Jumaat, 27 Oktober 2023
Harga barang naik dan ekonomi merudum, Hisham bidas menteri
Salam Jumaat Baroqah
3.47.am
Assalamualaikum.
Tiada apa nak ku nukilkan hanyalah salam Jumaat Baraqah dengan Doa Buat Palastene. Moga mereka tabah dan sabar meniti jalan ke SyurgaMu Ya Rabb.
Aamiin Ya Rabb
Khamis, 26 Oktober 2023
Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.
Saturday, 3 November 2012
Setengah hukama mengatakan, “Keselamatan jasad pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikit dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘Khairil Anam’ (Muhammad SAW).”
Allah SAW berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh abggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku” Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”
Rabu, 25 Oktober 2023
Satu Amal Membawa Kepada Sejuta Manfaat
Membina Kekuatan, Umat Islam Mesti Kuat
HATTAN - Mahligai Syahdu (Official Lyric Video)
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...