Selasa, 31 Oktober 2023

Selamat bertemu kembali pokok2ku di lamanku.


124/84 ...Darah Tinggi....   MaasyaAllah cantiknya bacaan.

Test Kencing manis...MaasyaAllah semalam 7.  hari ini 4.9...wow macammana cepatnya turun...Mungkin kerana air kelapa juga...Daku sahur dengan Burger letak tomato, timun bawang besar dan cili souce serta mayonese...Nak diikutkan manis jugak tu...eee heran...semalam makan ais cream, buah dokong, rambai, manis tu.. heran betul...Bagusnya air kelapa buat kita...

Daku syukur sangat. Mungkin kerana sahur dengan sebiji air kelapa.  Ianya menjadi ubat buat menuteralkan ubat2 yang kita ambil... .Air kelapa menurut kesihatan dapat menyembuh pelbagai penyakit.. 

Masa daku muda2 dahulu daku ambil air kelapa bila asma attack kuat.  Dapat meredakan asmaku. masatu.  Rasa panas sebab telan ubat banyak diredakan dengan air kelapa.  Masatu daku bukan ambil air kelapa muda...kelapa yang tuapon jadi ubat...Syukur...Memang ianya bagus.  InsyaAllah

Hari ni  Selamat bertemu kembali pokok anggur yang telah lama kutinggalkan, setelah selesai sudah masaalah sakit Shah. Moga sihat.  buat sikit Excercise dan seterusnya, kerja2 kebajikan buat pokok2ku...Selamat bertemu kembali...Moga daku happy dgn ini semua...Aamiin. 

Hari ni daku nak pasang Door Bell yang daku beli semalam (kelmarin) di DIY Simpang. 

Moga Bermanfaat buat adikku Pin yang selalu mengeluh panggil ku,  Rumahku kecil ja tapi Kedap Bunyi   Moga adik2 JNT dan Pos2 yang lain tak, susah dah panggilku...Sori ya Dik...Acik lewat beli sbb lupa ja... 



Assalamualaikum sahabat...

 3.16am.

Salam Silaturrahim.

Moga dalam Rahmat Allah.

3.41am...Ya Allah daku Redhoo atas ketentuanMu.

Tiada yang lebih Indah daripada MengingatiMU...

Ingat padaMu terlantun Duka Nestapaku.

Ya Allah dekatlah aku kepadaMu.

Ya Allah ingatkanlah aku selalu agar Berselawat atas NabiMu. Yaa Rabb

Allahhummasalli ala Syaiyidina Muhammad Waala aliSyaiyidina Muhammad.

Lahaulawalakhuwataillahbillah...

Allahhummaantarabbi...

Eni...Kau takutkah akan Mati?

InsyaaAllah tidak...Jangan Takut...Mati Pasti datang..Tapi Ya Rabb Kau makbulkan dulu cita2ku Ya Rabb...Aamiin Ya Rabbala'lamin...

Semalam Shah kata dia tak sihat untuk puasa khadonya yang berbaki lagi 9 hari.  Daku hanya bagi moral support aja jika dia nak puasa.  Shah tak ada anak.  Shah wajib habiskan puasanya  yang berbaki ini...Tak apa perlahan2.  Moga kau kuat.  Aamiin.


Isnin, 30 Oktober 2023

Ke JPJ Taiping.

 Hari ini kami bertolak jam 7.15 pagi.  Bawa Hairi dan Haikal.  Hairi nak daftar  "P" setelah lulus ujian motosikalnya.   Haikal pulak nak balik ke Tapah UITM. Balik belajar naik ETS dari Kuala Kangsar.  Kami singgah di Kedai  Nasi Beriani,  Breakfast  daku makan Nasi lemah dengan telor mata, Hairi dan Shah Nasi lemak dengan Ayam goreng berempah serta Haikal pulak makan Roti Canai.  Boleh Tahan sedap juga kedai ini.  Selesai hantar Haikal ke Stesyen Keretapi Kuala Kangsar.  Tepat 9.00 Haikal naik train.   Selamat Jalan anakanda Haikal. Dengan Hairi kami terus bertolak ke Taiping.

