Ahad, 7 April 2024

So Touching! Mom's tears of happiness when monkey Kaka returned

Menu kami hari ke 27 Ramadhan, 2024

27 Ramadhan, kami masak kari kambing.  kari kambing dibuat jelatah buah Melon ,sambal , petai jeruk, mantau/pau serta air sirap.


Kari daging kambing menjadi pilihan kami hari ini.  Daku mula mengemari kari kambing bilamana daku pernah rasa Kari Kambing ,Brahim's.   Sedap sangat.  Daku tak makan kambing sebelum ini...  Sekarang jadi gemar makan kambing.  Syukur dapat makan daging kambing.


Melon/Tembikai susu.


Jelatah sayur...Acar sayur sesuai di makan dengan gulai kari.


Mantau/pau ini anakku makan dengan  celup kedalam kari kambing.


Jeruk petai yang belum berapa jadi...hihi



Sambal yang sesuai dimakan dengan Kari.



Air melon Strawberry dan air sirap biasa.
Kami tetap bersyukur dengan makanan sederhana kami.  Syukur Ya Rabb yang 
menganugerahkan kami makanan dan kami dapat makan  dengan rasa sedap 
di lidah kami anugerahMu jua.



Diem cried while waiting for Monkey Kaka on the stairs

Sedehnya menghadapi situasi ini.  Daku dah rasa bila adik hilang. Daku terus mencari sampai pukul 4.00 pagi.  Masa tu daku bertongkat.   Daku terus cari adik tak dapat kesan.
Kejadian berlaku masa daku pergi Bangi.  Dia kata adik hilang terus daku balik cari adik.   MasyaAllah adik hilang terus.  Tak jumpa pon.
Pukul 4.00 pagi daku dengar suara adik bunyi adik memang perlahan suara adik memang tak kuat macam suara baby.  Tapi daku dengar dlm keheningan mlm tu...Pukul 3 pagi daku turun dari tingkat 2 rumahku ...daku dengar seakan2 suara adik ...Bunyi macam dekat aja . perhati ada kucing dekat situ si hitam kawan adik (blacky).  Dia seolah bagi tahu aku adik kat situ. Daku hampiri Blakky...kucing liar di situ yg kadang2 adik kawan dgnnya bila adik terlepas turun ke bawah flatku.   Daku hampiri blacky dekat saja selang 2 rumah dari rumahku...Akhir nya daku dipanggil. oleh tuan rumah mengatakan adik ada disitu. 
Adik ada dalam cage mereka letakkan adik dalam cage sebab adik jatuh dari tingkat satu rumah kami.  Kaki adik cedera.  Mereka takut kaki adik bertambah parah. Sedehnya daku sebab kaki adik patah.  menunggu esok daku cagekan adik untuk bawa adik ke Klinik Haiwan di Seksyen 13.
Adik di warded selama 10 hari.   Doktor beritahu kaki adik patah dengan tulang pecah di dalam..Maknanya ada serpihan didlm nya.  Mereka perlu operate adik.  Daku terima agar adik di operate.  Kos pembedahan adalah lebih kurang 1200.  Ok daku terima ...

Syukur adik boleh di selamatkan adik masih boleh berjalan betul,...Tapi adik perlu di beri ubat dengan rapi adik di letakkan besi di kakinya ternampak besi keluar.  Sedehnya tengok adik pada masatu.
 Bila kawan sekolah ku tanya mereka kata "kalau akak tak kuasa nak hantar keklinik lebh baik bagi anak makan duit tu" Daku abaikan kata2 sedeh mereka  tu.  Mereka tak tahu betapa sayang dan sedehnya kita dengan binatang peliharaan kita.   

Adik daku jaga dengan baik, sampai adik pulih seperti biasa.  Adik...kucing ku paling manja suka sakit. adik pernah tak boleh kencing...Kesiannya daku tengok adik menong...Daku bawa ke klinik Veterinar kat UPM...Mereka warded adik 6 hari...Daku doakan terus untuk adik cepat pulih.  3 kali daku baca Yassin untuk adik...Bayaran di sini mahal juga cecah ribu tapi daku rasa daku sangat bertuah kerana ada adik pelatih Doktor Veterinar beri daku guna kad mereka untuk dapat gharga yang kurang 25%...Daku kena bayar RM600 sahaja.  bersama dengan upah hari adik di warded.  Balik kampong adik sakit terok lagi...Kali ketiga adik sakit hinggalah adik mati didepanku pada jam 6.00am tepat diatas katilku.  Daku tunggu adik dari pukul 3.00 pagi bila adik lari masuk bilik airku dan tidur disitu dengan semut mula datang mengerumuni adik ...Daku ambil adik sambil menangis menyapu semut2tu..yang banyak menghurungi adik...Kesian adik....Tepat 6.00 pagi adik pergi dengan beberapa kali daku baca 'Allahhummahauwinalaina fi sakaratulmaut.."
Adik pergi 20 hb 10 tahun 2020....Adik tak sakit lagi dah di sana. Baby sekarang dak menjangkau usia lebih 2 tahun dpd usia adik pergi.....Panjang umur baby...Baby begitu gemok sekali ...Kesian baby...
Daku harap monkey kaka di temui kembali.
Sekian cerpen sedehku bersama adik...Kucing Kesayanganku...







#209 Ustaz Budak Cabar Alim Wahabi Wababi?!






#742 Kahwin Ketika Ihram?

Sahih Al-Bukhori 94,