buat letak kat tokong mereka.  Limau ni tumbuh  di hadapan halaman rumahku dulu.  Di tepi jalan tu, telah arwah abgku dan ariffin adikku tanam...Puas berjasa. Ia ada masam2 kelat manis tak macam Limau tambun.  Teringat  Limau Tambun yang Pakku tanam di atas bukit dalam kebun tu sangat menjadi .  Buahnya sangat besar.  Banyak pokok pulak tu. Isinya merah(pink)  Sedap.  Tapi limau yg kami cicah ini rasanya masam,kelat manis...ada tiga rasa ini.   Sekarang pokok tu dah tak ada lagi
Benihnya pon sukar di cari. limau gedang ni Anis akan beli untuk ku jika dia jumpa.  orang kedai tu kata Eh! selalunya orang cina yg beli...Anakku kata ...Mak saya suka limau ni...



Cuba lihat sedap sungguh mempelam muda yang aku cicah ni.  Anakku beli dari kedai Aceh tepi jalan tu.  Kedai buah dia buka 24 jam.  Mesti ada  mempelam mude dan cepat juga habis.  Tentu ada juga orang yg suka makan mempelam muda macamku ...Daku cicah asam masin serbuk.  Sedap sangat.  Jika asam masin tak ada daku akan letak cili source tambah garam tambah gula  dan letak kicap sikit...Hah jadi sedap sangat... Hihi...



Limaupon boleh buat cicah asam masin serbuk ni.  Akhirnya habis...denganucapan syukur Alhamdulillah.  Masih ada boleh dapatkan buah ni di kedai Acheh tu.  Ingat masa daku mengidam nak makan mempelam dulu...ianya dapat juga di cari tiga biji kecil sebesar ibu jari kaki.  MaasyaaAllah. Daku seorang yang alahan masa mengandung anakku dulu...Every weak satu raga pasar beli mempelam muda untuk daku makan hari2... Daku makan asam dan susu kotak aja hari2.   makan makanan lain daku akan muntah...Laaaa... Banyak sungguh mempelam muda yg aku makan untuk mengelakkan loyaku...
Bila dah tua macam ni pon masih daku dapatkan mempelam mude ...Kadang2 Jambu batu yang tak masam pon boleh jadi pengikis rasa loya orang tua.  Hihi daku tulis pengalaman masa muda dulu...satu hari nanti biar anakku baca.  Dia tahu daku dok tulis kat blokku macam2...Dia tak ambil tahu nak baca pon.  Tapi sepupu2 dia asyik tanya link Blog Mak Cik.  Anis tak heran pon.

Hihi...sepintas lalu minatku, makanan yang anak ku kena tahu supaya jangan lupa beli untuk meredakan rasa tak sedap mulut orang tua macamku.  Apapon TQ anis  ingat juga nak beli.   Adikku Maznah tak suka dah sekarang, Kak hindon masa muda suka sekarang tak suka sangat...hihi...Kawan menyicahku kat Kampong adalah Bah isteri Pin adik Ipar kesayanganku yg comel...Kak Eni Ingat Bah...
Bye dulu...



 

Ingat Eni... esok call...


Loo nasib anis bagi tahu Mak Ndak call... Phone aku ni kenkadang tak bersamaku... Sori... 

BM14 | 181016 | "Malaikat Mandikan Jenazah & Tua Umpama Bola" - Ustaz Sh...

Kita Bakhil Dengan Allah, Sampai 5 Minit Zikir Tak Boleh Buat - Ustaz Sh...