Ahad, 8 Oktober 2023
Abg Ismail datang ke rumah adiknya Kamsiah...
Khamis, 5 Oktober 2023
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim
Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, /serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.
Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.
Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:
إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim
Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..
Wallahualam..
Melawat abg Halid
Assalamualaikum sahabatku...daku nak pergi Taiping melawat abg halid ..Dia dah nazak...Doakan dia ya...
Petang Semalam daku dapat berita bahawa abh Halid accidence di simpang keluar Jalan Tok Purba Lahamad. Memang di situ sangat bahaya gaya jalannya. Agak mengelirukan. Daku hairan, banyak kali dah accidence berlaku di situ banyak kali sudah orang buat aduan. Apa yang JKR buat sebagai usaha untuk memperbaiki jalan tu? Entah la.
Pada waktu petang itu abang Halid makan mee Maggi Kari, Lepas itu abang Halid kata kepada Kak Yah ingin berpuasa esok hari(Khamis) Masa dia akan membeli terung untuk membuat kari letak terung ,bagi makan bersahur nanti. So , akan beli terung selepas solat nanti. Abang Halid keluar dari surau , selesai solat maghrib, di jalan yg betul, tiba2 sebuah kereta dengan lajunya melanggar motosikal abg Halid. Abang Halid jatuh luka parah di tempat kejadian. Telefon abg halid di ambil orang dan beg duit abg halid pon di ambil beserta dengan kad bank abg halid. sanggupnya manusia buat begitu pada orang yg kemalangan. Kesian Abg Halid . Masih rendah kesedaran sivik orang2 Malaysia kini..MaasyaaAllah.
Malam tadi kami pergi melawat abg halid...Oleh kerana cedera parah abg Halid di bawa ke Taiping pada pukul 12.00 tengah malam...
Sambung lagi...
Pagi daku bersama Kakak Chik , adikku Ariffin serta Anuar anak saudaraku pergi melawat abg Halid di Wad 8, Taiping. Kami balik tepat 1.00 tengahari..Makan kat Gerai tepi Hospital dan bertolak pulang..
Malam ini malam Jumaat. Dapat berita terkini dari anakku...Abg Halid telah kembali kerahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraajiuun..Semoga rohnya di kumpulkan bersama orang2 yang soleh.
Selasa, 3 Oktober 2023
Ada ja yang sangat pandai...
Semalam means kelmarin 2/10/23 daku ke klinik Kesihatan Lenggong sekali lagi apabila minggu lepas mendapat call dari adik dressa, Pegawai Kesihatan lalu, yang mengambil darahku. Katanya sample darah itu tak boleh di pakai dan puan kena datang semula ke klinik dan cakap nak berjumpa dengan (Namanya) Rupanya mudah ja pergi ke kaunter pendaftaran, ambil surat pengambilan darah yang lalu.
Daku dapat surat itu dan terus ke bilik makmal pengambilan darah. Noraini Mohd Said, daku masuk. Ada 2 orang Pembantu kesihatan di situ. Satu Melayu satu India...daku hulurkan tangan kanan ku yang biasa darahku di ambil di belakang tangan. P.Kesihatan India. Dia kata ambil darah macam biasa pelipat lengan kiriku..Tak pernah boleh selalunya..." Mak Cik ini pakar yang didatang khas " Ya? terkejut aku , InsyaAllah kataku daku "Bismillah"..ok kepal tangan kiri dan dia mengetuk sikit saja dengan 2 jarinya...tekan2 sikit saja dah dapat urat darah yang dicari...MaasyaaAllah tak sampai beberapa saat ,cucuk saja dan tarik jarum kulihat dah penuh darah dalam tabung darah tersebut. Eh...rupanya boleh ambil ...MaasyaaAllah daku syukur sangat...Tak sia2 doaku " Rabbi Yassir Wala tuaasir" Syukur ya Rabb..Moga test kali ini tidak bermasaalah lagi...Aamiin
Isnin, 2 Oktober 2023
Amalan Terbaik di Ujung Usia -Ammi Nur Baits-
Ahad, 1 Oktober 2023
Kepada Allah ku berserah
KEPADA ALLAH DAKU SERAHKAN URUSANKU KERANA HANYA DIA YANG MENGETAHUI URUSAN HAMBA.........AAMIIN
YA ALLAH TUHAN YANG MAHA HIDUP, MAHA BERDIRI SENDIRI ,DENGAN RAHMATMU AKU MEMOHON PERTOLONGAN PERELOKKANLAH SEGALA URUSANKU DAN JANGANLAH ENGKAU BIARKAN NASIBKU DITENTUKAN OLEH DIRIKU SENDIRI,WALAUPON SEKELIP MATA..... AAMIIN
DARIPADA ENGKAU KAMI DATANG DAN KEPADAKU TEMPAT KAMI KEMBALI, YA ALLAH KAU JADIKANLAH MUSIBBAHKU INI PAHALA DAN KAU GANTIKANLAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA INI........ AAMIIN.
Bantulah kami Ya Rabb
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...