Jumaat, 20 September 2019

Gambar...Apa maknanya kepada kita...

Ada beberapa keping gambar yang saya temui hari ini...
Adalah sedikit makna nostalgia pada setiap gambar...Yang paling utama kita akan menyedari berapa lama masa berlalu, dimana kita sekarang ini, Betapa makhlok yang bernama masa itu membawa kita terus menongkah hidup...💓💓

Melor, Aini, Anis, Alia dan Faiz💘💘💘💘

Mak,Kakak,Aini, Maznah, berkelah diman ni?
Ada mak bersama, Ini masa Maznah baru balik dari Jepun💗💗💗💕💕


Ini gambar semasa Majlis Perkahwinan Alia anak Maznah.
Ada gambar Kak Badariah bersama..Rindu rasanya pada kandaku ini.
Itu ada juga dua Faridah, Faridah  Baharuddin Kak Yam dan Faridah Abdul Rahman.  Faridah Abd Rahman ini bari2 ini relah berkahwin dengan pansangannya yang berbangsa Arab...Harap2 dia bahagialah bersama suaminya di luar negara. Ini doa dari sahabat baiknya.


Ini gambar anakku Anis bersama anak kak Yan di majlis perkahwinan Alia.


Ini adalah Aidilfitri di rumah Kak Khamsiah.
Adoi semuanya tersenyum gembira dihari raya.


Ini gambarku dengan Maznah adikku dirumah Kak Hendon.Kami Raya.
Amboi ayunya adikku !💖💖





Khamis, 19 September 2019

Kitab Iman

Assalamualaikum...

2. Kitab Iman
Bab 12. Menerangkan keutamaan Islam dan ajarannya yang paling utama
( HR.MUSLIM No:56 )
        Hadis riwayat Abdullah bin Amru ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw. Islam manakah yang paling baik? Rasulullah saw. bersabda: Memberikan makanan, mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal.
( HR.MUSLIM No:57 )
        Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw: Orang Islam manakah yang paling baik? Rasulullah menjawab: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya.
( HR.MUSLIM No:59 )
        Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama? Rasulullah saw. bersabda: Orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya. 

Isnin, 24 April 2017

Doa Jauhi Belengu Kesusahan



Ya Allah jauhkan kami dari belenggu kesusahan dan kemiskinan...Kurniakanlah kepada kami rezeki yang berkat dan direstuiMu Ya Allah...



Selasa, 31 Januari 2017

Ni... Doa kecantikan.


Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. 


Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. 
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh












untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Rabu, 28 Disember 2016

Jadikanlah kami...











Ya Allah,
Jadikan kami bersabar saat di uji, 
Bersyukur saat  diberi,
Memaafkan saat di zalimi,
Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk  selalu dekat dengan Mu 
Aamiin.

Imam Ghazali. : Kualiti Puasa,

  Ahad, 10 Disember 2023 Imam Ghazali. : Kualiti Puasa Penyampai:Hajjah Norhafizah.  Imam Ghazali kata ada enam perkara untuk tolong kita pu...