@GhulamAlDakwah(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH AL QAMAR : AYAT 18
@GhulamAlDakwah1. Mendustakan Allah dan Rasul iaitu menolak wahyu dan apa yang di buat oleh Rasulullah adalah satu jenayah yang paling besar yang menyebabkan manusia diazab dalam neraka untuk selama-lamanya.
@GhulamAlDakwah2. Tidak ada seorang rasul pun melainkan pasti akan didustakan oleh kaumnya dan dikatakan gila, tukang sihir
@GhulamAlDakwahإِنّا أَرسَلنا عَلَيهِم ريحًا صَرصَرًا في يَومِ نَحسٍ مُّستَمِرٍّ
@GhulamAlDakwahSesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan; تَنزِعُ النّاسَ كَأَنَّهُم أَعجازُ نَخلٍ مُّنقَعِرٍ
@GhulamAlDakwahYang menumbangkan manusia gugur bergelimpangan, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang terbongkar.
@GhulamAlDakwah PENGAJARAN SURAH AL QAMAR : AYAT 19 - 20
@GhulamAlDakwah1. Allah Maha Berkuasa untuk mengazab hamba2-Nya yang ingkar dengan berbagai-bagai cara, bahkan dengan makhluk-Nya yang tidak nampak dan paling lembut.
@GhulamAlDakwah2. Sekiranya manusia mengetahui dan yakin betapa dahsyatnya azab Allah maka sudah pasti manusia tidak akan kufur kepada Allah walaupun satu saat.
@GhulamAlDakwahSambungan ayat hari ini: Sekarang disebut pula kisah kaum Tsamud berkenaan pendustaan kaum Tsamud.
@GhulamAlDakwahكَذَّبَت ثَمودُ بِالنُّذُرِ ... (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh). ... Surah Al Qamar : ayat 23