Tergendala membuat Thumb Print di JPJ Grik, daku terpaksa ke JPJ  Taiping. Mengapa tak dapat buat?  Dalam sistem menunjukkan masih ada hutang pada kereta yang telah lama dijual kepada Kak Yah,  Abg Halid.  Kereta MAP455 ni telah sangat2 berjasa kepada Shah berulang adik pergi kerja dan setelah tu jual pada kak yah untuk anaknya pakai pergi belajar. Berjasa dah Kancilni buat pelajar.  Mereka bawa masa belajar di u aja. Hafiz dah jadi Doktor dah .Aina dah nak dapat Master,beli kereta baru dan sekarang untuk anak Pak Pi, adik kak Yah pula, anak saudara Kak Yah..Syukur Ya Rabb daku akan usahakannya, moga Allah permudahkan segalanya. "Rabbiyassir Wala tuassirr." Terpaksalah balik daku cari kembali Fail Pembelian kereta Kancil dahulu.  Syukur sangat2 Pada Allah daku berjumpa fail tersebut dengan surat2 yang telah di print oleh Syarikat bersama dengan Resit yang telah Shah buat Full Settlement itu. Syukur Ya Rabb. Sebelum tu daku dah lama berdoa agar Allah bantuku dlm menyelesaikan masaalah ini.

Tak apa daku ingat pesan Ustaz   jika ada masaalah maka baca Astaghfar banyak2 kali moga segala urusan menjadi beres dgn mudah.  Daku dengar Ceramah Dari Mufti Menk,yang menceritakan tentang melafazkan Astighfar sejumlah 30,000 kali untuk Allah makbulkan hajat. "MIRACLE FOR A MAN WHO DOES 30000 ASTAGHFAR A DAY"  Daku call anakku " anis mak tak dapat buat Thumb Print tersebut sebab dlm Sistem di JPJ masih tak lepas hutang mak sedangkan dah buat "Full Setlement " pada Tahun 2009 lalu sejumlah RM10,829.89".  Anis terus menagatakan kepadaku bahawa jika dia terpaksa buat Loan untuk mak, Anis buat.  Tapi mak serah pada Allah mak berdoa jugak.  Doktor Maza cakap" baca Astaghfirullah nescaya Allah selesaikan hajat kita".  Bagus anakku Anis...hihi ingatkan aku... Idola dia Doktor Maza... Sebab nakkan hadith2 yang soheh aja.   InsyaAllah,   "Allah akan buat yang terbaik."  InsyaaAllah. kataku.

Daku pulak teringatkan tentang penghulu Istighfar .  Baca sekali fazilatnya bersamaan dengan 1000 kali membaca Astaghfar... Daku baca sejumlah 30 kali setiap hari.  Bersamaan dengan 30 000 kali baca Istighfar.  Daku pernah dengar Ceramah Ustaz Shamsuri tentang Penghulu istighfar,fazilatnya  1000 kali Istighfar.  Alhamdulillah daku buka Almari ku untuk kali kedua cari Fail Fail dokument pembelian kenderaanku.   MaasyaAllah daku ketemu fail MAP 455 ku.  MaasyaAllah...Allah sayang daku.  Daku sujud syukur berkali2 atas kegembiraan ini.  Hari ini masaalah ku selesai tentang jualbeli dengan Finance tersebut.  Risit  Bankbayar Full Settlement, dalam failku, membantuku... Syukurnya daku. pada Allah. Menurut JPJ sepatutnya setelah daku dapat geran Kereta ku dulu,  daku kena pergi daftar ke JPJ sebagai release hutang2ku dgn Finance.  Hi hi manalah aku tahu.  Kereta Kancil 850ku dulu daku jual dengan Suami  Rabitah kawanku dan daku pakai Wira Aeroback Special Edition, Proton. Semua suaminya yang uruskan, manalah daku tahu prosidurenya...Eni! Eni ! Hang tak ambil tahu ... 

Menurut JPJ lagi, daku boleh buat Thumb Printa setelah anak saudara Kak Yah, hantar kereta tersebut ke Puspakom.  Selepas test kat Puspakom ianya layak selama 2 bulan sahaja untuk dibuat "Thumb Print"   Balik perlu beritahu Kak Yah, MAP perlu masuk Puspakom dahulu, dan daku boleh buat Thumb Print di Grik saja.  Senang sudah kerjaku lepas ni.  Syukur Ya Rabb.  Bila jadi begini baru anak saudaraku kata kakak kena tengok kereta kakak yang nak jual kakak kena semak macam mak cik..  Anakku pon turut ambil iktibar dari kisahku ini.   Manalah kami tahu...Menurut adik JPJ tu...Sekarang mereka buat macam tu.  Kena buat secara manual jka berlaku kejadian kecuaian seperti keretaku itu. 

