Ahad, 31 Disember 2023

Laksam Bangi

Laksam Bangi
 Sedap juga, tapi agak manis pada Laksam yg di jual di Lenggong.  Yang kat Lenggong dah disuikan dgn selera orang Lenggong... Kurang manis.  Apapon syukur dapat makan laksam tak payah buat sendiri... Moga maju jualan mereka Aamiin

Teringat masa dulu2 tu, mengidam nak makan laksam tunggu la kakak iparku belajar dari Ciknya (emaknya) untuk ajarkan padaku cara buat laksam, masa tu youtube belum ada...Daku dah bersalin baru dapat makan.  Hihi lambatnya Kak  Yah Abang Halid ( teman seMaktabku)  belajar dari maknya.   Lepas tahu masak laksam asyik buat ja...Siapa balik pon kita buat Laksam syok sangat. Rasa teruja pandai buat laksam yang jadi favourateku.  Hihi,

Mula kenal laksam bila Adinda Rashidah bawa semangkok laksam bagi tiap2 orang rasa, teman serumah kami kat Maktab Kuantan.  Kali pertama rasa belum minat, kali kedua rasa baru suka...dan seterusnya, beli...Jadilah kami orang Orang Pantai Timur, (Terengganu , Kelantan dan Pahang, sebab ini makanan orang Pantai Timur) Hihi...Kelakar.  Sebenarnya adinda Rashidah adalah orang Tikam Batu Kedah...Dia pengemar Laksam...Syidah! Syidah! kami makan laksam bila Syidah ajar kami makan...Tq Syidah.  Rindu pulak adik2 seperjuanganku kat MPK dulu.

 

Lelaki




(Penulis)

 

Assalamualaikum


 

Salah satu dpd tanda2 kecil kiamat

 

Tanda2 kecil kiamat

 


1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

Sabtu, 30 Disember 2023

Syukur

 


Ya Allah, Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi aku minum air tawar yang tak masin pahit kerana dosa2ku.   Alhamdulillah Ya Rabb...

Sakit

Sakit, namun nikmat, itulah rindu.  Rindu padamu terlantun duka nestapaku. 

Betulkah rindu ini?  

Entahlah!

(Rindu ini adalah rindu pada manusia bukan Rabbmu)

 

Cinta.

 


Cintaku padaMu ada dua macam cinta.  Cinta kerana Engkau yang berhak menerima cintaku,tiada lain melainkan Engkau kerana cinta ini yang akan  membawa aku kesana. Ya Rabb,  Kuatkanlah aku dengan cinta ini.