Moga info ini berguna...Wallahhuaqlam... 

Perbaharuilah Iman Setiap Hari !!!


Perbaharui Iman kita setiap hari.

Bila kita sebut tentang Iman, kita mesti mentajdidkan Iman kita.  Kita perlu memperbaharui Iman kita

 setiap hari.

Rasullah S.A.W. bersabda : .  "Tajidu imana kum"  Perbaharuilah Iman kamu.

Sahabat bertanya :    Ya Rasullah bagaimanakah untuk mentajdidkan Iman kita. 

Nabi menjawab  "Laa illahaillahhlah."    Kalimatul Tauhid

 Rasullullah suruh sebut banyak2 "Laa illah haillah" atau

"Ashaduallaila haillahlah Waashhaduannamuhammadarrasulullah"

Pagi2  baca doa ini ,yang nabi ajar doa waktu pagi dan petang    " Asbahna ala fitratil Islam, 

 Wakalimatil ikhlas,  Waaala di ni naf sina Muhammadin Sallallahualaiiwasallam, Waalla millatil abi na

 Ibrahimmahanifaa  Wama ka naminal mushrikin."

Tak payah doa ada dalam buku ni.  " Doa pagi dan Petang."





                             
                                                            Dalam buku doa ini pon ada...










Ahad, 29 Oktober 2023

Update Sunday 4.20 pm

Mahu Allah ampunkan 1000 kesalahan dan Allah beri 1000 rahmat,


Update 4.20 pm... dah masuk waktu solat ke belum...

Dah masuk waktu. 4.21 pm.  

Orang Adzan, Allahhuakbar Allahhuakbar...

Kita baca...

 "Marhabaan bil qho' thi li na adla ,  Wabissalawa ti Marhaban wa aq' la. "


Dengan baca ini  sebelum sahut adzan, 

                               Allah beri 1000 rahmah,

                               Allah ampun 1000 kesalahan. 

Lepas baca ini baru ikut adzan,

"Alahhuakbar Allahhuakbar..." ikut hingga habis.


Rujuk Ceramah Ustaz Rizam


Assalamualaikum World

 Eni...Go out with Love...

Baru kau Redho dgn hidupni.

Assalamualaikum World...

Perjanjian "Hill View"  

"Daku kerja Luar Dikau kerja di dalam"  SET...

********************************************

Pukul 10.30 keluar kemas  diluar  sapu dulu dan mula kerja luar.

Sapu daun2 jambu rambutan dan manggis barulah mesen rumput.  Tepat pukul 11.30 siap, 

pergi ruman Pin bersembang dengan Bibah dan pin.  Sentuh issue Palesteen.  Doa untuk  Palasteen.

Ya Allah Moga2 orang2 Palasteen teguh dan kuat menghadapi ujian Allah. 

Innalillahhiwainnailauihiraajiuun, Semoga Mereka mendapat Pertolongan Allah.  Aamiin.

Ya Allah musnahkanlah Israil Laknatullah. Aamiin


Update 4.20pm... dah masuk waktu solat ke belum...

Dah masuk waktu. 4.21pm.  

Orang Adzan, Allahhuakbar Allahhuakbar

Kita sambut dengan,

 "Marhabaan bil qho thi li na adla ,  Wabissalawa ti Marhaban wa aq la. "

Allah beri 1000 rahmat,

Allah ampun 1000 kesalahan. 

Lepas baca ini baru sebut 

"Alahhuakbar Allahhuakbar..." ikut hingga habis.


PENGHULU ISTIGHFAR ~ Sayyidul Istighfar.

 PENGHULU ISTIGHFAR ~ Sayyidul Istighfar.
Inilah permohonan dan inilah harapan untuk keampunan. Bacalah pada waktu pagi dan petang. Wallahua'alam.






Pengertian Doa..

" Ya Allah Engkau Tuhanku, Tiada yang berhakdi sembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan akulah hambaMu, aku ada dalam perjanjianMu dan janjiMu dengan segenap kemampuanku,  aku berlindung diri kepadaMu dari kejahatan yang di perbuat,  aku mengaku kepadaMu akan nikmatMu yang Engkau berikan kepadaku, dan aku mengaku akan dosaku, maka ampunlah aku,  sebab sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."